Benarkah ibu menyusu minum ais penyebab bayi batuk?

Salam pembaca,

Betulkah sekiranya ibu yang menyusu anaknya tidak boleh minum ais atau air sejuk?. Dua tiga minggu ini cuaca sangat panas. Oleh kerana tidak tahan dengan bahang cuaca, saya banyak meminum ais. Adakah ini akan memberi kesan pada bayi?

Apakah kesan atau bahaya minum ais untuk ibu dalam pantang? Kadang-kadang bukan tidak sayangkan bayi, cuma bila tekak terasa pedih, badan terasa panas, hanya air sejuk yang dapat melegakan kepanasan. Saya dengar ada kesan buruk jika minum ais selepas hamil atau selepas bersalin. Namun, tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Untuk pengetahuan, bayi saya sudah  6 bulan. Bayi saya batuk teruk selama seminggu berturut-turut tanpa henti walaupun sudah diberikan ubat. Kesian bila melihat dia batuk.

Disebabkan saya bekerja, pada waktu siang, dia minum susu formul. Manakala selepas pulang bekerja, pada malam hari, saya akan berikan dia susu badan.

Risau hati ini melihat bayi sendiri batuk tanpa henti. Ada pandangan?

2 thoughts on “Benarkah ibu menyusu minum ais penyebab bayi batuk?”

  1. Seingat saya. Doktor klinik kerajaan tempat saya selalu bawa anak untuk pemeriksaan ada cakap yang bayi ni kalau batuk tak perlu ambik ubat. biarkan saja sebab nanti batuk tu akan hilang sendiri. Memang dia akan ambil masa yang lama untuk sembuh. Alhamdulillah bila anak saya yang berumur 1 tahun 7 bulan waktu tu, bila dia batuk saya tak berikan ubat batuk pun cuma sapu myk panas ja kat dada dia. Memang dia sembuh sendiri.

    Reply
  2. Mitos Puan. Bergantung kepada daya ketahanan badan ibu dan anak tersebut. Saya tiada masalah seperti yang berlaku pada puan, walaupun pengambilan air sejuk dibuat sepanjang mengandung, dan mula semula pada hari kedua selepas bersalin – kerana saya makan supplemen yang memerlukannya dicampur dengan air sejuk. Tiada masalah untuk saya dan bayi pertama saya.

    Reply

Leave a Comment