Ini 7 Cara Pilih Bra Yang Sesuai Sewaktu Mengandung. Elak Payudara Kendur!

“Tak selesa betullah pakai bra sejak perut makin ‘ke depan’ ni. Saiz pun dah lain macam. Apa cara pilih bra yang sesuai ya? Ke memang kalau waktu ‘pregnant’ tak perlu pakai bra?”

Ssebenarnya, sewaktu mengandung pun, anda perlu memakai bra. Tiada alasan untuk tidak memakai bra meskipun kandungan makin membesar. Malah, pemilihan bra yang elok adalah penting kerana ia dapat mengelakkan kesan payudara kendur selepas bersalin!

Cuma kalau dulu masa bujang, saiz bra 32 tapi apabila mengandung, terpaksalah membeli saiz yang besar kerana payu dara turut mengalami perubahan.

Jadi, wajar anda membeli ‘maternity bra’ atau bra khas yang memang dicipta untuk ibu-ibu mengandung.

cara pilih bra sesuai
Foto Kredit: parents.com

7 Cara Pilih Bra Yang Sesuai Ketika Mengandung

Berikut adalah cara pilih bra yang sesuai sepanjang hamil.

Pastikan bra yang dibeli:

1. Bersesuaian Dengan Saiz

cara pilih bra
Foto Kredit: damart.co.uk

Kalau boleh, biar betul-betul ‘ngam’ dengan payudara. Pastikan anda mengambil masa untuk mengukur dan mencuba bra di dalam bilik persalinan.

Jangan main ‘tangkap muat’ saja ya. Setelah mencuba, gerakkan badan, angkatkan lengan, dan biarkan selama 1-2 minit supaya anda boleh merasa sebarang tanda tekanan atau lebihan ruang sekiranya ada.

Ciri ini amat penting untuk memastikan payudara disokong dengan baik sepanjang tempoh kehamilan.

2. Boleh Dilaraskan

Pastikan anda mendapatkan bra yang mudah dilaraskan. Selain saiz ‘cup’ yang akan membesar, perut juga akan membesar, jadi postur badan anda juga mungkin akan berubah.

Sepanjang kehamilan, anda mungkin akan perlu mengubah sokongan ini beberapa kali mengikut keselesaan payu dara.

3. Fabrik Kapas

Biasanya sewaktu mengandung, badan cepat panas.

Maka, pilihlah bra daripada material kapas.  Kain kapas dapat meresap peluh dan memberi ‘ruang udara’ pada payu dara.

Elakkan membeli material jenis sintetik atau renda yang menyebabkan kulit anda menjadi tidak selesa atau gatal.

cara pilih bra
Foto Kredit: wikihow.com

4. Beri Sokongan Maksimum

Tahukah anda, payudara akan menjadi amat sensitif sewaktu mengandung?

Jadi, bra jenis separa atau ‘half cup’ amatlah tidak sesuai. Payudara anda memerlukan perlindungan maksimum untuk keselesaan sepenuhnya.

Jika anda suka menggunakannya, pastikan anda tidak memakai bra jenis yang terdedah itu sepanjang hari.

5. Tiada Kesan Kemerahan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, cara pilih bra yang sesuai adalah dengan mencubanya terlebih dahulu selama seminit atau lebih.

Dengan ini, kesan merah berbirat terhasil akibat regangan sewaktu memakai bra dapat dikesan lebih awal. Jika ada, maksudnya bra itu tidak sesuai dengan payudara.

6. Bukan Jenis ‘hardwired’ atau ‘underwired’

Walaupun payudara memerlukan sokongan, cara pilih bra yang sesuai bukanlah daripada jenis yang berdawai besi ini.

Bra jenis ‘underwired’ atau ‘hardwired’ ini boleh mencucuk payu dara hingga menyebabkan ketidakselesaan.

Kini terdapat pelbagai jenis sokongan yang lebih sesuai untuk wanita hamil. Jika anda tidak selesa memakai bra sepanjang waktu mengandung, terdapat juga bra jenis ‘t-shirt’ yang turut dilengkapi dengan sokongan dan perlindungan yang sesuai.

7. Ukur Payudara Setiap Bulan

Jangan lupa, ukur payu dara setiap bulan. Jika semakin besar, pastikan beli yang baru agar dapat menampung payu dara selain memberi keselesaan kepada anda sepanjang tempoh mengandung.

Bra yang terlalu ketat mampu membuatkan anda berasa sakit belakang, sakit bahu, pening kepala, sesak nafas, dan cepat letih.

cara pilih bra
Foto Kredit: inewsgr.com

Tanggalkan Bra Pada Waktu Malam

Walaupun sokongan daripada bra amat penting kepada payudara, anda dinasihatkan supaya mengelakkan daripada memakai bra sepanjang hari.

Tanggalkanlah bra pada waktu malam, lebih-lebih lagi sebelum tidur kerana bukan sahaja ia tidak selesa malah mengikut perubatan, boleh meningkatkan risiko kanser payudara.

Namun, jika payudara anda sudah mula mengeluarkan susu, pakailah bra jenis ‘t-shirt’ beserta dengan ‘breast pad’ pada waktu malam untuk mengelakkan tumpahan.

 

Leave a Comment