16 Mainan Kanak-Kanak DIY Yang Boleh Buat Anak Anda Terleka

Mainan tidak semestinya yang mahal-mahal belaka. Kalau ada duit lebih, tidak salah untuk membelikan anak permainan Fisher’s Price. Namun, kriteria yang penting ialah yang dapat membantu pembesaran fizikal dan minda, selain disukai oleh anak.

Selain dari faktor fungsi permainan itu sendiri, harga juga memainkan peranan yang penting untuk ibu-bapa yang berpendapatan sederhana.

Mainan kanak-kanak yang murah

Oleh itu, ibu-bapa perlu kreatif. Cuba permainan ‘DIY‘ seperti ini yang cuma memerlukan modal tidak sampai RM10!

1. Bubble-wrap

mainan-diy-murah-menarik-10

Cuma guna ‘bubble-wrap‘ dari lebihan ‘packaging’, ajak anak buat seni yang tersendiri

 

2. Jenga DIY

mainan-diy-murah-menarik-09

Tak perlu beli Jenga mahal-mahal, boleh buat sendiri. Bila anak mengamuk dan baling, juga tidak akan mencederakan sesiapa.

 

3. Fur-sticks

mainan-diy-murah-menarik-08

Memang ‘confirm‘ anak anda akan leka main benda begini. Mana nak cari fur-sticks ni?

Cuba cari di mana-mana kedai alatulis. Mesti ada jual punya.

Mainan kanak-kanak
Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Adlil Rajiah juga ada buat permainan fur-sticks dengan penapis sayur untuk anak dia.

 

4. Khemah dalam rumah

mainan-diy-murah-menarik-07

Ala-ala ‘camping’ di hutan kononnya (Yang ini mahal sedikit kerana kena beli khemah). Kalau nak yang murah, pakai selimut pun boleh.

 

5. Ping-pong belon

mainan-diy-murah-menarik-06

Main ‘ping-pong’ belon yang besar. Kalau dua-dua lelaki, silap-silap boleh gaduh!

 

6. Lumba guli guna ‘noodle

mainan-diy-murah-menarik-05

Beli ‘noodle‘ yang orang buat berenang dan belah dua. Boleh lawan lumba guli!

 

7. Papan gelongsor

mainan-diy-murah-menarik-04

Baru beli peti sejuk baru dan ada kotak? Cuba buat gelongsor dalam rumah yang akan buat anak-anak ketawa! Mainlah sampai kertas tebal itu jadi lembik.

 

8. Ikat benang

mainan-diy-murah-menarik-03

Konon-konon macam nak lepaskan diri dari laser yang berbahaya

9. Racing track

 

mainan-diy-murah-menarik-02

Anak suka main kereta mainan? Nah, cuba buat trek dengan sellotape yang hanya bermodalkan beberapa ringgit sahaja. Sesuai dengan anak lelaki. Mesti mulut dia tak berhenti berbunyi.

Mainan kanak-kanak
Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Sama idea dengan Adlil Rajiah juga.

 

10. Toilet paper roll

Hanya lekat di dinding. Nampak mudah dan ‘simple‘, tapi percayalah, anak anda akan sibuk main benda ni siang malam!

 

(Tambahan): Mainan kanak-kanak versi Malaysia

Kita sudah lihat 2 idea Adlil Rajiah di atas. Ada beberapa lagi idea hebat dari beliau yang boleh dikongsikan di sini.

Terima kasih kerana sudi berkongsi idea mainan kanak-kanak untuk anaknya sendiri, Haikal. Pada pendapat kami, semua permainan ini tidak perlu belanja yang besar.

11. Ring tower / Colour block

Mainan kanak-kanak
Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Mudah sahaja. Susun yang besar di bawah dan yang kecil di atas.

12. Fur-balls

Mainan kanak-kanak
Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Ini pun mudah juga. Cuma beli fur-balls dan biarkan anak berimaginasi dengan warna. Tentu dia tidak senang duduk bila nampak warna-warna bercampur.

 

13. Batang aiskrim

Mainan kanak-kanak
Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Warnakan dulu batang aiskrim mengikut warna yang anak tahu. Sambil-sambil dia sorting colour, dia boleh kukuhkan pengetahuan tentang warna.

 

14. Biji manik

Mainan kanak-kanak
Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Satu lagi permainan untuk asingkan warna. Cuma hati-hati, tengok anak sentiasa. Takut dia masukkan biji-biji manik dalam mulut pula.

 

15. Penyepit baju

Mainan kanak-kanak
Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Sepit baju pun boleh jadi mainan kanak-kanak? Tentu sekali.

Bila dapat main sepit-sepit, lebih-lebih lagi yang berwarna, mesti terleka.

16. Getah ikat rambut (Hair band)

Mainan kanak-kanak
Foto Kredit: saatakukaupilih.blogspot.com

Biasanya, getah ikat rambut main campak-campak dan bersepah di rumah. Apa kata kita beli satu bundle yang ada banyak warna, cuba bagi anak main. Idea yang sangat menarik!

Akhir kata

Tidak perlu beri barang-barang yang mahal untuk anak-anak. Bukan wang atau harga yang menjadi ukuran, tetapi nikmat dalam bermain.

Bila kanak-kanak sibuk dan leka bermain, ibu juga senang untuk buat kerja rumah yang lain.

Semoga berjaya!

Sumber: ViralNova dan saatakukaupilih

16 thoughts on “16 Mainan Kanak-Kanak DIY Yang Boleh Buat Anak Anda Terleka”

  1. Hahaha..sangat comel ok! I suka part yang main guli dalam air cond pipe insulator tu. Lagi satu yang main cucuk wayar kat penapis.

    Reply

Leave a Comment