5 Cara Bezakan Penyakit Difteria Dengan Tonsil Biasa

Dalam minggu ini, negara kita digemparkan dengan penyakit difteria yang telah meragut nyawa 2 orang kanak-kanak di Melaka dan 7 kes disyaki lagi di Kedah. Ramai yang tidak tahu tentang difteria kerana ia telah sekian lama tidak muncul apabila rakyat Malaysia memulakan vaksin untuk mencegahnya.

Kini, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengambil tindakan kawalan ke atas rumah pesakit, tadika, sekolah dan kawasan kejiranan bagi mengesan penularannya di 2 negeri tersebut.

Penyakit difteria
Foto Kredit: kpkesihatan.com

Apakah Penyakit Difteria?

Menurut Kenyataan Akhbar KPK 22 Julai 2016, difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang menjangkiti bahagian tekak dan tonsil, atau farinks.

Pesakit yang meninggal dunia di Hospital Melaka telah dirujuk oleh Klinik Kesihatan Ujong Pasir pada 16 Jun 2016 dengan sejarah demam selama lapan hari dan batuk, sakit tekak, sukar menelan, kurang selera makan serta leher bengkak selama 3 hari.

Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25-50%.

penyakit difteria
Foto Kredit: healthmap.org

Bagaimana Penyakit Difteria Tersebar?

Penyakit ini boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Menurut ulasan Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.

penyakit difteria
Foto Kredit: Laman Facebook Rasmi Kementeria Kesihatan Malaysia

5 Perbezaan Antara Penyakit Difteria Dengan Lendiran Tonsil

Umumnya, difteria juga adalah sejenis jangkitan tonsilitis.

Namun, terdapat sedikit perbezaan umum antara selaput tonsil biasa dan difteria.

Walaubagaimanapun, jika anda inginkan kepastian lebih lanjut tentang gejala yang dihidapi, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan.

Ini kerana, penyakit difteria akan merebak dengan sangat cepat dan amat membahayakan nyawa.

penyakit difteria
Foto Kredit: microbiologynutsandbolts.co.uk

 

Ciri-ciri Selaput Tonsil Difteria
Simptom Kerap tapi gejala sakit ringan Kurang tetapi gejala sakit berat
Suhu badan Demam bersuhu tinggi Suhu badan tidak terlalu panas
Keadaan tonsil Bengkak Tidak bengkak
Keadaan leher Normal Biasanya leher bengkak dan nampak kemerahan pada luaran
Selaput

Membran

Lendir berwarna kekuningan

Hanya di bahagian tonsil (kedua belah tekak)

Mudah dibuang, tidak luka

Membran putih dan kelabu, (digelar pseudo-membran)

Boleh merebak lebih luas

Selaput berdarah apabila dibuang

*Sumber rujukan daripada emedis.blogspot.my dan notesmedicalstudent.blogspot.my

Bolehkah Difteria Diubati?

Menurut Dr Zubaidi dalam ulasan melalui post FBnya, penyakit difteria boleh diubati dgn antibiotik.

Namun, penyakit ini merebak dengan pantas dalam masa yang singkat. Kesannya pula mampu merosakkan bahagian utama tubuh seperti saraf, jantung, dan ginjal.

Dr Mohd Shaiful Ehsan pula mengingatkan bahawa tidak semua fasiliti kesihatan ada mempunyai antitoksin tersebut kerana amat jarang penyakit ini berlaku.

Foto Kredit: guff.com
Foto Kredit: guff.com

Bagaimana Melindungi Anak Daripada Penyakit Difteria?

Cara terbaik mencegah penyakit difteria ini adalah dengan mengambil vaksin lima serangkai iaitu DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b).

Imunisasi ini diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.

vaksin bayi dan imunisasi
Foto Kredit: medpharm.co.uk

Masih Belum terlambat, Cegahlah Sekarang!

Dalam artikel Malaysian Medical Gazette diterangkan bahawa jika anda terlepas tarikh imunisasi,  ianya masih boleh diberikan.

Malah, ia tidak terhad walaupun telah menjangkau usia kanak-kanak, remaja mahupun dewasa dan tidak pernah mendapatkan vaksin difteria.

Justeru, ibubapa ditegaskan untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang.

Sumber asal dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber asal dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Comment