Cara Mandi Wajib Yang Betul Dari JAKIM, Untuk Lelaki Dan Perempuan

Cara Mandi Wajib Yang Betul

Mandi wajib atau juga dipanggil mandi junub tidak boleh dipandang ringan. Samada terkelur air mani, selepas bersetubuh atau selepas haid atau nifas, cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting. Ini kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang lain tidak sah. Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak.

Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.

Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari. Sumber rujukan cara mandi wajib ini didapati dari JAKIM.

Cara Mandi Wajib Yang Betul, Untuk Lelaki & Perempuan Dari JAKIM
Foto Kredit: Majalah Cahaya, JAKIM

1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”

Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”

Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)

9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan

10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.

Wallahu’alam

Video Cara Mandi Wajib Yang Ringkas

Ini bukan video orang mandi wajib. Ia penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus tentang cara mandi wajib yang ringkas.

Sumber: Majalah Cahaya, Bil 106, Tahun 24, Isu 3/2012, Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

 

45 thoughts on “Cara Mandi Wajib Yang Betul Dari JAKIM, Untuk Lelaki Dan Perempuan”

  1. Info yg bgus, terangkan juga menyiramkan air tu secara lebih terperinci. Cth mengunakan “shower” , ini kerana ada lagi yg mengajarkan kanak2 mengunakan baldi yg mana tidak praktikal utk masa kini.

    Reply
  2. Salam. Saya nak tanya, sedang saya mandi wajib, saya monolog kate mandi mcm biasa tapi niat utama memang sy mandi wajib. Adakah niat mandi wajib terbatal? Tapi sy teruskan untuk meninggalkan was-was. Mohon pencerahan.

    Reply
  3. Assalamualaikum. Jika hendak mandi wajib. Ketika mandi itu saya menggunakan sabun sekali. Adakah ia terbatal atau tidak ?? Terima kasih.

    Reply
    • kena asingkn antara mandi dengan sabun & mandi dengan air mutlak..kerana air yg bercampur sabun sudah tidak dikira air mutlak

      Reply
  4. klo sholat kan berwudu dulu pake air nah kalo airnya tdk ada di gurun misal kan bisa tayamum gimana kalo bersetubuh di gurun tdk ada air ada tidak mandi junub di ganti tayamum junubnya maaf sekedar pengen pencerahan aja siapa tau ada wau di indonesia ini berlimpah airnya

    Reply
  5. Salam..nak tanya sah ke mandi wajip…jirus air di atas kepala
    .semasa air sentuh kepala kita niat..lepas tu jirus badan sebelah kanan..lpas tu kiri…selesai smua tu..ambk air smbhyg krcuali kaki..sabun..syampu kpala..lpas selesai basuh kaki…adakah sah????

    Reply
  6. salam…nak tnya..adakah sah?? sekiranya saya nk mandi wajip…ketika air jatuh atas kepala,saya niat..lepas tu basuh badan( gosok celah2 badan ) sebelah kanan dan kiri…ambik air sembahyang kecuali kaki…lepas tu mndi dengan sabun n syampu..selesai semua..saya bsuh kaki..adakah ia sah??? mohon penjelasan…

    Reply
  7. assalam .. nak tanya sah ke mandi wajib jika mandi begini
    1.niat setelah air kena tubuh
    2.basuh kepala
    3.basuh kanan badan
    4.basuh kiri badan
    5.basuh kemaluan
    sah ke tanpa cangkung dan berwuduk ?
    harap balas

    Reply
  8. Saya mau tanya , sah kah mandi wajib yang begini ,,,,,,saya bacaniat sebelum mandi habistu mandi dan pakai sabun keseluruh tubuh habistu saya bersih kan dengan air habistu slesai ,,,,, sah kah mandi wajib saya itu ,,,,,,,, mohon di jwb nambah2 pengetahuan ,,,,,,,harap di jwab ya

    Reply
  9. Bolehkah saya bertanya…..?^^part yang mengambil wuduk tu ketika mandi wajib Dan ketika selesai mandi wajib (sebelum mengerjakan solat fardu)…jadi ketika mandi kena amik wuduk 2 Kali lah kiranya…?^^yg amik wuduk ketika mandi wajib tuh (selepas mencuci tangan ngan sabun alibat kemaluan ngan tangan kiri)…tu kena pakai tuala jugak ke…?^^^mohon pencerahan…sebab macam 2 Kali kena amik wuduk

    Reply
  10. Terima kasih atas maklumat yang disampaikan. Kerana ia memudahkan bagi orang yang baru pertama kali keluar haid ataupun bersetubuh..

    Reply
  11. Assalammualaikum Ustaz Saya Ingin bertanyakan satu soalan, Bolekha Mandi Wajib, junub Dan Mandi sunat Dengan Tidak Memakai Baju atau seluar (Berboge)

    Reply

Leave a Comment