Home / Rakyat / Mana Borang BRIM 2015 Online? Bila Boleh Buat Semakan Status & Keputusan?

Mana Borang BRIM 2015 Online? Bila Boleh Buat Semakan Status & Keputusan?

BRIM 2015

 

A) Terkini 19 Oktober 2014:

Borang permohonan masih lagi belum dibuka. Masih lagi tiada ‘button’ untuk Permohonan Baru dan ruang untuk masukkan nombor MyKad.

ebr1m-ebrim-hasil-gov-my-2015

Panduan untuk semakan status permohonan BR1M di sini.

 

i-BR1M

i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isi rumah / keluarga. i-BR1M  bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal  akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan  oleh konsortium pengendali Takaful. Maklumat lanjut seperti gambar di bawah:

i-br1m-ibrim-2015

Manual pengguna i-BR1M di sini.

Download borang i-BR1M di sini.

 

B) Terkini 10 Oktober 2014:

Untuk BRIM 2015 dalam Bajet 2015 kali ini:

Untuk maklumat lanjut dan intipati Bajet 2015, termasuk kadar kenaikan BRIM 2015, boleh lihat entri kami tentang Bajet 2015 Golongan Pertengahan di sini.

Gaji RM3,000 ke bawah

Untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, pemberian akan ditingkatkan dari RM650 kepada RM950. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu 300 ringgit akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 ringgit akan dibayar mulai September 2015.

Gaji RM3,000 – RM4,000

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, Kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun juga, iaitu RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 akan dibayar mulai September 2015.

Orang Bujang

Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, Kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350. Bayaran bantuan ini akan dibuat sekaligus mulai awal tahun 2015.

Permohonan & Daftar BRIM 2015

Ekoran kenaikan harga minyak pada 1 Oktober 2014 yang lalu, ramai yang tercari-cari maklumat tentang permohonan BRIM 2015. Ramai juga ke sini untuk info BRIM 2014 yang lalu. Masih belum pasti apa pendirian kerajaan tentang BRIM 2015 yang akan datang ini. Pada 10 September yang lalu, Barisan Nasional Backbencher (BNBBC) mengatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan sukacitanya mengumumkan kenaikan tambahan RM300 lagi bayaran BR1M tahun depan. Boleh baca berita itu di sini.

Datuk Seri Najib berkata, “Yakinlah saya tidak akan menyusahkan rakyat. Ini kerana kerajaan berdiri di atas sokongan rakyat”. Malah beliau menganggap ini adalah satu langkah ke depan yang paling besar yang dilakukan oleh kerajaan sejak Merdeka.

Laman web Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dari LHDN Malaysia masih menunjukkan maklumat lama untuk BR1M 2014. Boleh lihat di sini. Kami rakyat Malaysia golongan pertengahan masih ternanti-nanti kemaskini terbaru.

 

Mana ‘link’ untuk borang BRIM online?

Sila ke sini: https://ebr1m.hasil.gov.my/

Pautan di atas adalah pautan lama untuk BRIM 2014. Kami tidak pasti samada pautan ini akan digunakan untuk BRIM 2015. Kami akan kemaskini apabila kerajaan umumkan di media.

Adakah saya layak dapat BRIM 2015?

Mengikut LHDN, syarat kelayakan permohonan BR1M ialah:

(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
(iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Apa dokumen yang diperlukan?

(i) MyKad bagi pemohon; dan
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
• Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
• Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

**NOTA

1. PERMOHONAN BARU – Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.
2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 – Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

Kemas Kini Permohonan BR1M 2.0 hanya dibenarkan SATU (1) kali sahaja. Sebarang pindaan lanjut, sila hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran. Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Bagaimana kalau saya tidak pandai guna Internet?

Untuk permohonan BRIM, boleh juga hubungi nombor ini: 1-800-88-2716. Untuk insuran BRIM (i-BR1M), sila hubungi nombor tertera: 03-2716 2716

Semoga bermanfaat!

About admin

48 comments

  1. Tuan,
    I have been a recepient since it commenced in 2012. I got BRIM twice from the assigned schools after I’ve registered with BRIM from the very beginning. Since I didn’t put in my bank account which is HSBC Account 302- 2696-001 when I filled in the form in 2012. As a result I have not received BRIM 3 which is being given this year the RM650. Can you please look into this matter for me and ensure for the coming 2015 BRIM.

    Ribuan Terima Kasih. Sorry for writing in English.

    Chan Hing Chen

  2. Saya bernama diatas bahawa BRIM3 saya tidak menerima RM650.sila semakan Dan hantar ke email saya.sekian terima kasih.

  3. Saya tsk pernah mohon brim.saya nak mohon.gaji bawsh 4000rm.macam mana

  4. Hi, boleh ke saya tahu kalau saya tak pernah memohon BRIM, jadi saya masih layak/boleh pohon untuk BRIM 4.0 2015? Sila hantar sebarang maklumat ke email saya. Sekian terima kasih.

  5. selamat pagi,

    saya iingin bertanya, saya adalah penerima BR1M. Soalan saya di sini adakah penerima brim 2015 perlu mengisi semula borang pemohonan tersebut?

  6. Saya pernah menerima Brim 01 & 02 atas tiket status isteri 1
    namun saya tidak menerima Brim 03, 3 orang anak saya masih belajar di IPTA. Apa harus saya lakukan…

  7. seulis bin selamat

    terima kasih PM

  8. Tuan/Puan saya persara tahun kedua,tahun lepas saya gagal terima brim3.0,tahun ini saya ingin cuba lagi,bagaimana?

  9. A-17-1 Block A, Desa Sri Puteri,
    No. 6 Jalan 1/125G,

  10. Saya buat pertama kali untuk permohonan BRIM, masih boleh mohon utk BRIM 2014.

  11. saya brim tahun lepas saya tak lulus,tak tahu kenapa,tapi saya ada telefon tanya,mereka beritahu gaji saya lebil RM4000,tapi gaji saya sudah tolak KWSP & sosso baru RM2900,sedih sangat……saya nampak banyak orang kaya pun dapat,tapi kami miskin punnya tak dapat.tahun ini saya ingin cuba lagi,bagaimana……

  12. Thank you for sharing.. good info & support.

  13. Assalam? Sy baru berkahwin mcm mana nk tukar bujang ke kahwin

  14. nama saya vivekananda tahun ini tak dapat brim

  15. Saya bru berkahwin.. sebelum ini suami saya dpt brim yg bujang.. tp sempat lg x nak tukar status dan bagaimana caranya.?

  16. Saya nak buat pertama kali ini untuk buat permohanan Brim,2015 until bujang masih boleh mohan untuk BRIM, 2015…sekian terimah kasih…..

  17. i nak apply utk tahun depan 2015

  18. orang yg pernah kemaskini perlu kah kemaskini lg untuk tahun 2015 ?

  19. saya memang x puas hati dgn brim last year, semua kwn saya yang gaji 5 k dan 6 k dapat brim, saya yg 2k pun x dapat, ini adal kenyataan yag benar bukan tipu, kebanyakan saya tanya semua happy kata dapat, first time apply diorg dah dapat, org kerajaan ni x buat kerja ke atau buta mata, atau buat kerja main2, sorry saya bukan nak kurang ajar kat sini, tapi ini memang x betul, kepada kami yang betul2 memerlukan bantuan x dapat, yang x sepatutnya dapat pulak, ini ke 1 malaysia yang adil,

  20. Sy dh dpt thn lepas…so perlu ke nk kemaskini maklumat sbb sy xda perubahan maklumat tmabayaran suk no akaun…?..0nce knapa dia buat bayaran 3 kali sthn..Jan,mei & sept…?..kenapa x skali..?…mohon penerangan…. .?…

  21. Macam mana nak kemaskini kan brim2015…

  22. Jesvinder Kaur jln pahang.
    i nak apply utk tahun depan 2015

  23. Macam mana nak kemaskinikan brim 2015

  24. Selamat Pagi,
    Adik saya [bujang ] telah terima BRIM sebelum ini. Tetapi sekarang telah meninggal dunia. Bagaimana emak saya boleh buat tuntutan kematian adik saya.

    Terima kasih.

  25. Bama A/P Adaikalam

    Salam sejatera . thn 2014 saya x dapat kerana gaji sekeluarga +4000
    Tahun 2014 oct ini saya perhenti kerja , gaji sekeluarga sekarang-3000
    saya kene apply form baru ka?
    atau update on line shj

  26. kerajaan buat bayaran 3 kali dalam bulan jan mei dan september sebab xnak bg ko pakai duit one shot sekaligus..sbb tu bg sikit2 supaya ko ada duit beli makanan..mcm mak ayah bg duit kt kita dulu xleh bg rm10 utk 2 hari nanti dia guna semua duit.kena bg rm5 sehari pastu esk lg rm5.

  27. Saya nak mohon brim tapi tak tahu..bagaimana kah cara nya

  28. Macam mana nak cari borang

  29. Dah byk kali kemaskini pun.dia org ckp gaji 3000 keatas jugak.kadang banyak kali ulang alik LHDN.

  30. I went to ebr1m hasil.gov.my and got the kemaskini borang but cannot fill in for there is no response when the mouse was click in the column to be filled. How to submit by e portal or email.

  31. mane link???

  32. Saya belum isi borang br1m

  33. saya nak tanya , kalau belum ada akaun bank boleh isi borang ke ?? maksud saya , bahagian A kita isi tapi tu bahagian akaun bank kita kosongkan and then terus hantar . boleh ke ??

  34. Mcm mana dapat borong ? Pls help

  35. bagai mana saya boleh mendapat kan semula maklumat pemohonan br1m yang pernah saya daftar

  36. jennifer..u masuk laman brim n klik borang brim n sana u bole print borang brim

  37. nama saya jeyanthi, sy dgn suami sy dulu thn pun tidak dpt ini thn sy dapat ke

  38. Permohonan diterima..tp check bank tiada..memang tidak dapat ke..ayah saya pon kesian.

  39. zamilah binti embong

    Nak tahu keputusan brim

  40. saya pun da kemaskini tp cek.kat maybank x masuk lagi..knp ya sedangkan kawan saya n jiran saya da dpt..tanya kawan dibayar 3x.
    nak tanya..dibayar 3x utk seorg atau 3 peringkat utk rakyat?

  41. Saya pn xdpt br1m lg.x msk2 smpai kesudah. thn lps dpt voucher buku, motif? Saya bljr parttime je buku dha beli b4 br1m buka pemohonan lg.hmmmm

  42. i only had monthly income rm1500. am i alow to have rm950.

  43. Saya pun dah kemaskini tetapi tak masuk dalam bank pun,orang bujang pun ada masalah pulak……..

  44. saya bolem dapat ?

  45. salam sy mgidap pid-saraf akibt kemalangan ditempat kerja.ketika bkerja.ker
    adakah saya layak menerima insuran brim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *