6 Tips 'Recycle' Koleksi Duit Syiling Luar Negara

Sudah rezeki saya setiap kali travel ke luar negara, ada saja sahabat yang kebetulan sedang melanjutkan pelajaran di negara tersebut dengan rela hati menjadi tour guide. Memang seronok berjalan dan membeli-belah dengan mereka memandangkan saya agak kurang arif dalam bab penggunaan wang negara asing. Jika melibatkan wang kertas, tiada masalah. Tapi, apabila melibatkan duit syiling, memang saya fail!

Pun begitu, stok duit syiling negara asing agak banyak juga dalam simpanan sebab tak sedar ada yang terselit dalam poket, luggage dan wallet. Lupa nak belanjakan pun ada, sehingga lama-lama makin bertimbun. Buatkan berat sahaja dalam tabung. Kalau boleh tukar di kaunter pertukaran asing, best la jugak. Tapi, tak ada yang nak beli pun.

Duit syiling luar negara

Kalau ada banyak, habis, takkan nak buang?

Apa kata anda cuba cara ini.

1. Jual online

Tahukah anda boleh menjual semula duit syiling itu melalui online. Sebab anda tidak tahu mungkin ada collector yang memang mencari-cari duit syiling negara asing.

Jika anda pandai tawar-menawar, mungkin nasib menyebelahi anda dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi dari kadar sebenar.

Boleh cuba jual di Mudah.my.

2. Jadikan hadiah

Tidak semua orang berpeluang mengembara kerana kekangan masa dan kewangan. Jadi, berikannya sebagai hadiah agar rakan anda bersemangat dan teruja untuk ke negara itu satu hari nanti.

3. Sedekahkan pada badan kebajikan

UNICEF misalnya menerima sumbangan dalam bentuk tukaran mata wang asing. Besar pahala bersedekah untuk yang memerlukan.

4. Beri pada rakan yang bakal melawat negara itu

Sedikit sebanyak membantu mereka mengguna duit kecil apabila perlu seperti membayar tambang teksi atau bas. Jika anda mahir dengan penggunaannya, bolehlah diajarkan kepada mereka supaya mudah untuk membuat transaksi nanti.

Yang paling bagus, kalau ada duit syiling berserta duit kertas Arab Saudi, berikan kepada sesiapa yang bakal mengerjakan umrah. Banyak pahala!

5. Jadikan aksesori hiasan

Jadi kreatif dengan menampal duit syiling pada pasu bunga ataupun botol lut sinar kemudian letak di atas meja ataupun tepi tingkap. Setiap kali anda memandangnya, pasti akan terimbas semua kenangan di negara orang.

6. Transform kepada perhiasan diri

Bagi yang meminati perhiasan diri yang unik dan lain dari lain, bolehlah mencuba cara ini. Buat lubang di bahagian tengah duit syiling. Anda boleh jadikan ia rantai loket, rantai mahupun gelang tangan. Rare kan!

Sebaiknya, cuba elak mendapat duit syiling ketika berada di luar negara dengan:

Duit syiling luar negara
Foto Kredit: wikispaces.com

1. Setiap kali membayar dengan duit not, beritahu cashier yang anda prefer tukaran duit kertas juga berbanding syiling.
2. Sebelum check-out hotel, bolehlah diberikan semua syiling pada staf hotel sebagai tip.
3. Sediakan bekas tiub yang boleh memuatkan duit syiling. Masukkan duit syiling ke dalamnya setiap kali anda menerimanya. Jadi anda dapat mengelakkan duit syiling terselit dalam beg seperti yang saya lakukan!
4. Belanjakan semua duit syiling ketika berada di airport. Anda boleh beli air tin, gula-gula dan coklat di vending machine yang disediakan dalam airport.

Hasilnya, tiada lagi timbunan duit syiling yang menyesakkan pandangan mata. Selamat mencuba!

Leave a Comment