Habiskan Duit Untuk Pengalaman, Lebih Berbaloi Dari Cincin Berlian?

Bila tiba hari gaji, semua orang sibuk check akaun dalam bank. “Dah masuk ke belum?”. Masa inilah, kita lebih kerap buka laman web bank dari melihat Facebook, Instagram dan Twitter. Sikit-sikit, ‘Refresh browser‘.

Bila bayar duit rumah, duit kereta, bil api, bil air: hanya sedikit sahaja yang tinggal. Itu pun masih lagi gian nak shopping online.

Benarkah Orang Yang Belanjakan Duit Untuk ‘Experience‘ Itu Lebih ‘Happy‘?

Tetapi, kadang-kadang kita terlupa. Jarang sekali kita mengetahui kepentingan menghabiskan duit dalam pengalaman hidup, berbanding menghabiskan duit pada bentuk material semata-mata.

Siapakah orang yang paling gembira?

Sebenarnya, orang yang paling gembira dalam dunia telah menemui cara untuk mengelakkan diri dari terjerat dalam ketagihan membeli belah dan perbelanjaan barangan yang tidak perlu.

cincin-berlian-rosmah

Mereka tidak membelanjakan wang untuk membeli belah, sebaliknya, mereka membelanjakannya untuk pengembaraan, pengalaman baru dan memori, yang sudah semestinya berbaloi.

Jika kita melabur banyak wang untuk masa depan berbanding kasut kita, hidup ini menjadi lebih indah berbanding apa jua yang wang boleh beli.

Hidup ini adalah segalanya mengenai memori, bukannya cincin berlian atau emas permata.

Mari kita berfikir sejenak: Di penghujung hayat anda, adakah anda akan terkenang iPhone 6 Plus yang anda pernah miliki? Atau anda akan terkenang memori-memori emas yang dikongsi bersama mereka yang telah membentuk keperibadian anda?

Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Positive Psychology menunjukkan individu yang membeli barangan yang mahal berbanding individu yang melabur untuk pengalaman hidup, selalunya tidak menghargai barangan baru sebaik sahaja ia dibeli.

Para penyelidik dari San Francisco State University mendapati, kebanyakan individu sememangnya mengetahui bahawa hidup ini adalah mengenai kenangan dan pengalaman, tetapi kita terperangkap dengan trend semasa yang diingini, dan kemudiannya akan membuat pembelian yang dikesali.

Sebelum mereka membuat pembelian, peserta kajian menyatakan bahawa pengalaman hidup mereka akan menjadi lebih hebat dengan pembelian barangan yang mereka inginkan.

Selepas memuaskan kehendak hati dengan membeli apa sahaja yang diinginkan, mereka merasa gembira untuk sementara waktu. Selepas seketika, mereka mula menyedari bahawa membelanjakan wang untuk pengalaman adalah lebih berbaloi dan bertahan lama.

Fokuskan pada sesuatu yang membuatkan anda gembira dan bukannya terkenal.

belanja-duit-pada-pengalaman

Para penyelidik dari Cornell University menunjukkan kebanyakan golongan Millenia membeli berdasarkan pengaruh masyarakat yang menjual barangan seperti jam yang bertatahkan berlian dan rantai emas yang bukan sahaja sangat mahal, malah menarik dan bergaya.

Apa yang membezakan kita dengan nenek moyang kita adalah hidup didalam dunia media sosial dan apa jua yang ingin dibeli terpampang di media.

Dr. Thomas Gilovich adalah seorang professor di Cornell University. Beliau telah mengkaji kaitan wang dan kegembiraan.

Katanya, “Kita membeli barangan yang membuatkan kita gembira, tetapi hanya untuk seketika. Barangan yang baru membuatkan kita rasa teruja tetapi kemudiannya, kita mula terbiasa dengannya”.

Gilovich mengeluarkan suatu kenytaan yang tepat di sini.

Bukanlah maksud saya anda tidak boleh menganjari diri sendiri setelah berusaha keras selama beberapa minggu dengan membeli pakaian baru dan keluar berhibur, tetapi pelaburan yang lebih besar adalah dalam mencipta lebih banyak memori daripada barangan yang nampak hebat hanya untuk seketika.

Gilovich memberitahu Fast Company;

“Pengalaman kita adalah lebih besar berbanding barangan sendiri. Anda boleh menyukai barangan, malah anda juga boleh mengaitkan barangan tersebut dengan diri anda, tetapi kebenarannya, barang tersebut dan anda adalah dua perkara yang berbeza dan terpisah. Tetapi, lain pula dengan pengalaman. Pengalaman adalah sebahagian dari diri anda. Diri kita adalah himpunan segala pengalaman sendiri”.

Kurangkan shopping dan terokailah dunia disekeliling anda.

Pulau yang menarik di Malaysia
Foto Kredit: blueewoke09.blogspot.com

The Next Web melaporkan terdapat lebih dari 79 juta golongan millenia di Amerika Syarikat, lebih tiga juta berbanding generasi ‘baby boomer’ yang bertanggungjawab terhadap pelbagai jenis pekerjaan, industri dan program kerajaan ditangan mereka.

Tetapi industri perlu menilai semula Gen-Y jika mereka mahu sasarkan kita dalam pengiklanan mereka. Sebahagian besar dari kita mula menyedari kelebihan yang tidak ternilai dengan membelanjakan wang hasil titik peluh kita untuk perkara-perkara seperti pelancongan, pendidikan dan aktiviti kreatif.
Para penyelidik ada berkata, syarikat perlu menyesuaikan diri dengan perubahan mentaliti ini untuk bersaing dan bertahan dalam dunia baru generasi ini.

Siapakah golongan paling berpengaruh?

Setiap hari, kita dengan yakin membeli barangan yang tidak perlu, membelanjakan wang pada tempat yang tidak perlu dan membeli sampah yang akan hilang nilainya dalam masa beberapa minggu.

Generasi-Y merupakan golongan yang besar dan paling berpengaruh dalam masyarakat, dan kita mempunyai keupayaan unik untuk mengawal nasib kewangan dan pelaburan dalam kehidupan kita.
Mengapa perlu membeli telefon terkini apabila anda boleh melabur RM400 untuk tiket kapal terbang ke negara anda tidak pernah jejak sebelum ini?

Melabur untuk bahagia

Individu yang sentiasa hidup dengan matlamat mereka di masa hadapan, pelaburan dan kebahagiaan dalam kotak fikiran mereka, lebih cenderung untuk hidup lebih bahagia daripada idividu yang tenggelam dengan produk yang mengarut.

Sudah tiba masanya untuk menghentikan leretan kad setiap kali kita mendapat gaji dan mula berfikir tentang kenangan kita boleh cipta dengan hanya sedikit simpanan dan peta jalan raya.

Sumber: EliteDaily

Leave a Comment