Home / 40 Minggu / Cara Kira Waktu Subur Agar Cepat Hamil. Mudah Sangat!

Cara Kira Waktu Subur Agar Cepat Hamil. Mudah Sangat!

Cara Kira Waktu Subur

Adakah anda pasangan pengantin baru? Atau adakah anda tergolong dalam pasangan yang sukar untuk hamil?

Saya percaya ramai di antara kita yang sedang berharap sangat-sangat untuk mengandung dan dikurniakan zuriat. Semua ingin tahu cara cepat hamil yang berkesan. Ketahuilah, dengan mengetahui waktu subur dengan tepat, anda boleh merancang dengan lebih baik waktu yang sesuai untuk bersama-sama dengan pasangan anda bagi memudahkan anda untuk mengandung.

Terdapat beberapa cara untuk kita kira waktu subur, tetapi adalah penting untuk kita memahami terlebih dahulu apa itu waktu subur.

Apa itu waktu subur?

Waktu subur atau ovulasi bermaksud, tempoh tertentu untuk telur anda disenyawakan dengan sperma atau telur tersebut akan mati. Pada setiap kitaran haid anda, kebanyakan daripada pasangan yang berusia 20-an sehingga awal 30-an, mempunyai peluang sebanyak 20% untuk mengandung. Tidak ada cara kira waktu subur yang spesifik untuk yang berusia 40-an. Masih sama.

Oleh itu, amat penting untuk anda mengetahui waktu subur tersebut bagi meningkatkan peluang untuk mengandung. Dan pada kebiasaannya tempoh ovulasi adalah di antara 12 hingga 24 jam, tetapi ada juga yang lebih pendek atau lebih panjang.

Jangka hayat sperma

Tetapi disebabkan jangka hayat sperma yang boleh bertahan di antara tiga hingga enam hari di dalam badan seseorang wanita, walaupun anda melakukan hubungan kelamin beberapa hari sebelum ovulasi, anda masih berpeluang untuk mengandung.

Anda harus ingat bahawa, hanya satu sperma diperlukan untuk melekat dan bersenyawa dengan telur anda bagi membolehkan anda mengandung. Tetapi jika anda boleh kira waktu subur anda dengan lebih tepat, peluang untuk anda mengandung akan meningkat juga.

Cara kira waktu subur

Cara untuk kira waktu subur sebenarnya senang sahaja. Anda hanya memerlukan dua nombor keramat sahaja. Pertama sekali, anda perlu tahu bila tarikh pertama kitaran haid terakhir anda dan berapa hari secara puratanya kitaran anda berlaku (kebiasaannya di antara 20 hingga 45 hari). Dengan adanya dua nombor ini, anda boleh kira waktu subur anda dengan lebih tepat.

Jika anda seperti orang ramai yang mempunyai kitaran haid yang normal iaitu selama 28 atau 30 hari, anda boleh merujuk kepada cara kira waktu subur seperti di bawah.

  1. Andaikan kitaran haid anda bermula pada 1 haribulan pada mana-mana bulan dan kitaran haid anda kebiasaannya selama 28 hari:

Waktu subur anda adalah di antara tarikh 12 haribulan sehingga 17 haribulan dan ovulasi pada 15 haribulan.

  1. Andaikan kitaran haid anda bermula pada 1 haribulan pada mana-mana bulan dan kitaran haid anda kebiasaannya selama 30 hari:

Waktu subur anda adalah di antara tarikh 14 haribulan sehingga 19 haribulan dan ovulasi pada 17 haribulan.

Dengan berpandukan cara kira waktu subur di atas, anda boleh lihat perbezaan sebanyak 2 hari pada tempoh kitaran haid anda, bermaksud waktu subur anda juga berbeza sebanyak 2 hari. Oleh itu anda perlu habiskan masa bersama-sama dengan pasangan anda pada waktu subur tersebut terutamana semasa ovulasi, bagi meningkatkan peluang anda untuk mengandung. Mudah bukan cara kira waktu subur?

Kitaran haid yang teratur dan tidak teratur

Cara kira waktu subur di atas adalah mudah dan boleh dipraktikkan untuk kebanyakan orang. Tetapi perlu diingat, ia hanya boleh digunakan bagi mereka yang mengalami kitaran haid yang stabil. Sekiranya kitaran haid anda tidak teratur, anda mungkin bermasalah untuk menentukan tarikh ovulasi dan juga waktu subur anda. Kunjungi doktor keluarga di kawasan berdekatan untuk mendapatkan konsultasi yang lebih lanjut.

Kalkulator Waktu Subur

Untuk kira waktu subur, boleh guna Kalkulator Ovulasi ini. Untuk memudahkan membuat kiraan waktu subur wanita, kami menyediakan ‘tool’ mudah ini untuk rujukan anda semua.

[ovulation-predictor]

Selamat mencuba dan cepat hamil! Panjatkan doa banyak-banyak pada Allah.

Boleh juga guna enjin carian Google dengan kata kunci “Ovulation Calendar Tool” untuk maklumat lebih lanjut. Ingatan sekali lagi, ketahui diri sendiri. Pelajari kitaran haid atau ‘period‘ untuk waktu yang tepat.

About admin

27 comments

  1. kalau kene dengan caranya, mungkin juga boleh plan untuk cuba dapatkan bayi laki2 atau perempuan agaknya.

  2. MOHD ROZLI BIN AWANG

    Saya ingin melihat isteri saya mengandung lagi untuk kali ke 3…kali ke 2 isteri saya telah keguguran…lepas guguran kami sukar mendapat zuriat untuk kali ke 3…..boleh bagi tip2 nya…

    Sekian

    Terima kasih

  3. nak tanye..sy baru kawen bln lps…n, first time mjlnkan hbgn kelamin masa 3hb januari mcmtu…tp 20hb januari tu plak sy dah start dtg bln…rasa2nya, sy ni xde hrpn nak pregnant ke atau kena tggu lg bln dpn tgok sy period ke x?…sbb bulan lepas pun sy mula period 20hb dan hbs period dlm 28hb-30hb mcmtu (sbb skejap kering skejap x)

  4. Salam semua… sy dah 2 tahun berkawin tpi masih blm dapat rezeki lg.. period sy x pernah putus setiap bulan..sy dh pkai pun kalendar kesuburan..
    Tpi apa pun kita sebagai seorng isteri kena tabah di atas ketentuan n rezeki yg allah beri,,
    Kita hanya mampu merancang

  5. Formula Alpha Lipid™ 100% berkesan dan diserap cepat
    Mengandungi Vitamin & Zat Galian (Kalsium dll) semulajadi cukup untuk keperluan harian
    Mengandungi bacteria semulajadi (Lactobasilus Acidhopulus dan Bifidobacterium) bagus untuk fungsi normal usus
    Mengandungi Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) yang penting untuk proses pemulihan sel dan anti penuaan (anti-aging)
    Sangat sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu
    Membantu mengurangkan berat badan, mengawal kandungan gula dalam darah
    Membantu memulihkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gout, gastrik, hepatitis, kurang darah, ketidaksuburan, dan pelbagai khasiat untuk tahap kesihatan terbaik manusia.
    sihat dengan alpha lipid life line..

  6. Wslm…sy dh pnh lalui saat2 Itu…nk masuk 5 tahun br sy hamil….bykn kn berdoa, buat solat hajat, solat taubat serta bersedekah…. Kl ada kemampuan blh jmpa doktor pkar sakit puan…. Sy doakn semoga awk dikurniakn chya Mata x lama lg…. Amin…

  7. Assalamualaikum. Sya dah 4tahun..berkawin,tapi masih… belum mengapa. Zuriat… period. tiap2 bulan datang…tadi. masih belum. Hamil..

  8. Period saye x dtg 4bln.saye blum khawin. Bln april.saye pun da check private hospital dan kerajaan x ade rezeki.lepas khawin ade dapat anak x.

  9. Salam, mungkin belum ada rezeki, kita hanya merancang tp Tuhan yang menentukan

  10. kena tgk selain rezeki faktor kesuburan dua2…x semestinya ada air mani(lelaki) atau datang bulan (wanita) itu bermaksud sumber……utk lelaki dia ada kiraan purata berapa bil sperma dalam air mana…dan bagi pompuan tu pulak ovum (telur)….sesetengah kosong atau kurang….lagi satu waktu tu…kalau puan nk cuba….try puan kira hari paling subur….katakan 15hb…13-17 tu puan kena kerap bersama la…lepas tu teknik bersama…kalau blh masa suami nk klimak maksimakan kemasukan organ lelaki kedalam…kdg2 sperma yg lemah dia x larat nk berenang…try la…alhamdullillah pasangan sy dh 5x mengandung, 1st gugur, kedua pompuan, ketiga pompuan (msb), ketiga (laki), dan keempat laki…puan juga blh gunakan kalender purba cina kalau puan merancang jantina bayi..setakat yg saya amal 100% tepat dlm menentukan jantina…selebihnya usaha, doa dan tawakal….puan blh try supplement kesuburan samada permakanan ataupun ubatan kalau ada mslh kurang subur….laki bini kena la amal. In Sha Allah.

  11. Ummu Ilham Md Nor… x faham cara kira erhhhhh………..hoho

  12. Allah lebih tahu bila masa yang sesuai untuk kita dikurniakan zuriat. Yg penting usaha dan masa sujud tu mendagu padaNYA..InshaAllah… 1 1/2 saya tunggu…Alhandulillah..

  13. Sis tera lh minum jus qaseh yg khwin 16 thun pn dah hamil

  14. buatlah tiga kali sehari..exersice setiap 1jam mungkin kedapatan…

  15. sya kawen xsmpai 1 year, sya tringin na baby…s slalu confuse kira wktu subur…

    tp sejak ada kalkulator ovulasi’ sya da taw wktu sbur sya…sya na cuba..

    ” doakan sya yea”

    tp dlm sya mncuba, sya na syorkan pd yg msib blom dptkan anak…kita cuba mkn bnda ni&amalkan..ktanye mujarab..
    1. mkn asid folid (ada ka farmasi)
    2. 7 bji kurma bland n susu kmbing..

    kita iktiar..

  16. Asslmkm.. Sya hya bg pndapat.Try usaha dgn minum air alkali kangen bg mndapatkn cahaya mata

  17. waktu haid saya 20-26 hari waktu sbur ble yew,

  18. Saya baru je kawin.saya last period 8hb/7 nie.saya tak faham la.. macam mana nak kira tarikh subur saya. Ada sesiapa blh tolong tak bagi tau mcm mn nak tau?

  19. Opss.. terlupa plak log out fb suami sy.

  20. Aslmkm…hari pertama period ke 6 habis..ke 15 hari dtg drh…so hari berikutnye cm ne nk kira blk brp hari kitaran haid..sblm tu 25 hari..sapa2 blh bantu…nk kira dr mula period ke hari ke 15 trn drh tu..compius lah

  21. Gugur July lepas Skrg tgh try utk hamil semula

  22. Saya dah 8 bln kwin..dah la priod x stbil..ade sape blh suggestkn prduukk ape nk pkai..sekrng dah 2 bln x priod..tpi x ngdung pn…

  23. Salam .. Sy bru jea lepas operation apendiks dlm dkt ujung bln 2 ary tuu .. Operation bru sbulan lbh .. Boleh kea sy pregnent ??.. Ad apa2 risiko x .? Sbb husband nk sngat dpt baby .. :'(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *