Masakan Tak Cukup Ummph? Ini 6 Bahan Penyedap Rasa Semulajadi, Bukan MSG!

“Mak oi panjangnya resipi. Tak campur lagi bahan yang nak diguna. Banyak betul nak kena beli. Aduhai, terus hilang mood nak masak menu ni.”

“Eh. dah ikut sama macam resipi ni, tapi kenapa kat kedai tu rasanya lagi sedap? Mesti ada bahan rahsia ni…”

Pernah alami situasi ini?

Bagi mereka yang biasa memasak, tentulah tiada masalah kerana memang banyak stok bahan-bahan di rumah. Mesti tahu nak tambah perasa bagi kaww…! Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkeluarga besar dan rajin memasak.

Tetapi, bagi yang bujang-bujang dan boleh dikatakan masih amatur ni, manalah ada banyak pengalaman. Tak tahu nak tambah apa lagi bagi makanan tu sedap. Jadi, apa boleh buat?

Kebaikan Bahan Penyedap Rasa Semulajadi

Tahukah anda, sebenarnya anda hanya perlu enam bahan semula jadi ini untuk setiap penyediaan hidangan. Campurkan bahan-bahan ini dalam masakan anda, dan hasilnya, sajian anda terasa enak.

Bahan penyedap rasa semulajadi mempunyai keunikan tersendiri berbanding penambah perasa tiruan yang bersifat ‘segera’. Ianya memberi rasa yang lebih ‘original’ serta menambahkan keharuman dalam masakan. Selain itu, ia mempunyai khasiat tersendiri dan tidak membahayakan kesihatan jika digunakan dengan kerap.

Bahan-bahan ini bukan sahaja fleksibel untuk digunakan dalam kebanyakan masakan, tetapi ia juga mempunyai jangka hayat yang panjang. Jadi, bagi mereka yang jarang memasak pun boleh menyimpannya kerana ia tahan lama!

Apakah bahan-bahan itu?

bahan penyedap rasa 4
Foto Kredit: pluszenlavie.co

6 Bahan Penyedap Rasa Dalam Masakan

1. Serbuk Koko

Menurut laman web Daily Burn, satu sudu serbuk koko yang mengandungi zat besi, magnesium, zinc dan manganese boleh menambah keenakan pada semua menu berasas kacang, smoothies, oat, puding dan yogurt.

Jangan terkejut ya, serbuk koko bukan sekadar bahan penyedap rasa bagi makanan manisan, ia juga boleh dipakai pada masakan jenis savouri (makanan jenis masin / lauk).

Selain itu, serbuk koko juga boleh menambah rasa pedas dalam hidangan berasaskan cili. Wah, menarik kan?

 2. Ekstrak Vanila

bahan penyedap rasa makanan 2
Foto Kredit: whatthecraft.com

Jika anda ingin membuat menu pencuci mulut seperti kek, biskut, brownies, muffin dan sebagainya, jangan lupa masukkan sedikit ekstrak vanila bersama. Ia akan menambah keenakan pada hidangan pencuci mulut tersebut.

Cuma titiskan 2-3 titik, baunya pun sudah harum semerbak. Terutamanya ketika dibakar di dalam ketuhar.

Memang ada banyak dijual di pasaraya. Tak susah pun! Nak buat sendiri pun boleh, (kalau rajin).

3. Kayu Manis

Sama seperti ekstrak vanilla, kayu manis menambah rasa manis semula jadi pada hidangan seperti roti, biskut, yogurt, oat, kacang dan banyak lagi.

Anda juga boleh tabur sedikit serbuk kayu manis sewaktu menikmati secawan kopi panas.  Ia akan menaikkan lagi aroma bau kopi.

4. Madu

bahan penyedap rasa makanan
Foto Kredit: healthyandliving.com

Bukan sahaja berkhasiat dan baik untuk tubuh, malah menjadikan masakan anda persis hasil air tangan chef!

Madu boleh digunakan dalam penyediaan makanan dan juga minuman. Ia menyemarakkan lagi rasa hidangan yang bersifat spicy, buttery, fruity, herbal dan woodsy.

Semakin gelap warna madu, semakin kuat rasanya. Ia juga boleh dijadikan pengganti gula putih.

5. Jintan Putih

Tergolong dalam keluarga parsli, jintan putih menonjolkan rasa smoky dan sedikit pedas. Sebab itulah, ia sering digunakan dalam masakan India dan Amerika Selatan.

Jintan putih enak dicampurkan dalam hidangan berasaskan sup, stew, dan kebanyakan lauk-pauk, sesuai dengan selera orang kita.

Harganya pun begitu murah kerana ia banyak digunakan dalam masakan di Malaysia. Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk dan juga rempah.

6. Jus Lemon

Resepi air detox
Foto Kredit: trueserenity.ca

Sekiranya apa jua hidangan yang anda makan terasa kekurangan dalam segi rasa, tambahkan sahaja dua sudu  jus lemon dan ia akan menambah perisa dalam makanan tersebut.

 

Tak Perlu MSG Pun OK!

bahan penyedap rasa makanan 1
Foto Kredit: besthealthmag.ca

Bahan penyedap rasa makanan bukan saja mudah didapati di pasaraya, malah anda tidak perlu risau akan sebarang kesan sampingan.

Yalah, bukan seperti MSG, bahan-bahan ini boleh digunakan selalu dalam masakan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Jadi, pastikan semua bahan di atas memang ada dalam stok masakan di rumah. Guna sahaja jika ingin menambah keenakan dalam masakan anda. Mesti menjilat jari!

 

 

Leave a Comment