Bolehkah Saya Makan Panadol Ketika Mengandung?

“Eh, sejak berbadan dua ni asyik sakit kepala je. Susah nak fokus kat tempat kerja. Bahaya tak kalau makan Panadol semasa mengandung? Berapa sukatan yang selamat ya?”

Sesetengah wanita memang dianugerahkan dengan kehamilan yang mudah dan kurang bermasalah. Namun, ramai juga yang sering sakit kepala, demam, sakit perut, rasa tak sihat, dan mengalami pelbagai masalah kesihatan lain.

Antara solusi yang paling ‘simple’ adalah dengan menelan Panadol, atau nama saintifiknya, paracetamol. Tapi, kalau mengandung ramai yang was-was kerana risau akan kesan ubat ini kepada kandungan.

Sejauh manakah kebenaran dakwaan bahaya ubat ini? Dan apakah langkah keselamatannya jika perlu makan ubat ketika hamil?

makan ubat ketika hamil
Foto Kredit: ladycarehealth.com

Bahayakah Makan Ubat Ketika Hamil?

Menurut Dr Izham menerusi Utusan Malaysia, janin mudah terdedah kepada semua jenis ubat yang diambil oleh ibu.

Ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan keracunan jika diambil berlebihan.

Maka, ibu mengandung disaran menghubungi doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan nasihat jika terpaksa makan ubat ketika hamil dan inginkan kepastian.

Dapatkan nasihat doktor sebelum makan apa-apa ubat
Dapatkan nasihat doktor sebelum makan apa-apa ubat

Jenis Ubat Yang Perlu Dielakkan

Jika merujuk pada label, anda boleh mengetahui sama ada ubat itu selamat untuk kehamilan dengan mengenal pasti kategorinya. Kategori yang selamat adalah A, B dan C. Manakala kategori D atau E(X) adalah merbahaya untuk kandungan.

Menurut Malaysian Pharma, Paracetamol adalah dalam kelas ubat yang dikenali sebagai analgesik (ubat penahan sakit yang) dan antipyretics (pengurang demam). Ia berfungsi dengan mengubah cara deria sakit badan dan menyejukkan badan. Setakat ini, Panadol adalah antara ubat yang dikategorikan sebagai selamat untuk wanita hamil, jika diambil dalam dos yang terkawal. Ia tergolong dalam kategori B.

Antara jenis ubat lain yang perlu dielakkan adalah Accutane/ Isotretinoin (ubat jerawat), Tegison/ Etretinate, Thalidomide, Aspirin, dan Ponstan.

makan ubat ketika hamil
Foto Kredit: netdoctor.co.uk

Masalah Yang Sering Dialami Ketika Hamil

Berikut adalah masalah yang selalu dihadapi sepanjang kehamilan dan cara anda mengatasinya.

1. Sakit Kepala

Sakit kepala adalah antara simptom kehamilan yang paling selalu menyebabkan rasa tak selesa sepanjang kehamilan.

Menurut sumber melalui laman kesihatan sebuah akhbar tempatan, Paracetamol atau Panadol adalah salah satu ubat yang selamat untuk digunakan.

Namun, anda harus berhati-hati ketika mengambil Ibuprofen terlalu kerap kerana ia didakwa boleh menyebabkan kekurangan air ketuban, terutamanya pada trimester ketiga.

Diingatkan, ubat migrain juga perlu diambil hanya setelah mendapat pengesahan dan preskripsi khusus daripada doktor.

tekanan darah rendah

2. Pedih Ulu Hati / Sakit Perut

Masalah kembung atau pedih ulu hati biasa berlaku kerana salur penghadaman menajdi kurang efisyen pada awal kehamilan. Apabila bayi bertambah besar pula, ia menolak perut anda ke atas.

Sebenarnya, ubat yang paling sesuai untuk merawatnya adalah antasid. Menurut BabyCentre, ubat ini juga selamat untuk ibu hamil. Seeloknya, ambil antasid yang mengandungi alginate, magnesium dan aluminium. Elakkan ubat antasid yang berasaskan kalsium.

makan ubat ketika hamil
Foto Kredit: ibu-hamil.web.id

3. Cirit-Birit

Sakit perut pula biasanya diikuti dengan cirit-birit. Sekiranya ia berlaku, jangan takut makan ubat ketika hamil kerana sekiranya berlarutan ia boleh menyebabkan anda ternyahhidrat.

Minum air yang cukup dan gunakan solusi rehidrasi oral yang tidak mengandungi loperamide.

masalah faraj berbau
Foto Kredit: metro.co.uk

4. Loya (morning sickness)

Keadaan ini amat sinonim dengan kehamilan. Ubat untuk loya atau muntah-muntah ketika hamil biasanya dikawal ketat kerana ada yang berpotensi membahayakan kandungan seperti dari sumber Thalidomide. Oleh itu, anda perlu berbincang perkara ini dengan doktor.

Anda disarankan mencuba kaedah semulajadi seperti makan sedikit tapi kerap, minum teh halia, menghidu bau ‘mint’ atau lemon, memakai gelang tangan acupressure (mabuk laut) yang boleh didapati di farmasi.

Cara Mengatasi Mabuk Hamil
Foto Kredit: parentables.howstuffworks.com

5. Batuk & Demam Selsema

Jika wanita hamil ingin menurunkan suhu tinggi melebihi 40 darjah Celcius, penggunaan Panadol adalah antara yang terbaik, seperti yang dinyatakan oleh Dr Zubaidi melalui blog beliau.

Namun, pastikan anda tidak mengambil melebihi 4 biji Panadol dalam masa 24 jam. Dr Zubaidi juga menasihatkan pengambilan Panadol ini dihadkan ketikan kandungan berusia kurang 18 bulan kerana pembentukan anatomi berlaku pada fasa ini.

Batuk pula boleh dilegakan dengan ubat titik hidung seperti oxymetazoline atau xylometazoline.

makan ubat ketika hamil
Foto Kredit: elsiglodetorreon.com.mx

Jangan Abaikan Simptom Berpanjangan

Jika kesemua simptom ini berlarutan, wanita hamil janganlah terlalu bergantung kepada Panadol atau ubat-ubatan farmasi.

Sebaliknya, dapatkan nasihat doktor supaya mereka dapat mempreskripsikan ubat yang sesuai untuk diambil sepanjang kehamilan.

Sementara itu, anda juga boleh mengamalkan perawatan semulajadi seperti madu, kaedah pernafasan wap, atau air lemon dalam sukatan sederhana.

Leave a Comment