Bila Sudah ‘Sah’ Nanti, Ini 5 Cara Menggoda Suami

[infobox]

love-icon-clipart-cinta-luahan

Nota: Artikel dan tips berikut adalah dari kiriman pembaca. Pada mulanya, beliau mempunyai masalah untuk menambat dan memikat hati suami. Namun, setelah beberapa kali mencuba dengan bersungguh-sungguh, beliau mendapat formula yang terbukti berkesan.

Bagi mengekalkan jalan cerita dan originaliti, kami hanya buat ‘minor editing‘.[/infobox]

Menggoda suami bukanlah satu perkara main-main. Nampak remeh, tapi penting. Ini tips untuk memikat semula hati suami yang sudah pudar kepada isteri.

Cara Menggoda Suami

Berikut ialah tips yang saya alami sendiri:

1. Diet dan kuruskan badan

Cara diet yang betul
Foto Kredit: playbuzz.com

Saya cuba untuk diet bersungguh-sungguh. Untuk pengetahuan semua, saya agak gemuk semasa suami saya curang. Dari berat saya 73kg, turun ke 58kg. Saya berjaya hilang 15kg. Saya juga berjaya mendapat potongan yang menarik. Spare tyre juga sudah tiada.

2. Mencantikkan diri luaran & dalaman

Selepas itu saya membeli produk yang ada di pasaran untuk kelihatan cantik dan muda. Saya memilih produk untuk cantik luaran dan dalaman. Contohnya produk yang ‘mendarakan’ semula para isteri selepas melahirkan anak. Selain itu, produk untuk kecantikan kulit muka juga sangat penting untuk menaikkan seri muka. Carilah mana-mana yang sesuai.

3. Berhias dan seksi dalam rumah

Di samping itu jangan lupa untuk berhias walaupun di rumah. Pakailah walau secalit lip gloss ketika suami ada di rumah. Sewaktu bercinta dahulu berkepuk-kepuk bedak kita pakai. Jangan lupa untuk membeli baju baru. Berkorbanlah sedikit untuk kelihatan cantik di mata suami. Tidak salahkan?

 Apabila ada masa terluang, saya akan memotong kuku suami, bersihkan telinga, cabut janggut dan misai.

4. Layan suami bagai raja

Di samping itu, kita juga perlu memberi layanan extra kepada suami. Bukan hanya layanan di bilik tidur sahaja. Jangan gelakkan saya pula tetapi memang saya lakukan tetapi saya meminta kebenaran dari suami saya terlebih dahulu. Apabila ada masa terluang, saya akan memotong kuku suami, bersihkan telinga, cabut janggut dan misai yang serabai, picit jerawat di belakang badannya, bersihkan kelemumur di kepala menggunakan minyak zaitun dan urut bahu dan badannya semasa dia menonton televisyen.

5. Kualiti masa bersama suami

Seks bersama suami
Foto Kredit: supercompressor.com

Selain itu, saya juga banyak meluangkan masa berbual dengannya semasa anak sudah tidur. Dengar masalah suami di tempat kerja, kadangkala temankan suami menonton bola walaupun saya sendiri tidak minat. Sambil itu buatkan kopi bersama biskut untuk suami. Selain itu jangan lupa masakkan makanan kegemaran suami.

Ternyata segala usaha saya tidak sia-sia. Suami saya suka dan dia semakin berubah. Ternyata para suami sebenarnya seorang yang manja dan mahukan kita melayan dan memanjakan mereka seperti kanak-kanak. Ternyata apabila kita berusaha dan memohon kepada Allah pasti hatinya beralih kepada kita semula.

Suami saya meminta maaf kepada saya dan menyesal dengan apa yang sudah dia lakukan kepada saya. Sekarang dia selalu meluangkan masa dengan kami dengan membawa anak-anak berjalan-jalan. Telefon bimbitnya juga sudah tiada password. Dia juga selalu menyuruh saya menyimpan telefonnya. Dia juga berjanji tidak akan berhubung lagi dengan perempuan itu lagi.

Cara Menggoda Suami Yang Berkesan

Cara menggoda suami
Foto Kredit: chelseapotter.co.uk

Suami saya betul-betul berubah. Dulu dia sering pulang lewat, sekarang tidak lagi. Dia lebih suka menghabiskan masa di rumah. Dari marah-marah dia menjadi seorang yang periang. Paling saya terharu dengan ucapannya kepada saya “Isteri abang ni semakin hari semakin manis, semakin ayu”. Sedangkan dahulu semasa dia gilakan perempuan lain, dia selalu cakap saya seperti makcik.

Alhamdulillah segala usaha saya berbaloi. Rumahtangga saya juga semakin harmoni dan bahagia daripada sebelum ini. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk semua.

21 thoughts on “Bila Sudah ‘Sah’ Nanti, Ini 5 Cara Menggoda Suami”

  1. Terpanggil untuk msg sis, sy kagum dgn kesabaran sis..bkn sng nak jd tahap sis sekarang hanye allah yg tahu..sy bc post bkaitan care2 nk pikat suami kembali menitis pulak air mata ni even sy bujang belum lg berkahwin tp sy tahu sis memg tabah..sy sendiri jd emosi kalau ada je yg buat atau mengena sy…plg best ngan post sis adalah melihat kelemahan diri dan amik inisiatif untok btlkan mane yg kurg…msti amik masa yg lama bukan?tp kes akak berhasil.. sy tumpang gembira..pape pun memg menyentuh perasaan..mungkin sy jgk kena muhasabah dr dan cube perbaiki idup xkira dr segi kerja,perangai dan sikap.. tq sis dun hesitate to cntct me kat wasap atau wechat sy 0126483621 mona dr seremban..as salam

    Reply
  2. Assalamualaikum,saya juga seusia dhia,nama pun hampir serupa…saya juga alami mslh yg sama…bezanya saya mpunyai 4 org anak lelaki berusia antara 2-11 taun.ulgtahun pkhwinan saya ke 13, suami bgtau dia nak kawin lain.selang bbrp minit,seorg pmpn call saya, usianya 26 taun seorg graduan biokimia yg sama tpt keje ngan suami…hancur luluh rasa hati…tp,ini kali ke 23 suami saya buat hal….Tuhan jer tau betapa hati ni merana…tp saya memg x pernah marahkan suami kerana perangainya tu..mungkin itula sbbnya dia x pernah berubah…segala tips dhia,memg saya amalkan sejak ari ptama bkahwin…saya bjaya pisahkan suami saya dgn pmpn tu setelah bckp elok2 ngan pmpn tu…syukur pmpn tsebut mahu bbincang…dia juga telah kembali kepada boyfriend lamanya…suami nmpk mula berubah, harapan saya, jgnla saya diduga lagi dgn pkara begini kerana saya sudah tidak mampu….berat pun tgl 42kg jer…skrg saya cuba menjai cantik sedaya upaya…mudah2an ada wanita diluar sana yg sudi mberi sokongan…

    Reply
  3. Assalamualaikum sis, dida suka baca blog sis. Info yang sangat menarik. Walaupun dida tak kawin lagi tapi dida faham. Benda ni pernah berlaku pada family dida. Bila parents bergaduh yang jadi mangsa adalah anak2. Setiap orang ada ujian yang perlu dilalui. Teringat kata org tua2… hidup berumahtangga ni perlu banyak kesabaran. Ape2 pun dida doakan setiap org bahagia dunia akhirat dan semoga dida cepat bertemu jodoh… hihihi. Amiinnn… Harap sis sudi la menjenguk blog dida ye

    Reply
  4. Assalamualaikum Kak, sy kagum dgn sifat akak yg tabah n sedia untuk berjuang demi suami akak. Ye lazim nye wanita sanggup bekorban ape sahaje demi orang yg dicintai nye, tapi di mane kesanggupan seorang suami untuk wanita yg dikahwini nye?? Akak masih sggup bersame dgn suami sekiranye die telah botak, buncit, bnyak jerawat, berkelemumur dan sbgai nye.. Sebalik nye suami mencari laen apebila kite telah gemuk, gelebeh, tidak kemas dan sbgai nye.. Pertanyaan sy, adekah CINTA ketika sebelum kawen dan selepas itu hanye pd wajah dan luaran sahaja?? Sy percaye pd cinta yg xmemandang paras rupe, tp hampir pupus lelaki yg sebegitu.. bukan lah maksud sy kite lansung xmenjage penampilan, tetapi kalo itu lah sebab nak mencarik laen, huh bg sy bole jalan lah lelaki yg mcmtu.. Skali lg sy respek akak kerane begitu tabah dgn dugaan Allah swt berikan.. Semoge akak bahagie InsyAllah 🙂

    Reply
  5. Saya sedang mengalami masalah mcm sis… saya bukan nak ego.. tp saya kagum sis mmg berusaha mempertahankan rumahtangga sis… saya pelik wanita diluar sana especially janda asik ganggu suami orang… saya akan sedaya upaya buat mcm sis ajarkan ni.. saya akan print dan tampal kat dinding supaya menjadi kata2 semangat pada saya… doakan saya…. hati saya tak tenteram.. sungguhpun suami saya tak hensem dan tak kaya pon.. tp masih ada betina yg gatal desperate yg suka ganggu laki org… saya pula.. letakkan ego saya serendah rendahnya… saya sayangkan suami saya… hanya perempuan sundal dan bodoh je yang suka layan laki orang dan gedik gedik d media sosial… dan.. isteri yg mcm saya… setia pada suami… saya nak rampas kembali suami saya… doakan saya!!!! YA ALLAH.. tolonglah hambamu ini…

    Reply
    • Sabarla saudari, sy jg mgalami benda yg sama..dan ini bkn kali ptama.. Sedihnya hanya Allah yg tau. Nk menangis tp xkluar air mata.. Sy pelik btol dgn spesis pompuan yg inginkn suami org.. Mereka muda, cantik tp akal xd. Katanye 10, 20 thn pun ttp tgu suami sy.. Allahuakbar.. Mudah2an sy dpt kembali cinta, kasih syg, perhatian suami sy semula Dan pompuan tu rasa pula bagaimana klau haknye di ambil org

      Reply
  6. Assalamualaikum…
    nak cari jalan …saya dah kawin 9 tahun dikurniakan 4 org anak, 3 lelaki dan 1 perempuan..sepanjang 9 tahun perkahwinan, ibu mertua suka masuk campur dalam pelbagai hal..suami saya meletakkan tanggungjawab dari hal anak sakit sehingga kereta sakitpun diletakkan di atas bahu saya…bila bersama dengan keluarga mertua, suami seolah-olah suami memberi ruang kepada ibu mertua dan kadangkala bersama-sama mengutuk hal keadaan saya. Saya tahu latar belakang saya tidak lah sehebat latar belakang suami..tapi tidakkah mereka sedar, manusia mana yang sempurna…saya cuba mendapatkan banuan dari kakak suami untuk menasihati ibu mertua namun tidak berhasil. Setiap hari ibu mertua akan memasakkan untuk suami saya dan memastikan suami saya kenyang sebelum sampai ke rumah, sedangkan sebelum itu saya sudah memaklumkan kepadanya bhw saya sudah masak untuknya…pernah menghadiri motivasi, adalah 2 minggu suami tidak pergi ke rumah mak mertua dan memakan masakannya, ibu mertua dengan selambanya melaporkan kepada ibu saya bahawa saya yang tidak membenarkan suami masak masakannya..saya memang tinggal berdekatan dengan rumah mertua kerana ibu mertua yang belikan. untuk pergi jauh rasanya sukar dengan kedua2 org tua saya juga tinggal berdekatan. Anak-anak pun tahu hal bapanya yang tidak bertanggungjawab dan seorang baran. Bagaimana harus saya berdepan dengan situasi rumit ini. CUba bersabar dan bertahan,berdoa dan cakap seelok mungkin namun kuasa ibu mertua terhadap anak lelakinya seperti orng mabuk bercinta. Telefon tak kurang 3 kali sehari…sehingga saya naik rimas. Saya tahu suami anak bongsu dan anak kesayangan dia tp keadaan macamni menyebabkan saya rasa saya boleh hilang hormat kepada kedua-duanya. Mohon puan berikan tips macamana boleh saya hadapi benda macam2 ni…lagi satu, suami juga seorang pelanggan membeli vcd-vcd lucah..katanya saya tidak mampu melayan dia dengan hebat. Bolehkan seorang Islam yang solatnya terjaga, puasa wajib dan sunatnya hebat tetapi masih melayan vcd-vcd begitu..tolonglah saya

    Reply
    • hebatnye duagaan yang kakak alami.memang susah kalau mak mertua turut masuk campur akan hal rumah tangga anak menantu.dalam situasi ini,saya rasa,kakak,suami,mak mertua dan keluarga iaitu ibu bapa kakak sendiri perlu main peranan.

      alasan suami kerana menonton vcd lucah kerana pada pandangan suami kakak,kakak tidak dapat memuaskannya. kakak,orang lelaki dikurniakan satu nafsu dan sembilan akal.tetapi yang satu inilah,yang diaorang susah nak jaga.jujur saya cakap,suami akan lebih menyayangi kita,bila dia berasa puas dengan kita.lelaki perlukan seks untuk memberikan kasih sayang tetapi berbeza dengan wanita yang perlukan kasih sayang untuk memberikan seks.berbeza bukan.tetapi itulah fitrah kejadian kita. maaf saya cakap.tetapi,jika suami menonton vcd lucah sedangkan dia seorang yang kuat amalannya,saya rasa,dia sudah tentu tahu hukumnya.mungkin kakak boleh cari artikel atau buku tentang hukum yang perlu dia tahu.letakkan ditempat yang selalu dia luangkan masa misalnya bilik bacaan,ruang tamu dan sebagainya.tentang sikapnya yang baran,kakak banyakkan berdoa dan cuba ikhtiarkan minta ustaz buatkan air penawar.cuba kakak cari amalan atau doa doa untuk lembutkan hati suami

      Ini hanya cadangan saya.mungkin kakak perlu mengkaji dan belajar lebih mendalam lagi teknik2 untuk melayan suami di ranjang.banyak buku buku perkahwinan yang kakak boleh beli di kedai kedai buku.kakak mungkin boleh berpakaian baju tidur yang seksi dan menarik apabila bersama dengan suami,mengamalkan produk produk atau jamu untuk kecantikan dalaman wanita dan untuk ketatkan bahagian intim,memakai wangian yang disukainya dan berhias cantik ketika bersama suami.

      tentang ibu mertua yang suka campur tangan pula,saya akui,memang susah untuk tangani masalah ini.tambahan pula,suami kakak memang anak manja mak.pada pandangan saya,ibu mertua kakak seperti tidak suka kakak.jadi,kakak perlu berusaha mengambil hati ibu mertua kakak. mungkin kakak boleh minta pertolongan seseorang yang ibu mertua kakak hormati atau percayai untuk menasihati ibu mertua.pihak ketiga ibi boleh juga jadi ibu bapa kakak sendiri.ceritakan tentang masalah kakak kepada mereka.dan minta pandangan dan pertolongan mereka.mungkin juga,selama ini,ibu mertua kakak fikir tindakannya itu betul kerana tidak ada orang yang menegurnya.

      sebaik baiknya kaka teruskan berdoa dan memaohon kepada Allah.ini dugaan buat kakak.dan buatlah solat hajat.InsyaAllah,niat baik kakak,Allah akan perkenankan.Amin..

      Reply
    • pada pendapat saya, elok lah akak ambil hati mertua. kadang ada masalah ape2 jangan cerita kat adik beradik ipar kita. saya sendiri xpernah cerita masalh kat ipar2 nie. nasihat mak cik2 yg berpengalaman cakap selalu kena tikam belakang. lain kita cakap lain yang disampaikan. rajin2 datang rumah mertua tolong apa2 yg patut. saya selau juga g pasar sama2, tgk drama sama, g kenduri sama2, walaupon suami xda bz kerja. apa yg mertua cerita xpuas hati pasal anak dia sendiri kita dengar aje. xperlu citer kat orang lain w/pun suami. layan mertua macam ibu sendiri. masa pergi rumah mertua event kita dah kenyang tapi dia ada masak makan juga untuk ambil hati. sekali sekali beli lauk seafood yg fresh2 hantar rumah mertua.. masak dan makan sama2.. kan seronok mertua, xla sunyi dia..
      pasal suami kadang kala perlu jugak ambil makanan tambahan contoh jamu ke.. kadang badan letih seharian mengemas rumah, masak, jaga anak, suami lagi mlm nak kena layan. lepas solat banyakkan berdoa semoga rumahtangga bahagia. tips kat atas tu memang banyak membantu..

      Reply
  7. Alhamdulillah dan taniah kak dpt pikat hati suami blk.

    Saya pon tgh cuba utk pikat semula hati suami saya yg makin pudar. Memang saya akui salah saya kerana kurang beri perhatian kpd suami akibat sibuk dgn bersukan. Bila masa suami ingin bersama saya kadang2 terlelap semasa menidurkan anak.

    Saya tgh cuba utk perbaiki diri supaya menjadi isteri dan ibu yg lbh baik drpd dulu. Tips yg kakak berikan ini moga dpt saya pergunakan utk mengambil hati suami agar rumahtangga saya kembali ceria. Tq kak

    Reply
  8. saya mengalami masalah rumah tangga..saya baru berkahwin 3tahun..ada anak seorang..lelaki baru 1tahun 10bulan..sebab perempuan lain suami sanggup tinggalkan kami..buat haluan masing masing..saya yang di persalahkan punca semua ini terjadi..

    Reply
  9. Saya ada masalah sedikit ngan suami..saya sentiasa mengikut kehendaknya tapi dia tak pernah memuji saya….dia sentiasa memberi komen dan pujian yang negatif..

    Reply
  10. Terima kasih atas nasihat nya.. tapi yg no.1 tu saya terbalik pulak msa suami curang saya kurus dh ank 4 pun bdn saya msh maintain..tapi sejak saya makin brisi suami suka pulak hairan hehe dia cakap dia suka saya gemuk dari sblm ni…dan yg no.2 saya dah cuba luar dan dalam malang nya bukan nak cantik luar malah makin rosak muka saya penuh jerawat sampai suami marah,katanya dia lagi suka muka saya yg tnpa makeup tnpa cosmetik bagai so saya stop..dan yg slebih nya memang saya amalkan dari awal pkahwinaan wlupun suami curang saya ttetap layan dgn baik..alhamdulilah berkat kesabaran suami dh berubah dh dan dia pernah ckp yg dia curang bukan lah saya penyebab nya tapi nafsu..scantik dan sbaik mana pun isteri klu tak kuat iman bdepan dgn perampuan lain akan tjadi juga

    Reply
  11. Terpanggil sy utk komen kat sini.sy respek kat sis sbb bsabar dan cb utk perbaiki diri.dl lps sy bsalin aznk pertama,suami mula rapat dgn kwn lm dia.pompuan ni cikgu sek menengah kat mersing,ank dah 3,isteri kedua kpd seorg askar.dia bcinta dgn suami sy sbb laki jrg blk rumah,sunyi maybe.suami sy mgkin lyn dia sbb sy asik dgn ank.lps 2thn baru sy dpt tau tntg hub mrk.sedihnye Allah je yg tau.cm sy bnasib baik sbb suami x pnh lg jmp pompuan tu wlupun da byk kl dia ajk suami utk jmp.smpi sggup dtg sndiri klu suami sy x dpt jmp dia.cikgu tu..mcm mn nk didk pljr klu prangai mcm tu.siap bg gmbr x pkai tdung lg kat suami sy.pluk cium dlm anset pkr biase dia.klu ikutkn ht yg mrh ni mau je sy g serang si sundal tu.bkn janda,tp isteri org ksian suami dia.skrg sy da maafkn suami sy,tp parut dlm ht ni akn ada smpi bl2.doakn hub ni bhgia kmbali hingga ksyurga.trm kasih

    Reply
    • Ya Allah sedihnye.. Lebih kurang dgn cerita sy.. Tp pompuan ni ank dara. Kenal melalui ‘smule’.. Xkenal rupa lg da jtuh cinta.. Bila da kenal2 bg gmbr btudung lama2 xbtudung plak. HP suami kini ada password.. Ari2 kami bgaduh.. Pernah skali wassap pompuan tu.. Bila suami tau sy d maki.. Sedihnye.. Tolongla kpd sesiapa yg kenal ‘ieda cenderawasih’ nickname pompuan tu dlm smule.. Tlongla nasihatkn dia agar tggalkn suami sy.. Kami da ank 5..yg kck bru nk msuk stahun. Kami bkn org senang.. Suami tiada keja ttp.. Dia muda, cantik, bgetah lg.. Carila org bujang. Suami sy xmampu.. Mudah2 cepatla Allah makbulkn doa2 sy.. Sy da xlarat nk tggung mslh ni.. INI bkn ptama kali suami mduakn sy.. Kpd ieda cenderawasih tolongla sedar.. Kajila sedalam2nye.. Sblm bskandal dgn suami org..

      Reply

Leave a Comment