Loyanya! Bolehkah ‘Skip’ Minum Air Gula Kalau Kehamilan Tak Bermasalah?

“Aduhai…. Bau pun dah pelik semacam, macamanalah nak habiskan minum air gula ni sampai secawan. Kembang tekak dibuatnya. Kenapa ya kena minum air gula semasa hamil? Kalau ‘skip’ ujian air gula ni tak bolehkah?”

Bergantung pada keadaan.

Namun, ada klinik yang menjadikan ujian minum air gula sebagai prosedur yang wajib untuk menyaring bakal ibu yang berpotensi menghidap diabetes atau kencing manis semasa mengandung.

Foto kredit: homeremediesforthrushinadults.com
Foto kredit: homeremediesforthrushinadults.com

Ujian Ketahanan Glukosa

Ujian ketahanan glukosa atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) atau minum air gula semasa hamil adalah satu prosedur untuk mengesan diabetes gestasi yang boleh dihidapi oleh wanita mengandung.

Ia dipraktikkan di hampir semua klinik dan ada yang mewajibkan saringan ini untuk mengelakkan risiko atau masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

Foto Kredit: azlinism.blogspot.com
Foto Kredit: azlinism.blogspot.com

Siapa Yang Perlu Minum Air Gula Semasa Hamil?

Menurut Dr Zubaidi dan beberapa lagi sumber, ada syarat-syarat yang menyebabkan seseorang itu lebih berisiko untuk terkena diabetes semasa hamil.

Inilah golongan yang ditekankan untuk minum air gula semasa hamil. Tetapi, bagi mereka yang tidak memiliki ciri ini, masih digalakkan menjalani ujian ini untuk mencegah diabetes pada peringkat awal.

1. Wanita yang tergolong dalam kategori obese (BMI lebih dari 30)

2. Wanita yang pernah hamil anak yang besar ketika dilahirkan (mempunyai berat 4kg ketika dilahirkan)

3. Wanita yang pernah hamil dan mengalami kencing manis

4. Wanita yang mempunyai ibubapa atau saudara terdekat (adik beradik) yang mengalami kencing manis

5. Wanita yang berumur 25 tahun ke atas

6. Mempunyai sejarah keguguran atau bayi yang meninggal dalam kandungan

10 Peranan Suami Ketika Isteri Hamil. Mengandung Itu Indah!
Foto Kredit: huffingtonpost.com

Prosedur Minum Air Gula Semasa Hamil

Untuk menjalani ujian ini, doktor atau pegawai perubatan akan berpesan terlebih dahulu supaya anda berpuasa pada malam hari sebelum datang ke klinik keesokan harinya.

Kemudian, anda akan diberi segelas air gula untuk diminum.

Air gula ini memanglah tidak sesedap air sirap atau jus buah-buahan, tetapi ia perlu dihabiskan.

Kini klinik telahpun membubuh sedikit perasa seperti anggur, oren atau cola supaya anda lebih mudah menelannya. (Kalau dulu langsung tiada rasa – hanya gula semata-mata!)

Untuk memudahkan, tutup hidup anda dan tutupkan mata semasa meminumnya. Telan secepat yang mungkin tanpa membiarkan air gula berkumpul di dalam mulut. Ini akan mengurangkan rangsangan lidah untuk merasanya.

Setelah habis diminum, sampel darah anda akan diambil pada julat masa yang tetap (biasanya sejam sekali) dalam masa 3 jam berikutnya.

Oleh itu, pastikan anda membawa sesuatu untuk dilakukan untuk mengelakkan daripada kebosanan.

minum air gula semasa hamil
Foto Kredit: expertbeacon.com

Risiko Kencing Manis Ketika Hamil

Terdapat kes di mana ibu hamil masih boleh menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ini walaupun tiada seorang pun dalam ahli keluarganya penghidap kencing manis.

Ini kerana, sewaktu mengandung badan wanita perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi. Apabila badan kita tidak dapat menyaingi perkembangan ini, maka terjadilah diabetes gestasi.

Menurut BabyCenter Malaysia, sekitar 2-14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi.

Dalam kebanyakan kes, cara terbaik untuk mengawal penyakit ini ialah dengan diet yang sihat dan bersenam.

Daripada jumlah tersebut, terdapat kira-kira 10-20 peratus kes, wanita yang menghidapnya semasa hamil ini terpaksa menyuntik diri mereka dengan insulin untuk mengawal penyakit ini.

Apa Kebaikan Senaman Ibu Mengandung, Selain Mudah Bersalin?
Foto Kredit: pregnancymagz.com

Kesan Kencing Manis Terhadap Kehamilan

Kesannya kencing manis atau diabetes gstasi terhadap kehamilan & kelahiran bayi adalah seperti berikut:

1. Saiz bayi terlalu besar

Akibat daripada ini, lebihan gula yang tidak dapat diproses boleh menyebabkan badan bayi lebih besar daripada yang sepatutnya, terutamanya pada bahagian bahu, dada dan abdomen. Keadaan ini dikenali sebagai ‘makrosomia’. Bayi yang terlalu besar sukar untuk dilahirkan secara normal dan anda berkemungkinan besar terpaksa melahirkan secara pembedahan caesarean.

2. Kematian bayi dalam kandungan

Merujuk Dr Izzat melalui mmgazzette.com, risiko kematian bayi di dalam rahim secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.

3. Masalah kesihatan pada bayi baru lahir

Selain itu, bayi yang selamat dilahirkan mungkin mempunyai paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.

4. Risiko obesiti apabila bayi meningkat usia

Ternyata, kajian menunjukkan bahawa bukan bayi baru lahir saja boleh terkesan. Malah anak ini berisiko menghidap kencing manis serta masalah kegemukan apabila meningkat dewasa kelak.

minum ar gula semasa hamil
Foto Kredit: metro.co.uk

Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat

Pengesanan awal dapat menjadikan seseorang lebih berjaga-jaga dalam mengekalkan kesihatan yang ideal.

Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko daripada komplikasi semasa bersalin kerana sentiasa berada di bawah pemantauan doktor dan jururawat.

Oleh itu, janganlah mengeluh jika terpaksa minum air gula semasa hamil. Tutup mata dan telan saja.

Jangan dilambat-lambatkan kerana ia akan menjadikan anda lebih loya.

Semua ini adalah untuk kebaikan anda dan juga bayi, supaya sebarang masalah semasa kelahiran dapat diminimakan.

Leave a Comment