9 Homestay Malaysia Yang Unik, Lain Dari Yang Lain!

Homestay Malaysia

Ramai orang keliru, apa sebenarnya definisi homestay? Menurut Wikipedia, homestay atau dipanggil inap desa ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya. Konsep inap desa dapat menambah pendapatan penduduk tempatan seperti orang kampung tradisional.

Di sinilah kekeliruan berlaku. Dengan menggunakan istilah ‘rumah orang awam‘, ramai yang menggunakan rumah di bandar besar atau kecil, dan memanggilnya homestay juga. Rumah teres, malahan rumah pangsa yang tidak didiami lagi dijadikan homestay untuk menambah pendapatan. Ia tidak salah, cuma tidak berapa unik, jika pengunjung mahukan lebih dari sekadar tempat tidur. Terasa bagaikan tumpang tidur di rumah seseorang, dan dikenakan bayaran.

Pelancongan luar bandar

Program homestay adalah salah satu strategi pelancongan di luar bandar. Ia melibatkan pelancong menginap, menjamu selera dan dihiburkan dengan acara tradisional dan aktiviti bersama penduduk kampung yang terlibat.

Di sini, kami senaraikan beberapa homestay Malaysia yang betul-betul terletak di kawasan kampung dan mempunyai ciri-ciri yang unik. Unik di sini bermaksud:

  • Homestay tersebut bukan sekadar rumah atau bilik semata-mata.
  • Mempunyai ruang yang luas dan lapang, dan mempunyai fasiliti lain. Bukan mahu kata bagaikan resort, cuma memadai.
  • Pihak homestay menyediakan aktiviti untuk pengunjung.
  • Dimana pengunjung boleh merasai suasana kampung yang sebenar-benarnya. Bukan sekadar tidur dan melepaskan lelah semata-mata, pengunjung boleh mengikut sekali melakukan aktiviti yang dilakukan oleh orang kampung.

1. Homestay Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor

Foto Kredit: http://jcheerios.blogspot.com/2013/03/3-days-and-2-nights-at-homestay-haji_15.html
Foto Kredit: http://jcheerios.blogspot.com/2013/03/3-days-and-2-nights-at-homestay-haji_15.html

Sebenarnya, ada banyak sangat homestay di Kampung Sungai Haji Dorani. Gambar di atas hanyalah satu contoh sahaja. Mahu lihat sawah bendang depan mata? Boleh pandu kereta, hanya 120 km sahaja dari Kuala Lumpur

Orang bandar tentu dengar bunyi enjin kereta di jalanan setiap hari. Bayangkan, bila berehat di sini, bangun pagi terdengar bunyi burung berkicau. Buka tingkat, nampak sawah menghijau. Ah, cukup mendamaikan!

Homestay Malaysia
Foto Kredit: kosmo.com.my

Membeli-belah di pekan Sungai Besar juga bakal buat isteri dan wanita kering poket. Bukan sahaja kuih dan kerepek yang murah-murah, banyak pilihan baju untuk kanak-kanak. Mewah juga dengan hasil laut di pasar.

Tempat Menarik di Selangor
Foto Kredit: homestayairmanis.com

Risau tentang nyamuk? Siap-siaplah beli ubat nyamuk sendiri kalau takut digigit  nyamuk.

Blog homestay JKKK menyenaraikan, antara tempat menarik yang boleh dilawati di Sabak Bernam ialah:

1. Kawasan Mini Estet Padi Kampong Sungai Haji Dorani.
2. Perusahaan membuat pelbagai jenis kerepek .
3. Perusahaan membuat keropok lekor .
4. Perusahaan membuat kuih tradisional dan bahulu.
5. Perusahaan / Kilang Nata De Coco dan minyak kelapa dara.
6. Perusahaan memproses kulit lembu.
7. Rumah tradisional dan ukiran.
8. Perusahaan membuat tapai.
9. Kilang padi / beras.
10. Tempat sejarah Lubok Pusing.
11. Masjid Jin.
12. Pusat Pemasaran Bio Asli ( Kosmetik dan ubatan ).
13. Pusat Pemulihan Akhlak Wanita .
14. Perusahaan minuman botol / oren.
15. Perusahan kuih muih ( frozen )
16. Institiut Latihan Dakwah Selangor ( ILDAS )
17. Mini Muzium Wak Surgi. 18. Muzium Pertanian dan Perikanan.
19. Balai cerap ( Pusat melihat anak bulan ). 20. Kawasan melihat kelip-kelip.
21. Kawasan memerhati burung enggang.
22. Pantai BNO.
23. Pasar Petang Sungai Haji Dorani ( setiap petang ).
24. Kebun mangga / mempelam ( mengikut musim )
25. Pangkalan Nelayan dan Pantai Sungai Haji Dorani

2. Homestay Limastiga, Umbai, Melaka

Limastiga tersenarai dalam entri tempat menarik di Malaysia yang kami tulis sedikit masa yang lalu. Walaupun bukan hotel dan beroperasi sebagai private homestay, ada juga yang memberikan 5 bintang untuk Limastiga.

limastiga-umbai-melaka-1

Sangat sesuai untuk reunion dan gathering untuk kawan-kawan lama dan keluarga. Kalau ingin makan malan, restoran makanan laut yang banyak terdapat di Umbai hanya terletak 2-3 minit sahaja dari sini.

Foto Kredit: LimasTiga
Foto Kredit: LimasTiga

Nak booking kena cepat, kerana selalunya hujung minggu tempat ini penuh!

Foto Kredit: LimasTiga
Foto Kredit: LimasTiga

*Nota: Atas sebab-sebab tertentu, pihak pengurusan LimasTiga menyediakan Private Vacation Villa ini untuk pengunjung Muslim sahaja. Sila hubungi pihak LimasTiga untuk maklumat lanjut.

Maklumat lanjut: limastiga.blogspot.com & facebook.com/Limastiga

3. Homestay Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka

Desa Balqis juga tersenarai dalam entri terdahulu berkenaan tempat menarik di Malaysia. Uniknya, setiap 10 rumah yang ada di sana diberikan nama seperti panggilan pada pakcik dan makcik kita. Ia termasuk Pak Long, Pak Ngah, Balqis, Mama Penghulu, Pakcik, Adik & Kakak, Nenek, Atuk , Pak Ndak.

desa-balqis-kuala-linggi-melaka-3
Foto Kredit: Desa Balqis

Asyik kerja, kerja, kerja sahaja. Kerja banyak mana, tidak akan habis. Apa kata pergi jauh dari hiruk-pikuk kotaraya dan singgah di sini. Antara kerinduan yang sudah lama kita tidak rasai ialah, apabila waktu Subuh pula dikejutkan oleh kokokan ayam. Menarik?

Rupanya, ramai orang yang dalam perjalan JB-KL atau KL-JB yang sengaja singgah ke sini. Cari ketenangan katanya!. Tidak kurang juga yang memilih Desa Balqis untuk family day. Jangan tidak percaya, ada yang sambut Hari Raya Aidilfitri di sini juga.

Foto Kredit: Desa Balqis
Foto Kredit: Desa Balqis

Jika ada anak kecil yang boring dan tidak tahu mahu buat apa, biarkan mereka berendam di kolam renang. Padang pun sangat luas, biarkan sahaja anak berlari-lari di sana tanpa risau. Macam zaman kita dulu-dulu!

Foto Kredit: Desa Balqis
Foto Kredit: Desa Balqis

Sungguh, suasana bagaikan kampung zaman dahulu, di tepi Selat Melaka. Silangkan kaki dan tarik nafas dalam-dalam. Bayangkan kita di zaman Portugis atau Belanda, sambil melihat kapal-kapal besar nun di seberang sana. Sungguh mendamaikan.

Maklumat lanjut: desabalqis.com & facebook.com/DesaBalqis

4. Homestay Felda Sungai Klah, Sungkai Perak

Homestay Malaysia
Foto Kredit: feldahomestay.com

Jika inginkan kelainan, boleh tinggal bersama peneroka Felda yang menyertai program ini. Usah risau, rumah Felda bukan rumah usang seperti dahulu. Ramai anak-anak mereka sudah berjaya.

Homestay Malaysia
Foto Kredit: maleisure.com

 

Antara tarikan yang tidak boleh dilepaskan di sini ialah melawati Felda Hotspring Park. Selain main air, jangan lupa lepaskan peluang merebus telur dengan air panas di sini.

Maklumat lanjut: feldahomestay.com/our-homestay/felda-sg-klah/

 

5. Homestay D’ Kampung, Beseri, Perlis

Homestay Malaysia
Foto Kredit: http://anjasukma.blogspot.com/2013/06/homestay-d-kampung.html

Blog anjasukma menyenaraikan senarai penduduk kampung yang menyertai homestay D’ Kampung ini. Ujarnya lagi, jika sukakan suasana kampung atau ingin merasai sendiri pengalaman di kampung, semuanya ada di sini.

Realisasikan percutian anda di Rangkaian Homestay D’ Kampung yang cukup menarik. Terdiri dari beberapa buah homestay yang berdekatan di antara satu sama lain, mempunyai ciri-ciri dan rekabentuk tradisional, moden dan kombinasi kedua-duanya sekali.  Dibina di suatu kawasan yang luas dengan kawasan persekitaran yang menghijau , bagaikan anda berada di suatu perkampungan yang cukup indah.

Tidak rugi menginap di sini kerana lokasinya yang berdekatan dengan Tasik Melati, Gua Kelam, Taman Herba, Taman Ular, Ladang mempelam, Padang Besar dan Wang Kelian yang bersebelahan dengan Pusat Pertanian Agro Bukit Temiang.

6. Homestay Al-Hambra, Beseri, Perlis

Homestay Malaysia
Foto Kredit: http://anjasukma.blogspot.com/2013/06/homestay-al-hambra.html

Lagi dari blog anjasukma, homestay ini adalah inspirasi dari Bali, Indonesia. Dikatakan, pekerjanya juga dibawa dari sana. Jika mahu ke Langkawi atau Padang Besar, boleh singgah menginap di sini sehari.

Homestay ini juga bersebelahan dengan masjid dan berdekatan dengan kedai makan. Mudah untuk mengisi perut dan menunaikan solat.

7. Homestay Borneo Benuk, Kuching, Sarawak

Homestay Malaysia
Foto Kredit: kujie2.com

Biasanya, kita cuma lihat rumah panjang dalam buku teks sekolah. Jarang yang ada pengalaman pergi melihat rumah panjang secara dekat. Kali ini, apa kata ajak satu keluarga menginap di rumah panjang kaum Bidayuh ini pula.

Menikmati angin segar dan bunyi-bunyi unggas akan buat kita rasa kedamaian. Blogger kujie2 telah menulis panjang lebar tentang pengalaman beliau bercuti di homestay ini bersama keluarga. Siap masak ayam pansuh lagi.

Banyak sangat aktiviti yang disediakan di sini. Jangan lupa singgah Panggah, iaitu dewan pahlawan yang menjadi tempat simpan tengkorak musuh!

Maklumat lanjut: borneobenukhomestay.com

8. Jojo Rakit, Kota Tinggi, Johor

Homestay Malaysia
Foto Kredit: ibuayahdamia.blogspot.com

Pernah tidur atas rakit? Jika belum, apa kata lawati Jojo Rakit. Perjalanan ke sini cuma mengambil masa 25 minit dari Bandar Kota Tinggi.

Homestay Malaysia
Foto Kredit: ibuayahdamia.blogspot.com

Blogger Zamzarina dari ibuayahdamia.blogspot.com berkongsi banyak gambar menarik ketika berada di sana. Mula-mula beliau ingatkan kawasan ini kotor, busuk dan tidak selesa. Rupa-rupanya, sangkaan beliau meleset.

Waktu malam, siap boleh BBQ lagi. Jika memancing waktu malam, suasana juga sunyi sepi. Sungguh mendamaikan. Jika anda pemancing tegar, potensi ikan di sini ialah:

  • Gelama
  • Tanda
  • Bolos
  • Kerapu
  • Pari/Tuka
  • Mayung
  • Sembilang
  • Duri
  • Bayan

9. Bob’s Homestay, Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Johor

Homestay Malaysia
Foto Kredit: josheen.net

Terletak di tepi sungai Kampung Johor Lama, pengunjung bakal dipukau dengan keindahan alam semulajadi. Kehijauan di mana-mana. Tempat juga terjaga.

Homestay Malaysia
Foto Kredit: picisan-kuliketip.blogspot.com

Aktiviti memancing itu memang wajib. Lebih-lebih lagi pengalaman memancing di kelong. Kalau mahu tahu, di sini juga boleh dapatkan pengalaman menangkap belangkas. Bukan tangkap sahaja, boleh dimasak dan dimakan juga!

Antara aktiviti tambahan ialah menaiki bot, berkayak dan berbasikal.

Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/pages/Bobs-Homestay/336315441092

Akhir kata

Kenapa perlu ke luar negara, sedangkan negara kita ada banyak sangat tempat menarik. Homestay Malaysia sebenarnya bakal memberikan satu pengalaman baru. Bagi yang tinggal di kota, manfaatkanlah masa cuti untuk lari dari hiruk pikuk bandar.

8 thoughts on “9 Homestay Malaysia Yang Unik, Lain Dari Yang Lain!”

  1. Saya suggest satu lagi homestay yang menarik..

    D’Kebun Homestay yang terletak di Tronoh/Seri Iskandar, Perak.
    Terletak di dalam kawasan kebun buah, pemandangan tasik & mempunyai mini zoo spt arnab, ayam, itik, angsa, burung, kucing & kolam ikan dan boleh juga bersampan atau memancing ikan jika kelapangan. Berdekatan dengan Uitm Seri Iskandar & UTP Tronoh.
    Memang kawasan yang cantik & owner homestay juga peramah. 🙂

    Reply

Leave a Comment