Jangan Risau Kalau Anak Demam Selepas Suntikan Vaksin. Ini Tips Mengatasinya

Setelah kita mengetahui betapa pentingnya vaksin, perkara seterusnya yang perlu diambil kira adalah persiapan anak sebelum dan selepas dicucuk vaksin. Betulkah ada banyak kesan sampingan seperti bengkak, alahan, atau anak demam selepas suntikan vaksin?

Kita juga pernah lalui dulu masa kita kecil, jadi apa salahnya kita beri perhatian lebih kepada anak kesayangan dan ketahui cara-cara untuk atasi permasalahan berkaitan anak dicucuk vaksin.

vaksin bayi
Foto Kredit: healthimpactnews.com

Persediaan Sebelum Menerima Suntikan Vaksin

Vaksin adalah sebuah hasil teknologi perubatan yang amat penting sebagai salah satu cara untuk mengawal daripada wabak penyakit.

Secara mudahnya, vaksin paling mudah dan berkesan apabila ianya dicucuk ke dalam badan anak kita. Dan umum tahu, anak-anak kita ni selain daripada takut nak makan ubat, ketakutan terhadap jarum adalah sangat benar. Malah, ada yang fobia kerana anak demam selepas suntikan imunisasi yang lalu.

AEFI (Adverse Events Following Immunization) bermaksud kesan sampingan selepas imunisasi.

Ya, memang ada wujudnya beberapa kesan sampingan apabila anak kecil menerima vaksin. Namun, ini tidak bermakna bahawa vaksin adalah merbahaya dan meninggalkan kesan buruk untuk jangka masa panjang.

Jadi bagaimana mengatasi kesakitan atau kesan sampingannya?

anak demam selepas suntikan
Foto Kredit: ziaralive.ro

Tips Menghadapi Rasa Sakit Semasa Dicucuk Vaksin

1. Menyusu badan semasa suntikan

Kajian menunjukkan anak yang sedang menghisap susu ibu sambil dicucuk vaksin akan hanya berasa kesakitan sedikit.

Ini adalah kerana anak tahu bahawa ibunya ada berhampiran dengannya seolah-olah memberinya ketenangan.

Sentuhan ibu dicampur dengan kemanisan susu ibu boleh mengurangkan perasaan sakit tersebut.

bayi kembung perut
Foto Kredit: life2day.gr

2. Ambil sedikit makanan manis

Jika anak anda sudah besar atau tidak lagi menyusu ibu sepenuhnya, bolehlah memberi anak anda makan gula-gula semasa hendak cucuk vaksin itu tadi.

Kemanisan gula-gula itu sedikit sebanyak menolong untuk anak tadi kurang rasa sakit.

anak demam selepas suntikan
Foto Kredit: troupcohealth.org

3. Betulkan posisi

Semasa hendak memberikan vaksin tersebut, seeloknya anak anda tidak baring. Duduk tegak sambil dipegang erat oleh ibu atau bapa adalah terbaik. Tetapi pastikan anda tidak menggunakan kekerasan atau ia boleh menyebabkan anak anda lebih takut.

Sekarang kita sudah mengetahui beberapa tips untuk atasi permasalah berkaitan anak dicucuk vaksin, tetapi bagaimana dengan menangani keadaan selepasnya pula?

anak demam selepas suntikan
Foto Kredit: babycenter.com

Kesan Sampingan Vaksin MMR

Antara vaksin yang hangat diperdebatkan adalah keselamatan vaksin MMR yang diberikan untuk mencegah penyakit beguk, rubella, dan demam campak (measles).

Bagi mereka yang dicucuk dengan vaksin MMR (Demam Campak, Beguk, Rubella) pula, di antara kesan sampingan yang boleh muncul adalah seperti berikut:

  1. Selepas 6-10 hari dari tarikh dicucuk vaksin, demam dan akan timbul ruam seakan campak dan hilang selera makan.
  2. Sekitar 12-14 hari selepas disuntik, boleh berlaku campak dan sedikit demam, dan pada sesetengah kes yang jarang berlaku; campak boleh dikesan 6 minggu kemudian.
  3. 2-3 minggu selepas dicucuk vaksin MMR, akan muncul simptom beguk seperti demam dan kelenjar bengkak bagi sesetengah kanak-kanak.

Merujuk kepada doktorbudak.com, kenyataan bahawa vaksin MMR ini membahayakan kesihatan jangka masa panjang adalah tidak berasas.

Laman web itu juga menjelaskan bahawa kontroversi MMR vaksin dan autisme yang bermula pada tahun 1998 apabila hasil kajian Dr Andrew Wakefield, tidak mempunyai bukti yang kukuh. Ini kerana, setiap vaksin yang dibawa ke klinik kerajaan telah diperiksa kandungannya, disahkan keselamatannya, serta sentiasa diselia dan dikawal ketat oleh WHO (World Health Organization).

anak demam selepas suntikan
Foto Kredit: yournewswire.com

Tips Mengatasi Alahan Atau Anak Demam Selepas Suntikan Vaksin

Walaupun vaksin terbukti selamat untuk semua bayi dan kanak-kanak tapi kesan sampingan dicucuk tadi adalah sesuatu yang mungkin berlaku kepada sesetengah bayi atau kanak-kanak.

1. Rawat ruam jika perlu

Antara kesan sampingan yang sering berlaku adalah bengkak, kemerahan atau gumpalan kecil berlaku di kawasan dicucuk tadi.

Semasa simptom-simptom di atas muncul, jangan panik. Boleh dapatkan krim untuk mengurangkan ruam dan jika demam, pastikan ia dirawat dan tidak dibiarkan terlalu panas.

Foto Kredit: community.babycenter.com
Foto Kredit: community.babycenter.com

2. Kawal suhu badan

Simptom-simptom ini biasanya berlarutan untuk beberapa hari dan anda tidak perlu risau sangat.

Malah ada bayi atau kanak-kanak akan mengalami sedikit demam tetapi selagi anda mengawal suhu anak anda, itu sudah memadai.

Foto Kredit: themotherish.com
Foto Kredit: themotherish.com

3. Menyusu badan dengan kerap

Kadangkala mungkin ada yang tidak berselera makan akibat demam.

Tidak mengapa jika anak kurang makan sedikit. Namun, pastikan mereka tidak terhidrat dengan memberikan susu badan secara kerap.

Petua Nipple Crack
Foto Kredit: themominmemd.com

4. Banyakkan memeluknya

Sementara menunggu untuk pulih daripada dicucuk vaksin tadi, anak anda mungkin banyak merengek dan berasa tidak selesa.

Anda boleh cuba beberapa perkara yang boleh menenangkan anak anda dengan banyak memeluknya, berada di sampingnya, dan bermain dengannya.

Untuk anak yang sudah besar, berikan mereka hadiah di atas keberanian mereka menempuhi kesakitan.

Bagaimana Menjadi Ibu Yang Baik
Foto Kredit: babymagz.com

Fahami Kepentingan Vaksin

Kita sebagai ibubapa perlulah faham dengan kebaikan vaksin dan kini dengan adanya sedikit ilmu untuk atasi permasalahan berkaitan anak dicucuk vaksin, diharapkan anak kita selepas ini dapat melalui segala cabaran yang berkaitan dengan imunisasi dengan lebih baik.

Jika anda terlepas sebarang imunisasi, anak anda masih boleh mendapatkannya di klinik kerajaan terdekat.

Rujuk Jadual Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia 2016 yang terbaru di sini: Jadual Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia Mulai 2016

Leave a Comment