8 Cara Menenangkan Diri Saat 'Emotional Breakdown'

Siapa yang tak ada masalah di dunia ni?

Masalah duit, keluarga, anak-anak, bos dan macam-macam lagi yang boleh menyesakkan kepala. Putus cinta juga menyumbang kepada emotional breakdown.

Emosi terganggu ?

Asalkan nama manusia, pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan. Lain orang, lain dugaannya.

Apa pun masalahnya, bawa bertenang.

Dengan bertenang, kita dapat berfikir secara rasional dari emosi tak tentu fasal.

Jadi, apa yang boleh kita dilakukan untuk menenangkan diri?

1. Serahkan segala-galanya kepada-Nya

Doa itu senjata umat Islam. Berdoa kepada-Nya agar dikurniakan hati yang tenang. Lakukan juga solat agar terpelihara daripada perbuatan kemungkaran yang disebabkan oleh hati yang tidak tenteram.

Kalau dia bukan jodoh kita, nak buat macam mana? Mungkin Allah akan berikan yang lebih baik dari dia.

2. Belajar dahulukan diri sendiri sebelum kerjaya

Rehatkan diri agar tenang sepenuhnya dan cuba elakkan memikirkan hal-hal tertangguh di pejabat. Yang penting, buat diri sendiri happy dahulu.

Kalau asyik fikirkan kerja, sampai bila pun memang tidak akan siap.

3. Elak berbelanja berlebihan

Saat emosi tengah kacau-bilau, memang rasa nak beli apa sahaja di depan mata terutamanya makanan. Acapkali bila stress, kita mesti nak makan banyak-banyak.

Tarik nafas dan cakap dengan diri sendiri:

“Apakah benda ini perlu dibeli untuk keperluan atau sekadar memujuk hati yang rawan?”. Fikir sedalam-dalamnya jika tidak mahu menyesal membelinya dan membazir di kemudian hari.

4. Jadi lebih organized

Ada kalanya kerja-kerja mengemas boleh menjadi terapi ketika emosi berkecamuk. Anda boleh susun pakaian dalam almari, masukkan bil dalam folder dan kemas ruang kediaman.

Apabila semuanya tersusun kemas dan nampak cantik, emosi pun semakin baik.

Kalau ada MP3 dalam komputer sendiri, cuba susun ikut lagu yang diminati. Itukan salah satu terapi.

5. Lakukan aktiviti yang meditative

Aktiviti berjalan paling bagus ketika fikiran tidak tenang. Sambil berjalan, anda dapat melihat pelbagai ragam orang yang lalu-lalang sehingga lupa masalah yang membelenggu.

Tidak pun, anda boleh memandu dan mengunjungi kawasan yang memberi ketenangan seperti taman ataupun tasik.

6. Amalkan minum air lemon bercampur madu

Rasa sitrus dalam lemon dapat memberi ketenangan pada minda dan merehatkan tubuh badan. Elak minum kopi ataupun teh kerana ia boleh meningkatkan lagi keresahan yang sedia ada.

7. Hindari bercakap dengan orang yang memberi impak negatif

Tidak semua orang akan faham dan menyokong anda. Kongsi masalah pada orang yang dapat membantu mengurangkan bebanan. Apabila anda berfikiran positif, inshaaAllah masalah dapat diselesaikan.

8. Baca Al-Quran

Emosi terganggu
Foto Kredit: redkami.blogspot.my

Jika anda seorang Islam, cuba bawa baca Al-Quran. Bacalah banyak-banyak sambil menelaah tafsirnya sekali.

Bak kata Neelofa semasa awal-awal berhijrah memakai tudung, dia buka Al-Quran secara random. Bila dia buka mukasurat, ternyata ayat itu menceritakan tentang dirinya pada masa itu.

Mungkin itu salah satu cara Allah mendidik kita saat emotional breakdown.

Ketahuilah,

Apa jua masalah, jika diatasi dengan tenang, pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuma, masa yang akan menentukannya.

Sabarlah.

Emosi terganggu
Foto Kredit: haberform.com

Jika ingin hidup lebih tenang sentiasa, dunia dan akhirat, cubalah hafal Al-Quran 30 Juzuk. Tidak lama, cuma 4 bulan sahaja!

Leave a Comment