Home / Rakyat / Ketika Cukai GST Dilaksanakan, Warga Bangladesh Cameron Highlands Senang Lenang!

Ketika Cukai GST Dilaksanakan, Warga Bangladesh Cameron Highlands Senang Lenang!

Cukai GST Dilaksanakan, Warga Asing Dapat Habuan!

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan yang warga Bangladesh kini menguasai ekonomi di Cameron Highlands. Apa yang mereka lakukan? Warga Bangladesh ini bercucuk tanan menanam sayur, membuka gerai, kedai runcit dan menjual sayuran.

Dikatakan, dokumen kerja mereka adalah untuk kerja di sektor yang berlainan. Namun, beralih arah ke sekor pertanian. Berani sungguh mereka. Adakah penguatkuasaan kita longgar atau kita tidak ambil peduli?

Sumber Utusan Malaysia juga mengatakan, terdapat kira-kira 18 kedai runcit dan sebuah hotel bajet yang diusahakan warga asing terutama di Lembah Bertam, Ringlet, Tringkap serta Kuala Terla sejak enam tahun lalu.

Warga Asing Kini Jadi Boss?

Itulah hakikatnya. Mereka sudah pandai menggaji warga mereka sendiri untuk mengusahakan perniagaan di Malaysia. Warga asing juga bebas membuka gerai untuk menjual ikan dan sayur di pasar-pasar malam di sekitar Cameron Highlands

Cukai GST Membebankan?

Cakap banyak pun tiada guna kerana kata putus sudah diberi. Ini kerana cukai GST akan dilaksanakan pada April 2015. Bukan cukai GST yang buat kami sedih. Namun, tatkala cukai GST yang dikatakan membebankan rakyat, warga Bangladesh pula senang lenang berniaga. Adakah mereka membayar cukai? Wallahuaklam, kami juga tidak tahu.

Kupasan Kami

Kami akur dengan GST yang bakal dilaksanakan. Ia bakal menjana ekonomi dalam jangkamasa panjang. Ingat, duit dari cukai GST ini akan digunakan untuk membina jalan raya, membina sekolah, membina klinik kesihatan dan macam-macam lagi.

Cuma kami agak terkilan, tatkala kami rakyat Malaysia dikenakan cukai GST, kenapa isu warga asing yang nampak lebih kaya dari kita dibiarkan begitu sahaja? Sedih, memang sedih.

Apa pendapat anda?

 

 

About admin

6 comments

  1. ya lah …….mereka pandai merebut peluang yang ada ….. 🙂

  2. pendapat saya, orang tempatan sendiri yang malas nak usaha..

  3. bole la nak kata yg mereka pandai merebut peluang tp mengikut cara yg tidak sah….bagi rakyat tempatan, utk mendptkan peluang tersebut secara sah perlu melalui proses birokrasi yg terlalu mengongkong & yg pasti jika dibuat secara tidak sah, akan ada sesetgh golongan yng iri hati, membuat laporan & pasti dihukum plk

  4. pendapat saya…?
    pendapat saya xnak digunapakai…

  5. Ida Nerina Saruan

    Saya setuju…pihak berwajib hanya menutup mata akan hal2 yg melibatkan warga asing…

  6. setuju bro…bile rakyat sendiri buat kena sitaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *