Bayi Berpeluh Banyak Ketika Menyusu Mungkin Petanda Penyakit

“Aduhai, banyaknya peluh si kecil ni sampai lencun baju. Setiap kali menyusu badan mesti macam ni. Padahal dalam bilik tidur dah buka ‘air-cond’, takkan masih panas lagi”

Bayi berpeluh dengan banyak setiap kali waktu menyusu?

risiko herba tradisional
Foto Kredit: babymed.com

Adakah ia perkara normal?

Perlu atau tidak merujuk pada doktor?

Bayi berpeluh sewaktu menyusu badan adalah perkara normal kerana berlakunya body contact antara anak dan ibu. Sentuhan kulit boleh meningkatkan suhu bayi menyebabkan badan terasa panas. Untuk menstabilkan suhu, badan bayi akan mengeluarkan peluh sekali gus menyejukkan badannya.

bayi berpeluh
Foto Kredit: kideat.ru

Namun jika bayi berpeluh dengan banyak setiap kali menyusu, ia boleh menjadi tanda adanya masalah kesihatan seperti dua jenis penyakit berikut:

Pulmonary atresia

Salah satu penyakit berkaitan dengan jantung. Injap pulmonari tidak terbentuk dengan baik dan darah tidak dapat mengalir ke paru-paru menyebabkan kurangnya oksigen dalam badan.

Penyakit ini masih bleh diubati walaupun ia boleh bertukar kronik dan serius. Selalunya ia terjadi sejak lahir lagi akibat masalah dalam kandungan. Oleh itu, cepatlah dapatkan penjelasan dari klinik sekiranya bayi berpeluh secara luarbiasa.

Hyperthyroidism

Salah satu jenis penyakit tiroid di mana kelenjar tiroid yang terletak di bahagian leher bayi menghasilkan hormon tiroid berlebihan menyebabkan berpeluh dengan banyak.

Penyakit ini boleh dikesan sejak dalam kandungan lagi. Selain berpeluh, bayi juga akan merasa penat, sukar tidur, kekerapan membuang air besar, sentiasa rasa gelisah dan tidak selesa.

Bagi bayi yang lebih besar, ia boleh menjejaskan perkembangan mereka dan mengganggu prestasi di sekolah bagi kanak-kanak yang meningkat dewasa.

kelembapan kulit bayi
Foto Kredit: dogalanneler.com

Simptom bayi berpeluh yang perlu diperhatikan

Selain daripada dua penyakit yang dinyatakan di atas, perpeluhan bayi semasa menyusu badan juga dianggap bahaya, sekiranya turut disertai dengan tanda-tanda lain.

Selain berpeluh dengan banyak, perhatikan juga jika bayi menunjukkan simptom-simptom di bawah:

1. Sukar bernafas

Sama ada bernafas dengan cepat, terlalu perlahan atau nafas tersekat-sekat. Ini adalah tanda yang paling bahaya. Pastikan anda mendapat rawatan secepatnya.

2. Cepat penat

Bayi mudah penat dan sering tertidur sebelum menamatkan sesi penyusuan. Ada bayi yang selalu tidur dan kurang berjaga sepanjang penyusuan.

3. Tidak mahu menyusu

Meskipun sudah masuk waktu menyusu, bayi anda menolak untuk menyusu. Lebih buruk lagi jika ia menyebabkan pengurangan berat badan dari semasa ke semasa.

4. Kulit kebiruan

Salah satu tanda yang serius adalah apabila kulit bayi turut bertukar menjadi kebiru-biruan apabila menyusu.

bayi jatuh katil
Foto Kredit: zanjbil.com

Jika ada simptom-simptom di atas,

Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan kerana bayi anda mungkin menghadapi masalah kesihatan.

Leave a Comment