Cara DIY Print Paperbag Untuk Door Gift. Jimat, Tapi ‘Cool’ Habis

Kali ini kami ingin berkongsi cara buat paperbag secara DIY melalui Puan Melor Rahman.

Beg kertas ini amat sesuai digunakan dalam segala bentuk majlis. Ia bukan saja nampak ‘stylo’, jimat pun jimat.

Apa yang diperlukan hanyalah 2 bahan iaitu printer dan brown paperbag.

Jom kita ikuti perkongsiannya, langkah demi langkah.

cara buat paperbag
Foto Kredit: FB Melor Rahman

Cara DIY Print Paperbag Untuk Door Gift. Jimat, Tapi ‘Cool’ Habis

Buat yang tercari-cari, mana nak beli brown bag ni?
Ianya boleh dicari di kedai barangan bakeri or kedai barang-barang plastik atau polisterin.

Brown bag dlm tutorial ini bersaiz lebih kurang 8″x13″ (lebih kurang saiz a4). Kalau nak pakai saiz kecil pun, tiada masalah. Cuma perlu ukur dan masukkan ukurannya masa nak setup untuk print.

Printer yang digunakan pula adalah jenis Canon iP3680.

Cara Buat Paperbag DIY Printed: Langkah Demi Langkah

1. Guna Software Yang Sesuai

Bukak Powerpoint or sebarang software yang ada, contohnya Adobe Illustrator, etc. Kalau tak ada, buka Google Drive buat satu new Google Slides.

Memandangkan tak semua org ade software tu, saya buat tutorial ini pakai Google Slides. Free je software ni. Fonts nya pun banyak pilihan. Semua pandai pakai Words / Powerpoint kan? Sama saja caranya, lebih kurang.

cara buat paperbag 01

 

2. Page Setup

Cari Tab > File, dan pilih > Page Setup dan >Custom. Contoh macam dalam gambar di bawah.

cara buat paperbag 02

3. Masukkan saiz paperbag

Masukkan size brown paperbag yang telah dibeli.
Contoh: 8″x13″

cara buat paperbag 03

4. Design

Sekarang dah ada layout.
Bolehlah mula design mengikut kreativiti masing-masing.

cara buat paperbag 04

Ok ini yang saya dah design.

cara buat paperbag 05

5. Rotate

Select all design ..
Pergi ke Tab >Arrange >Rotate >Rotate counter clockwise 90°

Buat 2 kali ya. Kita rotate sebab nak setting untuk print nanti.

Nanti brown paperbag tu kita akan masuk part bawahnya terlebih dahulu supaya tak tersangkut dalam printer.

* Tapi kalau guna paperbag bersaiz kecil tak perlu rotate pun tak apa sebab tak ada lidah kat bahagian bawah. Jadi, tak ada masalah nak masukkan dalam printer.

cara buat paperbag 06

Ok.. Bila dah rotate 2 kali, ia akan terbalik macam gambar di bawah ni.

cara buat paperbag 07

6. ‘Adjust’ Semula

Kemudian susun layout design elok-elok supaya tak terlalu rapat dengan margin.

cara buat paperbag 08

7. Preview

Kalau layout dah elok ngam semua, kita bolehlah preview sebelum print.
Cari >File >Printer settings and review.

cara buat paperbag 09

8. Setting Untuk Print

Click Print >Printer setting
– Paper size – A4
– Pages – All
– Color – bergantung pada design. Kalau ada warna, set ‘color’ ya.

cara buat paperbag 10

9. Cara Masukkan Paperbag

Masukkan bahagian bawah brown bag dulu.
Nampak tak anak panah yang ditulis dengan pen merah tu?
Pastikan arah anak panah itu dimasukkan terlebih dahulu dalam ‘paper feeder’ printer.

cara buat paperbag 13

Letak bahagian bawah paperbag macam dalam gambar ini.

cara buat paperbag 14

10. Print

Bila dah ready begini, bolehlah klik >Print.

cara buat paperbag 15

11. Siap!

Tadaaa..!
Haa, nampak tak arah anak panah merah tu?

Jadi, sekarang baru siap 1 keping paperbag.
Berapa ramai jemputan kenduri, berapa ribu orang order kerepek pedas laku kerastu terpulanglah.

Ulang semula dengan klik butang Print.

cara buat paperbag 16

Oh, Senangnya!

Ok dah siap short tutorial untuk cara buat paperbag DIY dengan menggunakan printer.
Pinterest ada versi mat saleh, ini pula versi saya.

Lepas ini bolehlah print untuk kenduri aqiqah, kenduri kahwinbirthday party, dan sebagainya.

Nak letak barang handmade pun sesuai. Nampak ‘cool’ dan ekslusif!

 

*Puan Melor Rahman juga menghasilkan handmade arm pillow dan kasut bayi yang sangat comel untuk si manja anda. Untuk tempahan, boleh hubungi nombor telefon 017-6370795 dan Instagram @mgpatch atau PM melalui facebook Melor Rahman.

 

**Sumber asal melalui laman Facebook peribadi Puan Melor Rahman ini diterbitkan semula dengan kebenaran.

Leave a Comment