Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!

Cara Solat Tahajjud

Mata tidak boleh lelap? Ataupun terbangun dari tidur?

Ada yang sedang baca artikel cara solat tahajjud ini dalam keadaan berwuduk. Sudah bersiap-sedia untuk melakukan solat sunat tahajjud. Mungkin cuma inginkan kepastian tentang cara solat tahajjud yang betul.

Sepertimana yang kami kongsikan sebelum ini tentang cara solat taubat yang ringkas, kami bawakan sekali lagi cara solat tahajjud. Panduan ini adalah ihsan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sila rujuk gambar di bawah yang diperolehi dari JAKIM. Boleh download sebahagian cara solat tahajjud atau keseluruhan Panduan Qiamullail dari JAKIM dalam bentuk PDF di sini.

cara-solat-sunat-tahajjud-1

cara-solat-sunat-tahajjud-2 cara-solat-sunat-tahajjud-3 cara-solat-sunat-tahajjud-4

 

Berikut ialah teks gambar di atas:

Sembahyang Sunat Tahajjud

Pengertian Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang- kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

Kelebihan & Fadilat Sembahyang Tahajjud

  1. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang- orang mukmin.
  3. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
  4. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
  5. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  6. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  7. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
  8. Jauh daripada kebinasaan.

 

Cara Mengerjakan Solat Sunat Tahajjud

solat-sunat-tahajjud-lafaz-niat

Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.”

 

Bacaan Solat Sunat Tahajjud

solat-tahajjud-al-kafirun

Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Kafirun

solat-tahajjud-al-ikhlas

Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Ikhlas

Selepas daripada salam hendaklah membaca doa ini:

solat-tahajjud-bacaan-doa

Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Semoga entri tentang cara solat tahajjud ini bermanfaat. Doakan yang baik-baik untuk kami juga!

Sumber: Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

127 thoughts on “Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!”

  1. Perkongsian yang memang thorrbaik!! Jom sama2 kita amalkan tahajjud cinta ni untuk mendapatkan manfaatnya yang tersendiri.

    Reply
    • terima kasih atas perkongsian ini. Ia nya sangat bermanafaat bagi org2 yg memerlukan panduan.Semuga kita semua dlm perlindungan ALLAH swt…di permudahkan dlm mendapat petunjuk dan hidayat NYA..AMIN

      Reply
  2. alhamdulillah…dan terimaksih cbab kongsi ilmu anda dgn kami.. semoga allah panjangkan usiamu…jom solat tahajud..

    Reply
  3. Salam..jikalau bacaan surah selepas al-fatihah,boleh tidak baca surah selain al-kafirun dan surah al-ikhlas spt diwar war di atas.

    Reply
  4. Assalammualaikum.. Terima kasih atas ilmu ni.. Saya sekali lagi ingin mohon amalan ini di ijazahkan untuk keberkatan amalan zahir n batin..

    Reply
    • Wslm..cuba alternatif ni->baca maksud doa tu dlm bahasa melayu dan fahami betul2 isi kandungan doa tu..nanti doa dalam hati je pn xpe, berpandukan kefahaman kita dgn doa td..Allah Maha Mengetahui, semua bahasa dia faham…bahasa monolog kita dgn diri kita pn Allah tau..

      Reply
  5. Assalammualaikum w.b.t..
    Minta diizinkan untuk dipelajari dan dikongsikan dengan teman2 lain..
    Semoga dirahmati Allah dan dipanjangkan pahala anda..
    Syukran jazilan..

    Reply
  6. salam…
    terima kasih di atas perkongsian info yang bermanfaat ini..saya mohon untuk download dan kongsi info ini dengan saudara yang lain tuan..wassalam.

    Reply
  7. Assalamualaikum,,nk tanye..saya nk dptkan kepastian…bhawa,boleh tk klau x bace doa yg dberikan diatas,tapi bace doa sndiri mcm solat fardhu yg lain?

    Reply
  8. Assalammulaikum,
    Dari pembacaan saya mengenai solat tahajud ini, semasa sujud terakhir dalam rakaat ke2 kita di minta membaca doa ini,” Ya allah, masukkan aku dari pintu kebenaran dan keluarkan aku dari pintu kebenaran jua. Kurniakanlah bagiku seorang pembantu.”
    Wallahualam.

    Reply
  9. TQ for the sharing ,may allah bless you , Terima kasih kerana kongsikan cara solat tahjud ini, semuga allah merahmati kamuyang mulia ini.

    Reply
  10. Assalamualaikum saya nk tanya boleh x sya membaca doa tahjud yg telah di ungkai dlm cara solat tahjud dan doa sekali….soalan sya saya bru fist tme hendak solat tahjud tetapi saya x hafal smua doa2 yg perlu di baca ketika solat tahjud boleh ke sya melihat buku utk sya membaca doa2 yg seharusye untuk doa solat tahjud

    Reply
  11. As salam. Sekiranya kita tidak dapat melelapkan mata walau sekejap sekalipun atau tidak dpt tidur dari selesainya waktu isyak hingga ke fajar, adakah solat tahajjud kita diterima?….rtonggonyaya

    Reply
  12. trime kasey utk pkongsian ilmu yg sgt bmanfaat…
    br 1st time nk buat solat sunat tahajjud…moge2 dpt sye laksanakannye dgn sempurne dan dterime Allah swt…amin….

    Reply
  13. salam.
    nak tanya kenapa ada doa tahajjud yang bermula dengan…… Allahumma lakal hamdu Anta nuurussamaawaati wal ardhi wa man fiihinna. Walakal hamdu Anta Qoyyimussamaawaati wal ardhi wa man fihinna. Walakal hamdu Anta robbussamaawaati wal ardhi wa man fiihinna

    Reply
  14. Assalamualaikum . Saya nak tanya , boleh tak kalau kita baca doa yang selalu kita gunakan di dalam solat fardhu tanpa menggunakan doa yang tertera di atas ? Sebab saya masih belum untuk menghafalnya . Dan kira sah tak kalau menggunakan doa yang kita gunakan dari solat fardhu @ doa yang selalu kita guna tanpa doa yang tertera ?

    Reply

Leave a Comment