6 Cara Menyimpan Susu Badan, Agar Tidak Cepat Rosak!

Cara Menyimpan Susu Badan

Bagi yang bercadang untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ketahui cara penyimpanan susu yang betul. Ini kerana cara penyimpanan yang salah akan membuatkan susu rosak. Ikuti 6 tips mudah ini.

 

Cara menyimpan susu badan
Foto Kredit: babble.com

1. Ikut kuantiti bayi

Simpan susu dalam jumlah yang diambil oleh bayi pada setiap kali penyusuan. Ini akan mengelakkan pembaziran. Kerja juga menjadi lebih mudah.

 

2. Label Dengan Betul

Label setiap bekas dengan tarikh, masa dan jumlah perahan. Beli sticker dan marker yang murah-murah di kedai-kedai alatulis.

3. Sediakan Ruang

Bukan ruang untuk simpan susu dalam peti sejuk. Maksudnya, jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang.

 

4. Jangan Campur

Cara Menyimpan Susu Badan
Foto Kredit: parenting.com.tw

Ini penting. Jangan sesekali mencampurkan susu yang baru diperah ke dalam perahan susu yang sudah disimpan. Susu yang elok, mungkin bercampur susu yang tidak elok. Maka semua susu berpotensi jadi rosak.

5. Freezer Paling Sejuk

Sentiasa simpan susu di bahagian yang paling sejuk di dalam peti sejuk atau di dalam bahagian dingin beku (bukan di bahagian pintu). Biasanya, ini tempat orang simpan ikan dan ayam, bukan sayur. Tidak perlu beli peti sejuk baru. Kemas, bersihkan dan sediakan ruang untuk simpan susu badan.

 

6. Sekali Guna Sahaja

Guna susu perahan sekali sahaja. Sebab itu diberitahu, simpan ikut kuantiti bayi. Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan.Tempoh Simpanan Susu Ibu:

 

Jangkamasa Simpanan Susu Badan

Untuk menyimpan susu perahan, ibu perlu ketahui suhu dan tempoh simpanan. Susu yang melangkaui tarikh luput adalah berbahaya untuk bayi.

Suhu bilik: Sehingga 8 jam

Peti sejuk: 24 – 48 jam

Dingin beku (peti sejuk dua pintu) : 3 bulan

Peti sejuk beku lampau (-20):  1 tahun

Untuk panduan lebih lanjut, rujuk jadual di bawah:

Jadual simpanan dan suhu untuk 'breast milk'
Jadual simpanan dan suhu untuk ‘breast milk’

Dapatkan informasi tentang jenama breast pump yang murah dan bagus dalam entri kami sebelum ini. Boleh juga rujuk entri satu lagi tentang cara simpan susu perahan ibu.

Semoga bermanfaat!

11 thoughts on “6 Cara Menyimpan Susu Badan, Agar Tidak Cepat Rosak!”

Leave a Comment