Orang Berlesung Pipit Adalah Antara Manusia Yang Paling Comel

“Betul ke kakak tadi dah 40 tahun? Bukan main awet muda lagi. Eh, agaknya sebab lesung pipit dia tu nampak muda? Cemburu juga ya orang yang ada kelebihan lesung pipit ni….” Uniknya mereka yang mempunyai lesung pipit! Mana tidaknya, setiap senyuman mempunyai aura istimewa kerana lekukan ini berupaya menambah ‘kemanisan’ dalam wajah. Setiap kali tersenyum, terserlahlah aset anda …

Baca SepenuhnyaOrang Berlesung Pipit Adalah Antara Manusia Yang Paling Comel

10 Petua Hilangkan Rasa ‘Nervous’ Dalam Segala Hal

“Alamak dah nak dekat pukul 2pm. Ok dah start gabra ni tak pasal-pasal sejam lagi kena buat presentation masa meeting nanti. Dahlah aku ni ‘nervous’, memalukan sungguh. Mesti suara pun susah nak keluar. Aduh, ‘sure’ berpeluh-peluh aku dalam bilik ‘meeting’. Ni pun dah ‘panic attack’ ni. Cepatlah bagi cara hilangkan gemuruh, aku nak buat sekarang sebelum …

Baca Sepenuhnya10 Petua Hilangkan Rasa ‘Nervous’ Dalam Segala Hal

7 Tips Mengatasi Rasa Cemburu Buta Pada Pasangan, Asyik Call 24 Jam

“Sayang, I call you tadi, kenapa tak jawab? I wassup pun you tak respon. Tapi i tengok kat wassup you, bukan main aktif jawab wassup orang lain. Cakap dengan I, siapa yang you wassup tadi? Jangan sampai ‘jeles’ I tahap meruncing, nanti you juga yang menyesal!” Cemburu itu tandanya sayang, kan? Orang kata kalau tak …

Baca Sepenuhnya7 Tips Mengatasi Rasa Cemburu Buta Pada Pasangan, Asyik Call 24 Jam

Dapatkah Anda Bezakan Senyuman Asli Atau ‘Fake’? Ini 3 Cara Mudah

bahasa tubuh

“Alahai dia ni, ikhlas ke tidak tolong aku. Memanglah dari tadi senyum, tapi dia ingat aku tak tahu tafsir bahasa tubuh ke. Senyuman tu macam tak ‘real’ je…” Selalunya, kebanyakan daripada kita akan tersenyum walaupun kita tidak berasa gembira. Ramai yang melakukannya supaya dapat mewujudkan karakter yang lebih disenangi seperti dalam temuduga, menghadiri makan malam, jamuan, atau majlis …

Baca SepenuhnyaDapatkah Anda Bezakan Senyuman Asli Atau ‘Fake’? Ini 3 Cara Mudah

5 Cara Hilangkan Rasa Curiga Pada Suami. Guna Hipnosis!

5 Cara Hilangkan Rasa Curiga Pada Suami. Guna Hipnosis!

Cara Hilangkan Rasa Curiga Pada Suami

[infobox]Segmen ini kelolaan Nur Qaseh Amin[/infobox]

Aduan Dari Pengirim

Saya bercinta selama 6 tahun dan telah berkahwin selama 14 tahun. Penantian untuk menimang cahaya mata selama bertahun-tahun, selepas 8 tahun akhirnya doa kami dimakbulkan. Hidup kami diselubungi bahagia. Namun saya fikir panas hingga ke senja, rupanya badai datang melanda.

Mula Hubungan Sulit di Facebook

Suamiku ini warak dan alim orangnya serta tidak pernah mengkhianati cinta. Namun sejak wujudnya Facebook, saya rasa dunia saya bagaikan neraka kerana suami saya suka bazirkan masa bermain ‘game’ di Facebook. Dan kemudiannya, dia berkenalan dengan seorang gadis yang tidak saya tahu muda atau tua.

Percintaan sulit mereka rasanya mencecah tempoh lima bulan dan sememangnya ianya sekadar berdusta kerana habis keburukan saya dijaja. Akhirnya saya dapat tahu juga. Mulanya bila saya tahu, rasa bagai mahu gila kerana saya percayakan suami saya 100%.

Perempuan Jaja Cerita

Perempuan itu mengadu pada suami yang kononnya saya maki dia apabila saya tahu tentang mereka. Suami percayakan perempuan itu dan mempertahankannya tapi Allah Maha Besar apabila dalam laman Facebook dia mengeji dan menghina saya serta menjaja cerita. Namun dia tetap mempertahankan diri dan tidak mengaku. Juga mengatakan saya yang bersalah walhalnya hak saya yang dirampas.

Perlukah Maafkan?

Dek kerana masih ada iman didada, saya masih menjaga tutur kata. Suami akhirnya memohon maaf dan mengakui kesalahannya namun hati saya benar-benar terluka kerana dia telah mementingkan perempuan yang baru dikenali di Facebook sehingga sanggup menggadai maruah saya dan memburukkan saya pada perempuan itu. Agak sukar untuk saya maafkan selagi maruah ini tidak terbela.

Bagaimana agaknya harus saya hilangkan rasa curiga, benci dan dendam yang masih menyesak di jiwa?

Menyedari kesilapan itu, saya bersetuju untuk rujuk kembali dengan harapan suami

Isteri Derita,

‘Identiti pengirim terpaksa dilindungi untuk tujuan keselamatan’

Baca Sepenuhnya5 Cara Hilangkan Rasa Curiga Pada Suami. Guna Hipnosis!

Ingin Minta Cerai Dari Suami? Isteri Tunggu Dulu, Baca Nasihat Pakar Ini!

Ingin Minta Cerai Dari Suami? Isteri Baca Dulu Nasihat Pakar Ini!

Aku Ingin Minta Cerai Dari Suami

[infobox]Segmen ini kelolaan Nur Qaseh Amin[/infobox]

Aduan Dari Pengirim

Rumahtangga kami telah berusia lebih daripada 10 tahun. Sepatutnya kami saling memahami tapi pernah bercerai pada tahun awal perkahwinan kerana suami sering memukul saya. Saya sendiri yang menfailkan tuntutan cerai itu. Saya berusia 20-an ketika itu dan tidak kuat menghadapi dugaan sebegitu, boleh dikatakan masih mentah dalam kehidupan berumahtangga.

Sunyi, Sendirian di Rumah

Menyedari kesilapan itu, saya bersetuju untuk rujuk kembali dengan harapan suami saya tidak mengulangi perbuatan yang sama.  Kini telah lebih 10 tahun telah berlalu, saya bersyukur kerana suami saya tidak lagi memukul saya seperti dulu. Namun saya masih lagi teruji dengan perbuatan suami. Selama tempoh ini, suami saya jarang berada di rumah bersama saya dan anak-anak. Saya sering berasa sunyi dan saya juga tiada kawan-kawan yang benar rapat dengan saya.

Bagi saya, saya mengharapkan agar suami sebagai sahabat dunia dan akhirat saya. Hampir setiap hari saya akan hubungi suami saya yang selalu balik lewat bertanyakan lokasinya, apa yang sedang dilakukan dan bila dia akan pulang ke rumah. Namun amat mengecewakan apabila pertanyaan saya hanya mengundang kemarahannya.  Dia mengatakan saya penyibuk.

Lama kelamaan saya telah mula tawar hati untuk menghubunginya. Saya sudah jadi tidak peduli tapi jauh di sudut hati saya, saya ingin jadi seperti isteri-isteri orang lain yang mengharungi kehidupan rumahtangga bersama suami tersayang.

Suami Gaji Kecil

Sebagai seorang isteri, saya amat memahami bahawa pendapatan suami memang tidak mencukupi. Bukan ingin mengungkit tetapi saya buat pinjaman untuk kereta kegunaan suami sedangkan saya hanya gunakan motor walau ketika sedang sarat mengandung. Saya tidak kisah gaji bulanan saya habis janji saya disayangi suami tapi saya makin kecewa dengan sikap suami.

Keluar awal pagi dan pulang lewat pagi. Berjumpa anak-anak sejam sehari saja. Wang belanja rumah juga cukup susah untuk saya dapatkan. Banyak kali juga diminta, barulah dapat itupun tidak cukup apabila saya kira perbelanjaan sebenar untuk rumah dan anak-anak.

Peramah Dengan Orang, Pendiam Dengan Isteri

Suami saya peramah orangnya. Ramai yang mengenalinya mungkin terkejut mengetahui dia seperti orang asing dengan saya. Dia jarang bercakap dengan saya dan langsung tidak pernah berbual dengan saya. Saya rasa pelik. Kami sudah cuba mengikuti sesi kaunseling di pejabat agama. Dia akan berubah jadi baik sebentar dan kemudiannya kembali kepada sikap asalnya.

Jadi saya minta diceraikan kalau benar dia tidak sayangkan saya. Tapi dia tidak mahu kerana katanya, dia sayangkan saya. Tapi kalau sayang, mengapa die berkelakuan sebegitu rupa?

Cerai Jalan Terakhir

Kali terakhir saya pergi dapatkan nasihat di pejabat agama, saya tidak nampak jalan penyelesaian yang lain kecuali penceraian. Atas sokongan pegawai tersebut, saya telah menfailkan cerai tapi pada pendapat pegawai tersebut, besar kemungkinan suami saya tidak akan ceraikan saya dan mungkin dengan cara ini, ia memberi amaran untuk suami saya berumah dan rumahtangga kami akan lebih bahagia. Tapi kalau sebaliknya, saya redha dengan takdir Tuhan.

Yang Bermasalah,

‘Identiti pengirim terpaksa dilindungi untuk tujuan keselamatan’

Baca SepenuhnyaIngin Minta Cerai Dari Suami? Isteri Tunggu Dulu, Baca Nasihat Pakar Ini!