Ini 5 Kereta Terbaik Untuk Keluarga Bagi Tahun 2015

Jika anda sedang tercari-cari sebuah kereta, pasti anda akan pening kepala memikirkannya. Terlalu banyak pilihan yang ada di pasaran ketika ini dan beberapa model baru yang bakal muncul di pasaran.

Ada yang membeli kereta berdasarkan status, ada yang disebabkan praktikalitinya dan ada juga yang beli hanya kerana hendak pergi dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bagi mereka yang telah berkeluarga, antara ciri-ciri yang perlu ada adalah:

a) Ruang yang selesa untuk memuatkan seluruh isi keluarga. Senang untuk anak kecil pergi ke depan dan ke belakang. Dia tidak akan bosan duduk setempat.

b) Faktor keselamatan dan keselesaan penumpang. Bukan sahaja kita rasa selamat bawa anak-anak dan keluarga, mereka juga akan rasa lebih selesa.

 

Kereta terbaik untuk keluarga

Anda bolehlah pilih salah satu daripada 5 kereta terbaik untuk keluarga tahun 2015 berikut.

 

1. Proton Exora (RM 60,000)

Kereta terbaik untuk keluarga
Foto Kredit: carsguide.com.au

Ini adalah yang paling murah dan berpatutan.

Dengan harga serendah RM60,000, anda boleh dapatkan Proton Exora buatan Malaysia yang boleh memuatkan seramai tujuh orang bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. MPV Kompak yang mempunyai enjin 1.6 liter ini mempunyai harga yang amat berpatutan tanpa mengabaikan ciri-ciri keselamatan dan mempunyai lima variasi warna yang menarik.

2. Nissan Teana (RM 139,800)

Kereta terbaik untuk keluarga
Foto Kredit: geartinggi.com

Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga seramai lima orang, Nissan Teana merupakan kereta segmen-D yang amat sesuai bagi keluarga yang inginkan keterampilan menarik dan eksekutif.

Dengan harga bermula dari RM139,800 di atas jalanraya, ia mempunyai teknologi Xtronic CVT yang memberikan kuasa dan pecutan yang diingini serta menjimatkan minyak. Terdapat lima warna yang menarik iaitu Biru, Perak, Hitam, Emas dan Putih dan ia mempunyai jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer, yang mana dulu.

2. Audi A3 (RM 179,900)

Kereta terbaik untuk keluarga
Foto Kredit: paultan.org

Kereta sedan buatan Jerman ini mempunyai garisan kontur yang dinamik dan moden yang menunjukkan seolah-olah seperti seorang pengangkat berat yang berotot.

Kereta Audi A3 yang bergaya ini boleh dimiliki pada harga serendah RM179,900. Dengan enjin berkuasa turbo, ia mempunyai daya pecutan yang amat mengagumkan di samping memberi keselesaan kepada semua penumpang.

4. Toyota Alphard (RM 338,000)

Kereta terbaik untuk keluarga
Foto Kredit: okemobil.net

Jika sebelum ini anda perlu membeli dari orang ketiga untuk mendapatkan Toyota Alphard, kini UMW Toyota selaku pengedar sah di Malaysia akan mengimport untuk anda terus dari Jepun.

Bayangkan anda sedang membawa penumpang yang ramai tetapi anda dapat rasakan seperti sedang memandu sebuah kereta sport yang sangat responsif dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terbaik.

Harga bermula dari RM338,000 dan jika anda seorang yang berkemampuan, Toyota Alphard adalah sebuah Premium MPV dan merupakan di antara 5 kereta terbaik untuk keluarga tahun 2015.

5. Range Rover Sport (RM 859,888)

Kereta terbaik untuk keluarga
Foto Kredit: kensomuse.com

Sekiranya wang bukanlah penghalang dan anda inginkan yang terbaik untuk keluarga anda, Range Rover Sport merupakan di antara 5 kereta terbaik untuk keluarga tahun 2015 yang anda perlu pandu uji sendiri untuk mengetahui kehebatannya.

Kata-kata tidak dapat gambarkan betapa sedap dan lajunya kereta SUV Premium yang juga kelihatan begitu cantik sekali. Anda dan keluarga pasti berasa begitu selesa dengan dalaman yang mewah yang turut boleh memuatkan tujuh orang di dalamnya.

Harga bermula dari RM859,888 dan merupakan pilihan terbaik di antara 5 kereta terbaik untuk keluarga tahun 2015.

 

Akhir kata

 

Semoga senarai ini serba-sedikit membantu bagi sesiapa yang sedang window-shopping untuk kereta baru. Apa-apapun, berbelanjalah ikut kemampuan!

1 thought on “Ini 5 Kereta Terbaik Untuk Keluarga Bagi Tahun 2015”

Leave a Comment