Cara Solat Taubat Yang Ringkas. Kalau Zina, Taubat Nasuha!

Cara Solat Taubat

Tahniah kerana anda sedang membaca artikel ini. Orang yang klik perkara baik seperti ini, mudah-mudahan diberikan hidayah oleh Allah untuk menjadi lebih baik. Bayangkan, dari banyak-banyak artikel di Internet ini, anda tergerak untuk membaca tentang cara solat taubat. Bukankah itu satu petanda baik? Bukankah Allah sedang ingin membantu kita?

Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia, kita sememangnya selalu melakukan kesilapan. Namun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jika Allah gerakkan hati kita untuk mencari panduan dan cara solat taubat, sudah tentu ini satu langkah kecil untuk perubahan yang lebih besar.

Jika dikenang dosa yang lalu, rasa kerdilnya diri kita di sisi Allah. Ada yang pernah melanggan pelacur. Ada yang berdua-duaan sebelum kahwin. Ada yang bersekedudukan dengan suami orang. Ada yang pernah bersama isteri orang. Ada yang pernah gugurkan kandungan. Ada yang menyesal melakukan zina berulang-ulang kali.

Ada pula yang sesal kerana kurang ajar dengan ibu-bapa, yang kini mungkin sudah meninggal dunia. Ada yang berantakan kerana harta peninggalan dan putus saudara. Ada yang minum arak dan sesal dengan perbuatan semasa muda dahulu. Ada isteri yang menipu suami. Ada suami yang sanggup berdusta dengan isteri. Ada rakan sekerja yang sanggup tikam belakang dan memburukkan rakan lain. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan disini.

Tidak kira apa sahaja dosa yang kita lakukan, samada kecil atau besar, mohonlah keampunan dari Allah. Apa yang kita perlu buat ialah ikhlaskan hati dalam memohon ampun pada Allah. Tidak cukup dengan itu, perlu belajar cara solat taubat agar kita rasa lebih dekat dengan Allah.

Sila rujuk gambar di bawah yang diperolehi dari JAKIM. Boleh download sebahagian cara solat taubat atau keseluruhan panduan Qiamullail dari JAKIM dalam bentuk PDF di sini.

cara-solat-taubat-nasuha-ringkas-1 cara-solat-taubat-nasuha-ringkas-2 cara-solat-taubat-nasuha-ringkas-3 cara-solat-taubat-nasuha-ringkas-4 cara-solat-taubat-nasuha-ringkas-5

Berikut ialah teks gambar di atas tentang panduan dan cara solat taubat:

Sembahyang Sunat Taubat

Sembahyang sunat Taubat bererti sembahyang memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT Sembahyang ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Asas sembahyang ini ialah:

  1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
  2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
  3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.

Cara Mengerjakannya

Lafaz Niat:

lafaz-niat-solat-taubat

Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan

Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Kafirun.

surah-al-kafirun-rakaat-pertama-solat-taubat

Pada rakaat yang kedua pula hendaklah baca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.

surah-al-ikhlas-rakaat-kedua-solat-taubat

Kemudian selepas salam bacalah wirid dan istighfar ini:

wirid-istighfar-solat-taubat

dan akhirnya bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah SWT.

Doa taubat juga boleh dibaca secara beramai- ramai seperti berikut:

doa-taubat-astaghfirullah

Maksudnya: “Aku minta ampun dari Allah.” (3X)

doa-taubat-kembali-pada-allah

Maksudnya: “Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada-Nya.”

doa-solat-taubat-menyesal

Maksudnya: “Kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan.”

doa-solat-taubat-berazam-tidak-mengulangi

Maksudnya: “Dan kami berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut buat selama-lamanya.”

doa-solat-taubat-berlepas-diri-dari-agama-selain-islam

Maksudnya: “Dan kami berlepas diri dari segala agama yang bertentangan dengan agama Islam.”

doa-solat-taubat-naik-saksi-allah-maha-esa

Maksudnya: “Dan kami naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.”

doa-solat-taubat-nabi-muhammad-saw-pesuruh-allah

Maksudnya: “Dan kami naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah, selawat dan salam ke atasnya.”

kami-redha-allah-sebagai-tuhan-kami

Maksudnya: “Kami redha Allah sebagai tuhan kami.”

dan-agama-allah-sebagai-agama-kami

Maksudnya: “Dan agama Allah sebagai agama kami.”

selawat-dan-sejahtera-kepada-nabi-muhammad-saw

Maksudnya: “Selawat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.”

pelihara-nabi-muhammad-saw-dan-keluarga

Maksudnya: “Ya Allah peliharalah ke atas nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya, semoga selamat sejahtera.”

berlakulah-lembut-pada-kami-dan-orang-beriman

Maksudnya: “Berlakulah lembut dan belas kasihan ke atas kami serta orang-orang yang beriman.”

Akhir kata, semoga artikel tentang cara solat taubat ini dapat mendekatkan diri kita pada Allah. Sama-sama berdoa agar kita sentiasa hidup dalam lindungan dan rahmat Allah. Berbanyak-banyak terima kasih pada pihak JAKIM yang mengeluarkan dokumen cara solat taubat yang rasmi untuk panduan seluruh umat Islam di Malaysia.

Sumber: Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

134 thoughts on “Cara Solat Taubat Yang Ringkas. Kalau Zina, Taubat Nasuha!”

  1. Dari mana dtgnya solat taubat ni. Nabi x pernah buat. Sahabat x pernah buat. jgnlah kamu berpegang pd benda yg x pasti. Nak taubat ikutlah cr nabi ajar. Mengucap janji dgn Allah nak ikut nabi tp pakai pendapat org. AL QURAN Hadis tinggal. Cukup2lah beramal dgn bidaah yg Allah marah.

    Reply
    • Mintak maaf kalau saya salah. Seingat saya ada terbaca/terdengar org sampaikan hadith yg menganjurkan solat sunat 2 rakaat sejurus buat dosa. Mmg tak diberi nama atau detail bacaan solat tu, tapi bagi saya nama tu utk reference kita je..sementara bacaan tu tak baca semua pun xde masalah – hanya guideline bg yg tak tau nak baca apa. Papehal niatnya mmg utk mintak ampun/bertaubat. Wallahua’lam..

      Reply
    • Kalau kita rasa kita cetek ilmu pergilah berguru.. janganlah kita keluarkan pendapat sendiri setakat bacaan dan ilmu kita yang tak seberapa terus nak menidakkan apa yang dikeluarkan JAKIM..

      Reply
    • Saudara minta maaf..
      Sekurang-kurangnya dia nak ajar orang jadi baik…
      Kesian org ni.. at least dia nak ajar org jadi baik… kenapa saudara ckp cm tu lak…. sekurang kurangnya ada juga lah cara nak bertaubat…

      Reply
    • Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:

      “Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

      Reply
    • ada la hafiz solat sunat taubat..nabi mmg x pernah buat..sebab nabi, dan rasul x pernah melakukan kesalahan..adam terlupa pon minta maaf cara berhadapan dengan allah sendiri..tp kita nk berhubung dengan yang maha esa hanya solat..kalo solat fardhu hari² itu solat yg wajib..dari itu la ada solat sunat..dari situ kita ada solat sunat taubat..untok kita minta maaf kepada allah..untok sucikan diri..dan kalo kita selalu lakukan kesalahan..xpa..kita teruskan solat sunat taubat..dan cuba perbaiki diri..kalo lakukan lagi kesilapan..solat lagi sunat taubat..kita ni hanya manusia biasa..yg sentiasa melakukan kesalahan..kita bukan nabi dan rasul..yang sempurna..yg penting kita usaha untok cuba perbaiki diri..insya’allah.. allah akn terima taubat kita..ingt..allah maha pengasih dan penyayang..dya akan sayang umat nya yg sujud kepadanya..nabi dan rasul ni iyalah ibarat pertunjuk untok kita ikot perkara yang benar dan betol..dan meninggalkan apa yang dilarang..sebab tu nabi muhammad s.a.w diutuskan untok kita ikot panduan..sebab beliau lah nabi dan rasul yang terakhir untok kita..bro jgn risau psal solat sunat taubat ni..kalo nk lebih arif..tnya la ustaz…aku pon sama mcm hang..sentiasa ada lakukan dosa..tp kita cuba ubah diri sebelom terlambat..kalo aku cakap ada salah tegor..mungkin kesilapan aku..assalamualaikom..

      Reply
    • saya btl kecewa dgn komen en.hafiz.. jgn tnjk kn kejahilan kite sekiranya kita x pasti jgn kite memandai buat hukum sendiri.. bertanya dgn orang yg lebih arif kn lagi baik..

      pengetahuan agama kite cetak belajar lagi.. takut dgn pengetahuan agama yg cetek takut kite mudah terjebak dgn ajaran syiah yg sedang berleluasa sekang ni..

      alhmdllh dan terima kasih dgn perkongsian JAKIM.

      Reply
    • En Hafiz yg budiman, pergi mengaji lagi sekurang2 nya 3 org guru. Saya bimbang jika ada antara kita yg keluarkn statement tanpa usul periksa dan merujuk kepada mereka yg lebih arif dlm agama. Mudah2an kita di beri petunjuk dan hidayah oleh ALLAH. Amin.

      Reply
    • assalamualaikum hafiz.. hafiz bkak buku pendidikan islam tingkatan 4 .. ada mengenai taubat.. hafiz baca la.. sumber yg mudah.. nabi muhammad saw .. meminta ampun dari allah .. sebanyak 70 kali dan ada setengah hadis mengatakan 100 pada setiap malam. sedang kan nabi muhammad tidak penah berdosa . saya hanya menegur . jika ada kesilapan apa2 . maaf kan saya. encik hafiz banyak kan kaji ilmu tauhid . mengenali allah .

      Reply
  2. saya nak belajar agama sejujurnya saya tak tahu mengaji tak tahu solat saya nak taubat tp untuk baca perkataan diatas pn saya tak tahu…….jadi bagaimana banyak dosa dari pahala…tolong la bantu la saya…..

    Reply
    • Syukur kepada Allah S.W.T krn saudari tlh digerakkan hati utk dekat dgnNya..

      1.perbanyakkan berdoa kpd Allah S.W.T memohon ampun di atas segala dosa2 yg prnh dilakukan dan berazam utk tdk ulangi lg.
      2.Dekat diri dgn kwn yg tahu dan amal ajaran Islam..belajar cara solat dgn kwn tersebut..
      3.Beli buku agama terutama yg asas (fardhu ain) cara2 solat byk di jual di kedai2 buku dlm pelbagai versi bahasa yg mudah difahami.
      4.cuba dekat diri dgn masjid/surau byk majlis ilmu yg disampaikan..
      Allah S.W.T Maha Pengampun di atas segala dosa2 yg prnh kita lakukan wlpn sebanyak pasir di pantai.
      Sama2lah kita bertaubat dan kembali kp Allah S.W.T sebelum terlambat.
      Pabila kita tlh dijemput Allah S.W.T satu apa pun sdh tidak berguna..kesempatan utk taubat sdh tiada lg..
      Semoga saudari dipermudahkan Allah S.W.T dan ditunjukkan jalan yg benar dan diredhai…Amin.

      Reply
  3. Nabi pun tak pernah bawak kereta/motor, naik unta…jadi kita tak boleh la naik kereta/motor untuk ke masjid? Kalau betul2 nak fikir tak bole buat apa yang nabi tak buat?

    Konteks ibadah lebih besar dari ini. Jangan terus kata tak boleh buat sebab nabi tak buat. Lebih baik bertanya kepada agamawan yang lebih arif.

    Reply
  4. Maaf ye saudara sejujurnya saya ni bukan apa semua manusia tak pernahlari daripada kesilapan . Jujur saya bersyukur ada panduan
    Macam ini saya banyak melakukan maksiat masyaallah tapi saya tak reti mengaji x selalu solat dan saya tak yakin pada diri saya yang saya ingin minta maaf kepada org yang saya lakukan tolong la tunjuk kan la caranya .maaf kan saya. Assalamualaikum.

    Reply
  5. Assalammualaikum.. Saya mohon share n ijazah kan kpd saya utk amalan saya zahir n batin.. Saya nak belajar n taubat atas salah n silap saya.. Semoga allah berikan kebajikan dan keberkatan utk setiap usaha y kita lakukan..

    Reply
  6. Assalammualaikum.. Saya mohon dikongsikan n ijazahkan kpd saya utk amalan saya zahir n batin.. Saya berdosa sgt pd keluarga, n kerana lidah fb, saya hampir memusnahkan 1buah keluarga terdekat, n impact nya sgt besar bg dri sya..

    Reply
  7. terima kasih bnyak atas panduan yang diberikan…Taubat perlu dilakukan dengan segera…sebelum tertutupnya mata tanpa bekalan yang hendak dibawa..

    Reply
    • Assalamualaikum hajar…. Waktu yg sesuai adalah pada waktu malam (iaitu suasana yg sunyi malam)…. Solat sunat taubat boleh dibuat pada bila2 masa sebenarnya kecuali pada waktu asar dan subuh(masuknya waktu asar dan waktu subuh)….

      Reply
  8. Salamun ‘Alaykum, Maafkan saya tapi ada kesalahan dari segi baris sepatutnya bukan dain (دَين) dal dgn baris atas kerana ini bermaksud HUTANG yg sepatutnya dan betulnya ialah diin (دِين) dal dgn baris bawah, yang inilah baru bermaksud AGAMA… mohon diperbetulkan… kerana kesalahan baris boleh mengubah makna… (seperti juga kesalahan huruf dan sebutan makhraj, contohnya ه dan ح ) dan juga terdapat beberapa kesalahan (setakat ilmu diri ini yg xseberapa) dr segi terjemahan doa dan kalimah doa tersebut (kalimah berbeza dengan terjemahan, mungkin saja ada kesalahan yg xdisengajakan, Allahu A’lam )

    Dan yg dimaksudkan mula2 td adalah pada gambar di bawah

    http://siraplimau.com/…/doa-solat-taubat-berlepas-diri…

    Reply
  9. salam . nama sy firdaus byak dosa.. sy insan yang xguna.. sy xtahu nk baca ni.. sy ni pelat orangnya.. xda orang paham :'(

    Reply
    • xde orang faham??? xpe…yg penting ALLAH faham.. Bila ALLAH faham, manusia akan faham…sbb segalany dari DIA kn hehe

      Reply
  10. Assalamualaikum..sya ingin bertanya di sini…jika kita sudah mlakukn solat sunat taubat..lps tu kita kluar ber dua n psagn kita yg blom berkahwin..hnya skdar kluar mkn n beriadah…adkh taubt kita dtrima ALLAH??

    Reply
  11. Assalamualaikum,sya mohon dan ingin berkongsi,saya makhluk allah yg sesat dan jauh lupa kn allah adakah taubat sya diterima,sya menagis selalu,smber rezeki sya trtutup adakah masih sempat sya mncri jalan allah

    Reply
  12. Assalammualaikum.. Sahabat,, terima kasih atas tunjuk ajar di atas.. Dengan keikhlasan sahabat menunjukan blog ini,,mudah2 han Allah S.W.T membuka pintu rezeki sahabat.. Kerana blog ini dpat membantu insan lain agar kmbali ke jalan Allah.. Alhamdullilah.. Moga2 Allah S.W.T menerima taubat kyta.. Bagy saudara Hafez.. Jgn lah berkata sedemikian.. Bersyukur kerana masih ad yg ingin membantu,,walaupon x sebesar mna pertolongan ini.. Tapi ianya bnyk membawak kebaikan kepada yg laen..

    Reply
  13. Semoga tuanpunya tulisan ini mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Di usia lewat begini, sukar bertanyakan orang lain untuk bercerita tentang dosa kita. Dengan adanya maklumat begini, saya boleh mempelajari sendiri. Kalau ada panduan yang lebih baik..bolehlah disyorkan. Moga diberi kekuatan untuk tidak kembali melakukan dosa dosa besar dan maksiat.

    Reply
  14. TERIMA KASIH DI ATAS PERKONGSIAN ILMU YANG SANGAT BERGUNA INI…MOHON DIIJAZAHKAN UTK DIAMALKAN DAN DIKONGSIKAN…”KITA SEMUA MANUSIA BIASA YANG TIDAK LARI DR MELAKUKAN KESILAPAN….

    “SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI ”
    AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN……

    Reply
  15. memang malu dengan ALLAH kalau kita tahu ALLAH nampak kita buat dosa,tapi hanya dia yang menjadi tempat pertolongan , kita menyesal atas segala dosa ,, dan bila solat kenang lah dosa tu,bila sujud mohon ampun kepada ALLAH ,Masyaallah ,danish INSYAALLAH rasa bagai rasa sambut tangan kita tatkala kita jatuh tersungkur.. ALLAH itu KEJAM jika dia cipta manusia tapi tahu akan dosa dan taknak ampunkan makhluk-NYA ,,tapi ALLAH tak bersifat demikian DIA MAHA PENYAYANG ,, dia suka ampunkan hamba-Nya…

    Reply
  16. Assalamualaikum wr wb
    makasih banyak atas semua infonya saya sebagai pembaca jadi terharu dan menyesali semua kesalahan yang pernah saya lakukan selama ini.

    Reply
    • asalammualaikum sj bg pendapat….kalau kita x tau jawi baca je maksud ye….sbb kalau tau baca jawi tp kalau maksud ye kita x tau pyah jgk….kalau salah tegur ye…..maaf

      Reply
  17. Semoga diberikan hidayah dan taubat nasuha buatku.
    Taubat terakhir dan jauhi maksiat buat selamanya..
    ALLAH…..
    Tak terhitung dosa dosa ku padamu, ibu dan bapaku, ahli keluarga ku, sahabat handai, dan orang disekeliling….
    Terimalah keikhlasanku…
    Assalamualaikum.

    Reply
  18. Perkara pertama yg di hisab adalah solat. Bila kita terbuat dosa teruslah dekatkan diri pada Allah swt dengan bersolat. Allah swt suka kita bersolat berdasarkan firmanNya. Semoga dengan cara melakukan solat taubat, dosa-dosa kita terampun dan taubat kita diterima oleh Yang Maha Berkuasa. Firman Allah: “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku (Taha [20:14]).

    Reply
  19. Asslamualaikum WMT.

    Semuga saudara moderator blog inin didalam lindungan Allah SWT jua. Terima kasih atas tunjuk ajar serta perkongsian yang bermenafaat ini.

    Kata Guru yang mengajar kami dimasjid, solat taubat perlu dilakukan setiap hari, seboleh-boleh nya dijadikan amalan tetap selain sunat2 yang lain. Antara perkara yang dianjurkan juga agar sentiasa menegakan nya ialah sunat witir dan sunat dhuha…

    Semoga Allah SWT mengurniakan kita dengan rezki dengan banyak mengerjakan amalan2 sunat selain kefarduan yang sudah semestinya dituntut.

    Sayugia di nayatkan juga ialah YANG TERBAIK menuntut ilmu itu ialah menerima ilmu itu dari mulut sang guru, yakni berguru baru lah bersanad. Kaedah ini juga BOLEH digunakan sebagai penambahan namun YANG TERBAIK itu ilah mengikut sunah nya iaitu secara berguru.

    Saya dulu liat nak ke mesjid, sekadar sembahyang di rumah dengan anak isteri, Alhamdulillah dibukakan hati oleh Allah SWT untuk ke mesjid..Alhmadulillah..banyak sungguh kelas2 ilmu dan pencerahan ilmu agama yang diterima secara langsung dari guru siap dengan tunjuk ajar serta penerangan sedetail-detail nya… baru lah saya tahu beza belajar sendir dengan belajar berguru itu melangit bezanya…

    Mari lah kita pakat pergi ke mesjid dan memakmurkan mesjid, jangan seperti saya dulu ..dulu saya kenal mesjid..kini mesjid (ahli jemaah nyer lah..) kenal saya… heh heh..mula2 siap ada jemaah tanya anak nie duduk kat mana? segan nak jawab tapi terpaksa jugak ler..err pakcik saya dok kampung nie dah 20 tahun…datang mesjid hari jumaat sahaja dan hari nak bayar zakat fitrah…. memori silam …sekadar perkongsian

    Reply
  20. sy dh lama x smbahyang.tiba2 tergerak nk berubah,so sy nk qadakan solat2 yg dh berkurun tu.tp kwn sy cakap x pelu sbb kita x tau berapa suma jumlah yg pelu diganti.n then dia soh buat solat taubat.tapi sy x sure dgn solat taubat sy nnti.solat sy pun belum penuh 5 wktu.x tau nk buat pe..

    Reply
  21. Alhamdulillah…Allah S.W.T telah memberikan saya petunjuk ke jalan yang benar…sya rasa sgat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan saya petunjuk ini…ia sgt berguna untuk kita semua…jazakallah khairan…

    Reply
  22. Saya banyak buat dosa. Saya jahil dalam agama. Saya tak bersolat byk dosa besar sy lakukan. Saya nak bertaubat tapi saya tak tahu siapa yang perlu saya rujuk yang boleh membimbing saya.

    Reply
  23. sesungguhnya aku mencari nur dan hidayah di malam2 terakhir ramadhan… terima kasih di atas ilmu yg dikongsikan.. halalkn dunia akhirat…

    Reply
  24. Banyak terima kasih bagi yg buat artikel ini, sangat bermanfaat, membuat hati tergerak untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, terima kasih ALHAMDULILLAH saya bisa nertaubat kepadaNya

    Reply
  25. Assalammu’aaikum..wr..wb
    Saudara/i seiman yang di Malaysia..saya dari Depok-Jawa Barat-Indonesia mengucaka JazakumullahiKhairan Katsiraan..

    Reply

Leave a Comment