Inilah Yang Terjadi Bila Kembar Bersua Muka Buat Pertama Kali

Ini video yang benar-benar menunjukkan betapa kuat ikatan persaudaraan kembar. Sebaik sahaja bayi ini dilahirkan dia menangis ketakutan, mencari di manakah gerangan adiknya.

Kembar bersua muka
Foto Kredit: Screengrab YouTube

Lantas, apabila jururawat akhirnya meletakkan mereka bersama-sama, dengan serta-merta mereka berhenti menangis. Ayah mereka bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Ini adalah video yang luar biasa!

Sama-sama kita tonton video anak kembar ini:

Kembar Bersua Muka

Anak kembar mempunyai bonding yang sangat kuat antara satu sama lain. Ramai yang mengatakan bahawa si kembar bukan sahaja berkomunikasi dengan percakapan, tetapi berkomunikasi dengan minda.

Ada sesiapa kembar di sini yang boleh sahkan perkara ini?

 

Leave a Comment