Viral Satu Dunia, Apa Istimewanya Anak Patung Mainan Ini?

Kadangkala, kita tak pernah terfikir akan kesusahan atau keunikan seseorang yang tidak dikurniai anggota dan tubuh badan normal seperti manusia biasa. Malah, tanpa disedari, kita semakin mengetepikan tanggungjawab sosial kita dalam menjadi lebih peka terhadap keperluan mereka.

‘Anak Patung OKU’ Punyai Ciri Istimewa

Tercetus oleh idea yang diperjuangkan oleh kempen ‘Toy Like Me’, pencipta mainan dan anak patung dari British, Makies, telah mengambil inisiatif memasarkan permainan patung berkelainan upaya yang direka khas berdasarkan kecacatan anak mereka.

Kempen ‘Toy Like Me’ menggalakkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kelainan upaya untuk mengubahsuai permainan dan anak patung sedia ada mengikut kecacatan anggota pada anak mereka.

Tujuan utama pengubahsuaian tersebut adalah supaya anak-anak ini dapat menerima kelainan yang dialami oleh diri mereka sebagai sesuatu yang istimewa dan positif.

 

Antara permainan anak patung yang diubahsuai oleh 'Toy Like Me' Foto Kredit: guardian.com
Antara permainan anak patung yang diubahsuai oleh ‘Toy Like Me’
/ Foto Kredit: theguardian.com

Kempen #toylikeme Viral Di Internet

Sejak kempen tersebut dilancarkan, #toylikeme menjadi viral di internet. Ramai yang tersentuh apabila ibu bapa mula memuatnaik gambar permainan anak mereka yang telah diubahsuai oleh mereka.

Anak mereka pula dikatakan sangat geembira dan kelihatan lebih bersemangat apabila mendapat anak patung yang direka khas seperti mereka. Seperti kawan baik, seolah-olah anak patung itu dapat turut berkongsi rasa dan kesusahan yang dialami oleh anak istimewa ini.

Lagi gambar yang dimuatnaik oleh ibu bapa Foto Kredit: brightside.com
Lagi gambar yang dimuatnaik oleh ibu bapa / Foto Kredit: brightside.com

Kempen tersebut mensasarkan beberapa pengeluar jenama mainan terkemuka seperti Lego, untuk turut serta dalam usaha mengeluarkan versi anak patung OKU bagi menyokong perjuangan mereka.

Selain daripada anak patung yang dijual di pasaran, Makies juga menerima tempahan dari semasa ke semasa untuk memenuhi permintaan ibu bapa dari seluruh dunia.

Foto Kredit: Laman Twitter @Scope
Foto Kredit: Laman Twitter @Scope

 

Setiap Anak Adalah Istimewa!

Syarikat Makies dan ‘Toy Like Me’ berharap usaha mereka akan melenyapkan stigma masyarakat yang mengamalkan ‘double standard’ kepada anak-anak kelainan upaya. Kempen ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada anak-anak tersebut berasa lebih yakin, tidak terasing, serta diterima dalam masyarakat.

Syukurlah kerana masih ada pihak yang sangat mengambil berat dan bekerja keras untuk memastikan setiap anak membesar sebagai kanak-kanak yang riang! Semoga banyak lagi mainan sebegini akan turut dipasarkan di Malaysia tak lama lagi.

 

Leave a Comment