Selalu Mabuk Laut? Atasinya Dengan 8 Petua Ini

Bagi sesetengah orang, tentu teruja apabila diajak ‘cruising’ atau pergi bercuti menaiki kapal laut. Tapi, kalau ada ‘trip’ yang melibatkan air dan kapal laut, sayalah orang pertama yang akan menolak kerana saya  mabuk laut!

Kadang-kadang kapal belum gerak lagi, saya sudah mula pening kepala. Kalau tiada cara lain dan terpaksa juga naik kapal laut, memang saya akan bersedia dengan pil tahan mabuk.

Memang tak mabuk, tapi kesan sampingannya agak teruk juga. Mudah rasa letih, pandangan berbalam-balam dan mulut menjadi kering.

Sampai ke destinasi, saya sudah tiada ‘mood’ untuk menikmati percutian, membuat kerja, atau bersosial sebab terasa seperti kehabisan tenaga. Saya percaya ramai lagi yang mengalami situasi seperti saya.

Jadi, saya ingin berkongsi beberapa petua untuk mengurangkan kesan mabuk laut. Ia juga boleh dipraktikkan apabila anda jenis mabuk darat, mabuk apabila menaiki kereta, dan sebagainya.

cara atasi mabuk laut
Foto Kredit: lwwa.org

8 Cara Atasi Mabuk Laut

Sebelum menaiki kapal, pastikan:

1. Elak makanan berminyak

Malam sebelum dan hari bertolak, elak makan makanan berminyak. Ia akan mengganggu penghadaman dalam perut dan meningkatkan risiko mabuk laut.

Perbanyakkan memakan buah-buahan dan sayuran supaya perut anda tidak terasa sebu dan mual apabila perjalanan bermula.

2. Makan halia

hilangkan mabuk laut
Foto Kredit: draxe.com

Sebelum naik kapal, makan atau kunyah halia. Rasa pedas-pedas halia mampu melawan rasa mual akibat mabuk.

Saya juga akan makan gula-gula pudina kerana ia sedikit sebanyak membantu menghilangkan mabuk laut.

Semasa di atas kapal, anda boleh menghirup teh halia atau teh pudina untuk melegakan rasa loya, pening, dan mual akibat perut yang bergelora.

3. Minum Pepsi

Tahukah anda minuman bergas ini dapat mengawal muntah?

Ini kerana ia mengandungi asid fosforik iaitu bahan dalam emetrol, sejenis bahan yang boleh mengawal gesaan untuk muntah.

Cuba minum sedikit demi sedikit apabila perut sudah mula rasa berangin.

4. Kunyah biskut

petua mabuk laut
Foto Kredit: 1wallpaperhd.com

Lagi bagus biskut yang ada rasa masin-masin.

Salah satu biskut yang disyorkan ialah Saltine daripada jenama Ritz.

Ia akan menyerap lebihan asid dalam perut yang boleh menyebabkan mabuk laut.

5. Ambil angin luar

Ada sesetengah kapal yang membenarkan penumpangnya duduk di kawasan ‘deck’.

Jika boleh, ambil angin luar kerana ia boleh mengurangkan rasa mabuk.

Elak memandang pada gelombang air, tapi pandanglah pemandangan di sekeliling.

6. Tutup mata

cara atasi mabuk laut
Foto Kredit: 7-themes.com

Gelombang laut yang turun dan naik boleh menyebabkan rasa pening.

Untuk memgurangkan sensasi ini, disarankan agar anda tutup mata agar tidak terasa terhoyong-hayang akibat pergerakan tersebut.

Boleh juga menutup mata sambil mendengar muzik yang menenangkan supaya anda dapat melupakan kerisauan anda, lalu menjadikan anda lebih relaks.

7. Baring terlentang

Ramai yang mengambil pendekatan ini kerana berjalan-jalan mampu menjadikan keadaan lebih buruk.

Dalam pada itu, pastikan anda memakai pakaian yang selesa daripada jenis kapas, longgar, dan tidak terlalu ketat.

8. Bersihkan telinga

Ia memberi keseimbangan pada badan seterusnya mengelakkan rasa mabuk yang disebabkan pergerakan gelombang air.

mabuk laut
Foto Kredit: travstar.wordpress.com

Apapun,

Berserah padaNya, kerana biasanya jika cuaca elok dan air laut tidak bergelora, maka risiko untuk mabuk laut jarang berlaku.

Bawalah bekalan di atas jika ia dapat membantu atasi mabuk laut.

Leave a Comment