Home / 40 Minggu / Berapakah Berat Bayi Normal Yang Baru Lahir? Baby Anda Berapa kg?

Berapakah Berat Bayi Normal Yang Baru Lahir? Baby Anda Berapa kg?

Berat Bayi Normal

Saya percaya pasti ramai yang mahukan anak yang sihat dan salah satu penanda aras ialah mempunyai berat bayi normal seperti anak orang lain.

Sebenarnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO ada mengeluarkan garis panduan tentang berat bayi normal sehinggalah ke peringkat kanak-kanak. Ada eloknya kita tahu sedikit sebanyak supaya dapat memastikan pertumbuhan bayi berada di peringkat yang normal.

Mengapa kita perlu mengambil tahu tentang berat bayi normal ni? Saya percaya kita sebagai ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak kita dan jika berat bayi terlalu sedikit, bimbang pula bayi tersebut sakit. Tapi kalau berat sangat pula, takut-takut bayi kita menghidap obesiti pula.

Jadi berapakah berat bayi normal pada waktu kelahiran?

Mengikut statistik, berat bayi normal sebaik sahaja dilahirkan adalah sekitar 3.4 kilogram. Julat yang normal adalah di antara 2.5-4.5 kilogram. Hanya 5% bayi yang dilahirkan berada di luar julat ini dan menunjukkan keabnormalan bayi tersebut dari awal lagi.

Apakah yang membuatkan bayi anda lebih atau kurang daripada bayi orang lain?

Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyumbang. Di antaranya ialah:

  • Diet pemakanan dan berat anda, sebelum dan selepas kehamilan. Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, kebiasaannya bayi anda akan lebih berat. Jika anda tidak mendapatkan zat-zat yang cukup semasa mengandung, bayi anda mungkin lebih ringan dan kecil.
  • Tahap kesihatan anda, samada anda menghisap rokok atau menghidap diabetes atau mempunyai penyakit lain
  • Berat kelahiran anda sendiri, berat anda dan berat suami anda, kedua-duanya boleh memainkan peranan dalam menentukan berat bayi normal atau pun tidak
  • Jantina bayi anda, samada lelaki atau perempuan. Kebiasaannya bayi lelaki lebih berat berbanding bayi perempuan
  • Samada ini adalah bayi pertama atau tidak. Bayi pertama biasanya lebih ringan daripada bayi anda yang seterusnya
  • Samada anda mengandung anak kembar. Ini adalah kerana jika anda sedang mengandung anak kembar, bayi-bayi tersebut akan lebih ringan daripada anda mengandung seorang

Penurunan berat badan bayi selepas lahir?

Jika berat bayi anda menyusut sedikit selepas baru lahir, usah bimbang. Secara purata, bayi anda akan hilang 5-10% berat berbanding waktu lahir. Ini disebabkan bayi anda kehilangan bendalir yang merupakan perkara biasa sejurus lahir. Dan juga kerana bayi anda tidak memerlukan susu yang banyak dalam tempoh beberapa hari selepas lahir. Semua ini bakal berubah dan dalam tempoh 10-14 hari, bayi anda akan mula menambah berat badan.

Berapa berat bayi normal selepas lahir?

Secara amnya, bayi akan bertambah berat sebanyak 0.5-1 kilogram setiap bulan untuk tempoh 3 bulan yang pertama. Selepas bayi berusia empat bulan dan keatas dan dengan memperkenalkan susu tepung formula kepada bayi tersebut, berat bayi akan naik lebih sedikit kerana susu tepung formula mengandungi kalori yang lebih daripada susu ibu.

Akhir kata

Sekali lagi, bagi memastikan berat bayi normal untuk anak anda; boleh rujuk kepada carta yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Selepas anak besar sedikit, amalkan cara pemakanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan untuk kanak-kanak yang kurang berat badan.

Harus diingatkan, kami tidak menulis tentang berat bayi dalam kandungan, cuma berat bayi selepas dilahirkan sahaja. Jika anda sedang hamil dan ingin mengetahui berat bayi dalam kandungan, kunjungi klinik yang berhampiran.

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk kita semua. Sebelum itu, berapakah berat bayi anda ketika dilahirkan? Kongsikan di ruangan komen!

About admin

27 comments

  1. Good info utk para ibu bapa.. 🙂

  2. gud info..berat bayi ssaya 3.08kg semasa dilahirkan..sekarang dah nak masuk 5 bulan..checkup 4bulan berat die dah 6.5kg..syukur alhamdulillah..bayi sy membesar dgn sihat..

  3. Berat bby sy lahir 3.5kg
    Masa usia 30hari 4.6kg

  4. betullah tu.. anak saya twin.. sorang 2kg… sorang lagi 2.01.. 33w dah bersalin.. sweet memory!!

  5. betullah tu.. anak saya twin.. lahir masa 33w. sorang 2 kg.. sorang lagi 2.01.. sweet memory!!!

  6. Anak sulong saya lahir 1.8kg, no.2 2.75kg, no.3 2.01kg no.4 3.08kg… Skrg prgnt lg 35w… Dktor anggarkan berat lebihkurang 3.2 kg. :).

  7. Baby no 3 keluar 4 kilo secara normal..

  8. Berat baby saya 3.05kg…setiap bulan naik ngn sihat…dan sekarang dh 4bln dgn berat 6.9kg dh…alhamdulillah…

  9. Ainaa 4.07kg skg 25kg(5y)
    Fateh 4.1kg skg 18kg(1y 8m)
    Dua2 sihat.berat normal cz tggi.xdikira obest oleh dktr mrka.

  10. Alhamdulillah baby saya lahir 3.2kg.Sekarang dah masuk 4 bulan berat terkini 6.6kg.

  11. Info yg bgus….berat anak 1– 1kg. Berat anak 2-1.7kg…kedua2 pramatang…

  12. Anak sulung 3.18 kg …skrg 58kg (16 thn)
    Anak bongsu 3.48 kg….skrg 55kg
    (9 thn) obes

  13. anak sy yg first lahir 3.4kg .tp x kena berat sy plk time preggy. tsgt lah kurus. alhamdullilah makin sihat smp doktor bgtau anak sy obes plk masa baby.skrg dia dh 2thn9bln.

  14. Anak sy 2.5kg time lahir..skrg bru 2bulan 3mnggu brat dia 6.5kg..x susu badan..cuma minum susu botol jhe..

  15. Aisy 3.81 kg (skrg sthun 5bln)
    Aisya 3.44 kg (skrg usia 3hari)
    Alhamdulillah kdua2 sihat

  16. Ank first 4.2kg(baby boy)
    Ank second 4.0kg(baby girl)

  17. Anak saya y sulung lahir 2.7kg..
    Anak saya y no.2 lahir 3.1kg..
    Betul ke ada org ckp berat anak ke.3 akan lebih berat lagi sekiranya hamil lagi..

  18. Anak sulung sy 2.6kg, kedua 3.9kg, yg ketiga 3.0 kg….

  19. Sy dh mmpyai 5 org ank…
    First bby girl 2.6kg
    Second bby girl 3.54kg
    Third bby boy 3.3kg
    Forth bby girl 3.3kg &
    Fifth bby boy 3.97kg

  20. Ank sulung 3.6kg
    Ank kedua 5.5kg
    Ank ketiga 4.6kg

  21. Anak 1- 2.53kg 38 week
    Ank no.2- 2.98kg 40 wèek
    Ank no.3- 2.3kg 38 week
    Ank no.4 -3.05kg 37 week
    semua susu badan kecuali ank no.3.
    Semua jaundis tinggi kecuali ank no.4 sampai tukar darah.
    semua sihat

  22. Anak sy yg sulung berat 2.85kg, yg kedua 3.2 kg dan yg ketiga 2.78kg… sy ingin bertny knp bby sy yg ketiga kecil sedikit dr yg pertm dan kedua? Sbb ada pendpt yg mengatakn bby akn naik bert bdn dia slps kt mengandungkn yg pertm dan kedua… kerana rahim telah membesr… blh admin tlg jelaskn?

  23. Berat anak sy yg bru saja dilahirkan adalah 3.4kg..alhamdulillah berat yg normal

  24. Anak saya nak masuk 5 org,
    1.Lelaki :3.65kg (lahir thn 2004)
    2.Lelaki :3.00kg (lahir thn 2006)
    3.Perempuan :3.00kg (lahir thn 2010)
    4.Perempuan :3.00kg (lahir thn 2012)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *