5 Fakta Saintifik Tentang Sifat Anak Kedua Yang Suka Memberontak

“Kalau dibandingkan dengan si kakak, anak kedua kami Nurin memang suka memberontak. Pantang kita menegur, mesti nak tarik muka dan buat tindakan tak puas hati. Kenapa ya? Betulkah orang cakap sifat anak kedua memang begini?”

Sebenarnya anak kedua memang biasa dikaitkan dengan perangai suka memberontak atau ‘rebellious’.

Tapi, adakah ini satu kebetulan, sekadar stereotaip, atau ada sebab saintifik di sebaliknya?

sifat anak kedua
Foto Kredit: bambinostory.com

‘Second Child Syndrome’ Pengaruhi Sifat Anak Kedua

Terdapat kajian yang memfokuskan psikologi anak kedua dengan cara asuhan ibu bapa. Ia juga dikenali dengan meluas di barat sebagai sindrom anak kedua (‘second child syndrome’).

Sindrom anak kedua ini adalah keadaan di mana ibu bapa mungkin tidak begitu teruja atau meraikan anak kedua mereka sepertimana anak pertama.

Ia biasanya terjadi secara tidak sedar.

Ibu bapa biasanya tidak akan berasa terlalu risau jika anak lambat bercakap, lambat berjalan, atau demam kerana anda telah mempunyai pengalaman daripada anak pertama.

Kalau diikutkan, ia adalah suatu perkara yang normal, namun sebenarnya ia mempunyai impak terhadap personaliti dan sifat anak kedua.

sifat anak kedua
Foto Kredit: babble.com

5 Fakta Saintifik Tentang Sifat Anak Kedua. Kenapa Mereka Suka Memberontak?

1. Kadar Hormon Testosteron Makin Meningkat Apabila Dewasa

“Sifat anak kedua menunjukkan kecenderungan terhadap cabaran dan sifat berdikari lebih-lebih lagi apabila meningkat dewasa. Manakala dalam anak pertama, keinginan ini tidak menunjukkan banyak perubahan apabila semakin dewasa.”

Inilah hasil kajian yang didapati daripada para pengkaji menerusi laporan mereka di Daily Mail.

Menurut kajian tersebut, seramai 364 anak-anak bersama ibu bapa mereka telah ditemubual dan disuruh mencatatkan aktiviti mereka di luar kelas.

Selain itu, sampel air liur juga diambil untuk menilai tahap hormon testosteron yang terdapat di dalamnya. Ternyata anak kedua menunjukkan peningkatan hormon ini seiring dengan meningkatnya usia.

Hormon ‘kelelakian’ inilah yang mendorong mereka menjadi lebih lasak, berani dan suka menyahut cabaran.

sifat anak kedua
Foto Kredit: pgl.co.uk

2. Punya Pesaing Sejak Lahir

“Anak pertama lebih cenderung untuk menurut perintah manakala anak kedua dan seterusnya lebih cenderung mempunyai personaliti yang lebih suka berdikari. “

Ini adalah sebuah kajian oleh Jurnal Perkembangan Kanak-Kanak yang diterbitkan pada tahun 2009 oleh Wiley Online Library.

Mereka mungkin kelihatan kompetitif, hiperaktif, dan suka menarik perhatian dengan melakukan perkara-perkara yang boleh ‘memeningkan kepala’ ibu bapa.

Psychology Today ada membincangkan dalam sebuah artikel How Firstborns and Secondborns Compare menyatakan bahawa ‘mindset’ semulajadi anak kedua ini berbeza kerana mereka telah dilahirkan ke dunia dengan pesaing (iaitu abang atau kakak mereka).

sifat anak kedua
Foto Kredit: 19lou.com

3. Nilai Emosi Yang Sensitif

Umumnya, saintis menemukan bahawa sifat anak kedua ini juga mungkin berbeza berbanding anak pertama dari segi sensitiviti, lebih-lebih lagi apabila mereka dibandingkan.

Mereka akan mudah terasa, dan akan melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang anda minta atau jangkakan.

Berbanding anak sulung, mereka mempunyai sedikit masa untuk dibesarkan dengan kualiti tertentu sebelum kehadiran adiknya. Ini menjadikan anak pertama lebih mudah percayakan diri dan tidak mengharapkan perhatian.

sifat anak kedua
Foto Kredit: afineparent.com

4. Cenderung Mempercayai Rakan Berbanding Ibu Bapa

Menerusi laman web Parents.com, anak kedua menghadapi lebih kemungkinan untuk berasa terasing atau kurang istimewa di mata ibu bapa mereka.

Walaupun ibu bapa cuba untuk menidakkan tindakan berat sebelah, namun hakikatnya mereka perlu merasakan sendiri kasih sayang itu daripada ibu bapa.

Mereka juga lebih pandai bergaul dan kebanyakannya mudah mesra dengan orang ramai.

Oleh itu, tabiat ini mungkin juga menjadikan mereka cepat terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya.

sifat anak kedua
Foto Kredit: znn.fr

5. Minda Yang Mahir Memanipulasi

Antara sifat anak kedua yang menyerlah ada disebutkan dalam mirror.co.uk sebagai seseorang yang pandai memanipulasi.

Mereka mempunyai kemahiran berkomunikasi yang lebih cekap dan bijak dalam memanfaatkan peluang.

Maka tidak hairanlah mereka amat berjaya dan amat berbakat sebagai usahawan.

Ini juga ada benarnya, tengok sajalah antara contoh anak kedua yang berjaya (dan mungkin ada sedikit masalah disiplin) – Abraham Lincoln, Bill Gates, Donald Trump, Putera Harry, Britney Spears, JLo, dan Kim Kardashian.

sifat anak kedua
Putera Harry sering dibandingkan dengan Putera William yang nampak lebih ‘berjaya’ dan teratur hidupnya. / Foto Kredit: hellomagazine.com

Raikan Keunikan Setiap Anak

Ternyata setiap anak itu unik. Walaupun telah banyak teori dibincangkan tentang sifat anak kedua mahupun anak pertama dan sebagainya, namun mereka tetap memiliki kekuatan masing-masing.

Ibu bapa yang bijak sepatutnya dapat menghalakan kecenderungan emosi dan fizikal anak-anak ke arah yang baik.

Ini akan menjadikan anak-anak lebih memahami keunikan personaliti masing-masing sebagai suatu anugerah dan keistimewaan.

Jangan terlalu mengikut stereotaip!

 

Leave a Comment