8 Perkara Yang Berlaku Dalam Tubuh Wanita Hamil Bila Makan Kurma

Tenaga: 282 Kcal

Protein: 2.5g

Serat: 8g

Lemak:0.4g

Folate: 19 mu gs

Zat besi: 1.09mg

Vitamin K: 2.7 mu g

Magnesium: 43mg

Potassium: 656mg

Di atas adalah kandungan vitamin dan mineral dalam sebiji kurma.

Ramai wanita hamil was-was untuk makan kurma kerana rasanya manis selain takut diserang penyakit kencing manis.

Tahukah kurma adalah sumber terbaik untuk wanita hamil dan bayi dalam kandungan kerana kaya dengan protein, vitamin serta rendah lemak. Selain itu, kurma adalah makanan tinggi serat yang memudahkan sistem pencernaan pada wanita hamil. Kandungan gulanya adalah semula jadi dan tidak membahayakan.

Malah, banyak kelebihannya jika seorang wanita hamil mengamalkan makan kurma sehinggalah melahirkan dan menyusukan anak. Dalam Al-Quran juga ada menyebutkan tentang anjuran makan kurma untuk memudahkan proses bersalin dalam Surah Maryam.

makan kurma
Foto Kredit: stayfitandfine.com

8 Khasiat Makan Kurma Untuk Wanita Hamil

1. Gula: memberi tenaga

Waktu hamil, wanita mudah terasa letih. Gula di dalam kurma membekalkan tenaga yang diperlukan.

2. Protein: menyokong perubahan badan

Apabila perut semakin membesar, asid amino dalam protein akan menyokong sebarang perubahan tubuh termasuk regangan kulit.

3. Serat: mengatasi masalah sembelit

Kurma membantu sistem pencernaan dan ini dapat mengelakkan berlakunya sembelit. Serat dalam kurma juga mengurangkan paras kolesterol.

4. Asid folik: membantu pembentukan sel baru

Kehadiran asid folik dalam badan membantu pembentukan sel yang sempurna perlu untuk pembesaran janin dalam kandungan.

makan kurma
Buat ‘smoothie’  pun sedap! / Foto Kredit: blog.foodnetwork.com

5. Vitamin K: Atasi darah beku

Kekurangan vitamin K boleh menyebabkan bayi mengalami masalah darah beku yang boleh membawa maut.

6. Zat besi: Menguatkan imuniti bayi

Bersama molekul globin, zat besi memudahkan oksigen sampai ke sel-sel badan sekali gus mengelakkan masalah anemia pada bayi

7. Potassium: Menstabilkan tekanan darah

Selain mengawal tekanan darah, potassium juga menstabilkan fungsi hati dan saluran pencernaan. Kekurangan potassium boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian.

8. Magnesium: Mengawal pembentukan gigi dan tulang

Ia menyalurkan ion kalsium dan potassium kepada membran sel. Kekurangan magnesium boleh menjejaskan tekanan darah, hati dan buah pinggang.

makan kurma
Foto Kredit: on.aol..com

Pelbagaikan Cara Menikmati Buah Kurma!

Kalau ada yang tak berapa minat dengan rasa buah kurma, kombinasikan kurma dengan beberapa buah-buahan yang anda suka seperti pisang. Kemudian, kisarkan bersama ais dan campurkan sedikit susu. Wah. sedapnya ‘smoothie’ kurma! Ia juga sedap kalau ditambah pada bijirin sarapan seperti oat. Banyak lagi cara anda boleh gunakan kurma dalam masakan mahupun pencuci mulut.

Yang pastinya, buah kurma patut dijadikan amalan dan bukanlah sekadar diambil sewaktu bulan puasa sahaja. Segala khasiat yang terkandung dalamnya menjadikan buah ini turut sesuai dimakan oleh semua peringkat umur, daripada bayi sehinggalah yang lanjut usianya.

Leave a Comment