5 Cara Menurunkan Berat Badan Secara Konsisten

Cara Menurunkan Berat Badan

Selalu kita dengar, ada orang yang dapat menurunkan berat badan dengan cepat. Katanya, boleh sampai 10kg dalam masa seminggu? Benar atau mengarut?

Fikirkan begini, lebih cepat untuk turun, lebih cepat naik. Bukankah teorinya begitu? Benar. Jawapannya, lebih baik turun sedikit demi sedikit, tetapi konsisten. Orang kata, kena selalu istiqamah.

Mengikut statistik, penduduk Malaysia adalah di kalangan yang paling ramai mempunyai masalah berat badan. Ada yang telah mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan; ada yang berjaya tetapi lebih ramai yang telah gagal.

Di bawah ini kami kongsikan beberapa cara untuk menurunkan berat badan, yang langsung tidak menggunakan apa-apa produk.

1. Jauhi makanan segera

Ini cara menurunkan berat badan yang paling penting sekali. Pertama sekali, kurangkan makan makanan ringan (fast food) atau junk food. Disebabkan terlalu sibuk bekerja dan tiada masa untuk masak, kita sering makan luar di restoran. Kualiti makanan yang rendah adalah faktor utama ramai di antara kita yang mempunyai berat berlebihan.

Oleh itu, langkah pertama yang anda harus lakukan adalah hentikan makan di luar terutamanya di restoran makanan segera yang sudah tentunya menghidangkan makanan yang tidak sihat.

2. Kurangkan gula

Kedua, cara menurunkan berat badan yang amat penting ialah dengan mengurangkan pengambilan gula. kurangkan makanan dan minuman bergula. Pengambilan gula yang berlebihan turut menyumbang kepada kenaikan berat badan. Mulai hari ini, usah tambah gula atau susu ke dalam minuman.

Jika sebelum ini anda sering membancuh air teh susu, apa kata anda amalkan meminum teh o atau campur sedikit limau supaya ia jadi teh o limau. Limau memang dikenali sebagai ‘pemotong lemak’ dan seringkali diminum selepas makan bagi mengurangkan lemak.

3. Pastikan bersarapan pagi

Ketiga, cara menurunkan berat badan secara konsisten ialah amalkan mengambil sarapan pagi yang berat. Namun, perlu mengikut kalori yang betul. Mengikut kajian pakar, sarapan adalah waktu kita sepatutnya makan dengan kuantiti paling banyak, diikuti makanan tengahari yang sederhana dan makan malam yang sedikit sahaja.

Anda boleh mula dengan memakan roti atau bijirin sebagai sarapan anda supaya perut anda akan penuh dan membuat anda tidak berasa terlalu lapar pada waktu tengah hari. Tidak salah untuk memakan nasi pada waktu tengah hari asalkan pada malam hari, anda makan sedikit sahaja, seperti beberapa potong buah supaya anda boleh tidur dengan perut yang terisi.

4. Pastikan selalu bersenam

Cara menurunkan berat badan yang seterusnya ialah dengan melakukan aktiviti fizikal. Selain jaga kalori, bersenam adalah salah satu cara menurunkan berat badan dan terbukti berkesan. Setelah anda jaga tahap pemakanan anda, tiba masanya untuk menurunkan berat badan dengan lebih konsisten. Mula dengan bersenam ringan seperti jogging di waktu pagi atau pergi ke gym seminggu tiga kali untuk mengangkat berat dan membina otot anda. Otot yang terbina dapat membakar lemak secara pasif, walaupun anda tidak melakukan sebarang aktiviti sekalipun.

Jika anda seorang yang suka menonton televisyen, selain dari hanya duduk sahaja dan menonton rancangan kegemaran anda; apa kata anda baring dan lakukan sedikit senaman untuk beberapa minit sehingga berpeluh. Disebabkan anda sedang ‘berehat’, anda tidak rasa seperti anda sedang memaksa badan anda untuk bekerja.

5. Cari partner

Cara menurukan berat badan yang terakhir ini adalah yang sangat penting. Selain bersenam dan jaga makan, ini cara menurunkan berat badan yang paling penting. Akhir sekali, pastikan anda mempunyai rakan yang mempunyai impian yang sama dengan anda iaitu bersama-sama berazam untuk menurunkan berat badan.

Dengan ada rakan baik ini, masing-masing akan saling membantu bagi mencapai cita-cita dan sekiranya salah seorang dari anda berasa tidak bermaya, pastikan anda berikan kata-kata perangsang bagi membakar semangat kembali dan kembali ke landasan yang betul.

Akhir kata

Apa pun cara untuk menurunkan berat badan yang anda gunakan, hanya anda sendiri yang boleh pastikan anda sampai ke matlamat anda. Kementerian Kesihatan juga banyak beri informasi tentang pengurusan berat badan, seperti pengiraan BMI.

Anda boleh gunakan sistem ganjaran kepada diri anda sendiri yakni, setiap kali anda capai sasaran anda; manjakan diri sendiri dengan membeli hadiah bagi memastikan anda sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi. Yang paling penting, pastikan anda mengikut cara diet yang betul. Barulah dapat turunkan berat badan.

Semoga berjaya!

1 thought on “5 Cara Menurunkan Berat Badan Secara Konsisten”

  1. info yang bagus. kita perlu konsisten nk kuruskan badan. sentiasa bersenam dan makan makanan yg seimbang. selalu berfikiran positif dan tenang membuat sesuatu pekerjaan

    Reply

Leave a Comment