Home / Asuh / 9 Perkara Yang Buat Wanita Rasa Nak Berhenti Kerja. Nak Jaga Anak!

9 Perkara Yang Buat Wanita Rasa Nak Berhenti Kerja. Nak Jaga Anak!

“Takde ‘mood’ betul nak pergi kerja. Dahlah Aiman baru baik demam. Risau betul memikirkan dia asyik merengek je. Rasa bersalahnya sebab tak mampu gembirakan si anak. Oh Tuhan, berikanlah kekuatan untuk aku bertahan… Rasa macam nak berhenti kerja untuk jaga anak. Senang cerita!”

Bukan senang nak jadi ibu bekerjaya. Macam-macam halangan dan cabaran yang perlu dihadapi. Kadang-kadang kalau dah belajar tinggi, rasa sayang juga nak berhenti kerja. Lagi pula bila dah naik pangkat dan mula selesa dengan tempat kerja.

Tapi, dilema tetap dilema.

Di Amerika saja, dilaporkan hampir 40% wanita yang mempunyai anak bawah 6 tahun telah berhenti kerja pada tahun 2015. Ada kalanya kita akan menghadapi situasi tertentu hingga perasaan ‘teringin’ nak berhenti kerja untuk jaga anak di rumah semakin membuak-buak.

Foto Kredit: bezzia.com
Foto Kredit: bezzia.com

9 Perkara Yang Buat Wanita Rasa Nak Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak

Ini antara sebab yang paling selalu menyebabkan wanita rasa ‘teringin’ nak berhenti kerja untuk jaga anak.

1. Rasa Anak Cepat Membesar

“Eh, dah besar rupanya anak aku ni. Bila dia pandai berdiri pun aku tak sedar.”

Pejam celik pejam celik anak anda dah semakin membesar. Lama-kelamaan anda menyedari zaman bayi mereka akan berakhir dan anda rasa emosi tak tentu pasal.

Ini memang normal, lebih-lebih wanita kerana mereka memang dilahirkan serba sensitif. Tapi kalau lelaki, dia mungkin tak berapa kisah.

bayi cepat berjalan
Foto Kredit: collegehumor.com

2. Anak Selalu Demam

Hanya ibu yang tahu betapa sukarnya menguruskan diri ketika anak demam. Mereka akan sentiasa ‘berkepit’ sampai kita pula rasa nak demam selepas 2-3 hari.

Tidur malam jangan ceritalah. Kepala pun rasa pening semacam akibat tak cukup tidur. Macamana nak pergi kerja?

Petua anak demam panas
Foto Kredit: anationofmoms.com

3. Malas Nak Kena ‘Apply’ Cuti

Anak demam nak kena cuti. Suami ‘outstation’ nak kena cuti. Pengasuh balik kampung nak kena cuti lagi.

Kalau tak dapat cuti, terpaksa pula bawa mereka ke pejabat buat sementara.

Sekali -sekala tak apa, tapi kalau selalu, naik ‘malu’ juga dengan bos dan kawan sekerja.

bayi jatuh katil
Foto Kredit: zanjbil.com

4. Rasa Tak Berbaloi

Gaji kalau dicampur dengan suami memang agak lumayan juga sebenarnya. Tapi, rasa tak berbaloi nak memikirkan apabila ianya perlu digunakan untuk membayar hutang kereta, duit minyak, gaji pengasuh, makan di pejabat, dan keperluan lain.

Bukan itu saja, kadang-kadang, kita akan gunakan semua duit lebihan untuk beli permainan anak akibat rasa ‘bersalah’ apabila tak dapat meluangkan banyak masa bersama mereka. Berbaloikah?

berhenti kerja untuk jaga anak
Foto Kredit: femina.com

5. Masalah Di Taska

Sebagai wanita, ada yang cerewet dan ada yang masih boleh ‘pejam mata’ jika terdapat sesuatu yang kurang sempurna pada pengasuh atau taska anak. Kita yang sibuk bekerja pula hanya punya masa pada waktu malam untuk bersama mereka.

Kadangkala kita terasa macam paranoid dan ‘over’ sangat kalau ada yang tak kena, contohnya apabila anak dah pandai sebut benda yang bukan-bukan.

Sudahlah penat, timbul pula masalah dengan pengasuh atau taska mereka. Risaunya!

Foto Kredit: huffingtonpost.com
Foto Kredit: huffingtonpost.com

6. Rasa Tak Cukup ‘Sempurna’

Apabila membandingkan diri dengan ibu-ibu lain, kita rasa ‘teruk’ sangat. Lebih-lebih lagi apabila tengok rumah tak terurus, anak yang tak gembira, suami yang dingin.

Kebanyakan wanita tentu akan rasa seperti semuanya berpunca daripada diri mereka sendiri.

Walau apa pun, percayalah, seorang surirumah sepenuh masa pun adakalanya akan rasa begini tau!

tips mengatasi rasa cemburu
Foto Kredit: thethinkingmomblog.com

7. Kurang Masa Untuk Suami

Setelah bergelar ibu, kita makin banyak meluangkan masa untuk urusan anak dan rasa tak terpikul tanggungjawab terhadap suami.

Mungkin ada yang dah renggang, jarang bermesra dan bergurau. Kita pula jadi cepat marah apabila stres kerana memikirkan terlalu banyak urusan.

Nak masak untuk mereka pun susah. Kesian Encik Suami…

Foto Kredit: verywell.com
Foto Kredit: verywell.com

8. Malas Tempuh ‘Jammed’

Sejak ada anak, setiap minit dirasakan sangat berharga. Apabila ditolak tambah, banyak betul masa dihabiskan di atas jalan raya.

Setiap kali terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan lewat mengambil anak, tentu akan rasa sangat tak ‘best’!

elak bosan
Foto Kredit: abc.net.au

9. Mula Jumpa Pendapatan Sambilan

Ada yang mula berjinak-jinak dengan pendapatan sambilan dari rumah.

Mula-mula saja nak cuba, tapi tak sangka dapat sambutan. Sebenarnya dapat jana pendapatan sedikit pun tak mengapa, asalkan ada.

Lagi pula, kita memang minat terhadap bisnes tersebut. Ini lagi membuatkan kita rasa nak berhenti kerja, dapatlah fleksibelkan masa sedikit!

Buat 'part-time' jual barang secara online

Fikir Masak-Masak

Bekerja ataupun tidak, yang penting adalah kemahuan anda dan cara anda menghargai diri sendiri dalam menjadi seorang wanita dan ibu. Mungkin berhenti kerja bukanlah penyelesaian buat segala masalah anda. Ini kerana, kedua-dua pilihan memerlukan pengorbanan yang tinggi.

Jika anda dalam dilema untuk menentukan hala tuju, rancangkan pengurusan kewangan anda sebaiknya sebelum membuat keputusan berhenti kerja untuk jaga anak di rumah.

Bincanglah dengan suami, lakukan solat istikharah, dan pastikan anda mempunyai ‘backup plan’.

Teruskan berdoa dan bertawakal supaya semuanya dipermudahkan. Jangan risau sangat ya!

About admin

One comment

  1. UmmiQistiDaniAnish

    Salam..ni memang antara sebab kenapa Ummi lg suka berenti dari bekerja dan jadi homemaker je..bila dh jumpa sumber pendapatan lain yg xde melibatkan masalah yg disebut tu dengan related hati kits duk rmh je..:-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *