Cara Ganti Puasa Ramadhan Yang Tertinggal

Apabila masuk bulan Rejab, debaran Ramadhan semakin terasa. Bagi yang ada tertinggal puasa disebabkan keuzuran, tentu ramai yang teringat ‘hutang’ puasa atau bayar fidyah yang belum ditunaikan.

Bukan itu saja, mungkin ada beberapa persoalan berkaitan puasa yang masih bermain-main dalam fikiran.

Jadi, mari semak cara ganti puasa (qadha’) dan cara mengira fidyah yang perlu dibayar, sekiranya ada.

Foto Kredit: thoughtcatalog.com
Foto Kredit: thoughtcatalog.com

Bagaimanakah Puasa Boleh Terbatal?

1.  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
2.  Makan dan minum sepanjang hari
3.  Muntah dengan sengaja
4.  Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
5.  Keluar darah haid & nifas
6.  Gila
7.  Pitam atau mabuk sepanjang hari
8.  Murtad

10 Peranan Suami Ketika Isteri Hamil. Mengandung Itu Indah!
Foto Kredit: huffingtonpost.com

Jenis Keuzuran Yang Mengharuskan Berbuka Puasa

1.  Dalam perjalanan jauh / musafir
2.  Sakit yang tidak dapat dielakkan
3.  Wanita yang sedang mengandung
4.  Ibu yang menyusukan anak
5.  Tua

Hukum Ganti Puasa Ramadhan

Hukum menggantikan puasa Ramadhan adalah wajib. Tidak kiralah bagi yang membatalkan puasanya sama ada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran.

Firman Allah Ta’ala :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Cara Ganti Puasa Ramadhan

Cara ganti puasa Ramadhan adalah sama dengan puasa Ramadhan, kecuali pada lafaz niatnya.

Lafaz niat ganti puasa adalah seperti berikut:

NIAT POSO GANTI

Bila Boleh Mula Ganti Puasa Ramadhan?

Kita boleh menggantikan puasa yang tertinggal pada bila-bila masa selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya, kecuali pada hari yang dilarang berpuasa seperti pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimana Mengganti Puasa Yang Sudah Tertinggal Lama?

Kadangkala, terdapat kes di mana kita sudah lama meninggalkan puasa di zaman muda remaja. Sehinggalah sekarang, barulah kita terdetik untuk menggantinya. Jadi, bagaimana?

Sekiranya kita tidak berkesempatan mengganti puasa sehingga datang Ramadhan seterusnya, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.

Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diganti, dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari puasa ganti.

Manakala, jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.*

cara ganti puasa
Foto Kredit: new-muslims.info

Tunaikan Hutang Terlebih Dahulu

Puasa adalah suatu ibadah utama, iaitu termasuk dalam Rukun Islam ketiga.

Jadi, harus kita ingat bahawa mengganti puasa adalah sangat penting. Sehinggakan sesetengah ulama’ yang berpendapat ianya lebih utama berbanding puasa Sunat Syawal yang sering direbut ganjarannya.

 

*Artikel tentang fidyah boleh dibaca lanjut di pautan ini: Prosedur Bayar Fidyah Secara Online Atau Tunai

**Sumber Rujukan: Laman Web Masjid Al-Azim

1 thought on “Cara Ganti Puasa Ramadhan Yang Tertinggal”

  1. Apa yang nak didebarkan menjelang Ramadan? Tiap-tiap tahun datang Ramadan & kalau kita dah biasa berpuasa, takda mana debarannya pun. Yang kita debarkan ialah sama ada kita dipanjangkan umur atau tidak untuk dapat berjumpa dengan Ramadan yang datang lagi.

    Reply

Leave a Comment