Jika Bayi Tercekik – Apa Perlu Buat?

Pernah berlaku atau tidak, dimana anak kita terkecik makanan seperti bebola ikan, tulang, susu, anggur, bubur bahkan biji rambutan? Mungkin juga bukan makanan, tetapi yang lebih berbahaya seperti duit syiling dan skru?

Satu video di Facebook telah dikongsikan oleh Dr Noor Azizah Tahir, seorang Doktor Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Dr Azizah.

Beliau berkongsi video cara untuk menyelamatkan nyawa bayi lemas akibat tercekik. Mengimbau kisah lama, 19 tahun yang lalu anak kandung beliau sendiri tercekik duit syiling satu sen yang dijumpainya dibawah permaidani semasa merangkak di rumah kenalan.

Beliau teringat, teknik inilah yang menyelamatkan anaknya. Selepas pukulan ketiga, duit syiling itu keluar dari mulut. Sekarang, bayi itu ada di cover photo Facebook beliau, sambil tersengih hensem!

Berikut caption tulisan beliau tanpa edit:

* VIDEO 2 minit YG MUNGKIN MYELAMATKN BAYI Anda!”

CARA untuk MENYELAMATkan NYAWA bayi lemas TERCEKIK!

19 tahun yang lalu anak saya sendiri tercekik duit syiling satu sen yang dijumpainya dibawah karpet semasa merangkak di rumah kenalan saya.
SKILL ini menyelamatkannya! saya “smack/pukul blkg” dadanya . dan selepas pukulan yang ketiga…”PLUP! keluar duit syiling tu”

alhamdulilLah, skrg bayi tu ada kat gambar cover foto fb saya! tersengih hensem!

 

INGAT ! ketuk 5 blkg periksa mulut, tekan 5 hdpn periksa mulut, ulang tiga cycle, jerit panggil bantuan, ulang 5 blkg 5 depan sampai bayi lega /bantuan dtg..

MAKE SURE BIBIK anda juga tgok VIDEO ni! Queen’s English laa tapi…

* credit British First Aid
#firstaid
#anaksakit
#lemas

 

 

Leave a Comment