Ini Cara Kira BMI: Anda Kategori Kurus, Gemuk atau Obes?

Pada tahun 1832, seorang ahli matematik dari Belgium, Adolphe Quetelet mengilhamkan satu formula yang hari ini dikenali sebagai body mass index (BMI).

BMI atau dalam Bahasa Melayu dipanggil Indeks Jisim Tubuh adalah ukuran untuk menilai berat badan seseorang berbanding tingginya. Cara kira BMI tidaklah susah. Anda cuma perlu tahu berat dan tinggi sahaja.

Jika diikutkan sejarah awal, BMI diguna pakai syarikat insurans untuk meletakkan harga premium (22% lebih) kepada mana-mana pelanggan mereka yang dalam kategori “obes”. Ini kerana mereka yang “obes” berpotensi besar untuk dapat penyakit seperti kencing manis, strok, kanser, dan masalah jantung.

Kenapa perlu kira BMI?

Cara kira BMI
Foto Kredit: www.dailymail.co.uk

Jika anda dalam perancangan untuk turunkan berat badan, BMI adalah indikator penting yang wajib anda tahu dan fahami.

BMI akan tunjukkan di mana ada sekarang – sama ada normal, kurang berat badan, lebih berat badan atau obes!

Dengan berpandukan BMI, anda boleh letakan sasaran berapa jauh lagi untuk anda capai berat badan yang unggul.

Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Ia meningkatkan risiko kepada beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, diabetes, kanser dan darah tinggi.

Kurang berat badan pula dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan, keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain.

Kategori BMI

Cara kira BMI
Foto Kredit: www.huffingtonpost.com

Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, BMI boleh dikategorikan

  1. BMI bawah 18.5 = Kurang berat badan
  2. BMI antara 18.5 – 24.9 = Mempunyai berat badan unggul
  3. BMI antara 25 – 30 = Lebih berat badan
  4. BMI antara 30 atau lebih = Obes

Bagaimana cara kira BMI

Kebiasaannya, pengiraan BMI dilakukan secara manual menggunakan formula.

Formula mengira BMI

Berikut merupakan formula yang betul untuk kira BMI

cara kira bmi

Contohnya:

  • Berat badan: 90kg
  • Tinggi: 1.9m
  • 1.92 = 3.61
  • 90 bahagi 3.61 = BMI adalah 24.93

 

Kalkulator BMI

Atau anda juga boleh gunakan kalkulator BMI seperti berikut:

 

Akhir kata

Kesimpulannya, BMI adalah satu ukuran untuk bantu anda miliki berat badan yang unggul. Ini kerana berdasarkan kajian, jangka hayat seseorang yang mempunyai BMI unggul adalah lebih tinggi daripada seseorang yang mempunyai BMI yang lebih rendah atau tinggi.

Jika anda dalam kategori kurang berat badan atau obes, lakukan sesuatu. Ini bagi mengelak sebarang risiko penyakit yang merbahaya.

Imbangkan pengambilan makanan anda dengan aktiviti fizikal. Jika anda sememangnya seorang yang aktif, teruskan aktiviti tersebut namun biarlah bersesuaian dengan umur sekarang. Anda juga boleh berjumpa pakar pemakanan untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan berat badan anda.

 

[infobox title=’Artikel Ini Adalah Sokongan Untuk MyHealth.gov.my & Kementerian Kesihatan Malaysia’]

Kementerian Kesihatan Malaysia Logo MyHealth.gov.my Logo

Portal MyHEALTH ialah satu perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Aplikasi Perdana MSC Telekesihatan.

Ianya merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia untuk membawa Negara ini ke hadapan dalam penggunaan ICT secara inovatif di samping menjana pertumbuhan ke arah mencapai tahap Negara Maju menjelang tahun 2020.

Aplikasi Perdana MSC Telekesihatan dijangka dapat mengubah sistem penjagaan kesihatan Malaysia untuk menjadi perkhidmatan yang lebih bersepadu, meluas dan secara maya dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang saksama, mudah dicapai dan berkualiti tinggi. Ini akan membantu pencapaian visi perkhidmatan kesihatan dengan menekankan kepada kesejahteraan sepanjang hayat di mana individu, keluarga dan komuniti memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan.

Laman web MyHealth: www.myhealth.gov.my

Laman web Kementerian Kesihatan Malaysia: www.moh.gov.my

[/infobox]

Leave a Comment