8 Kesilapan Semasa Memilih Kombinasi Warna Untuk Rumah Anda

“Abang, untuk apartmen baru kita nanti, apa kata kita pilih warna putih. Ayang suka perabot warna putih, nampak moden dan elegan. Ada ciri-ciri Inggeris klasik bila guna perabot macam tu. Lepas tu, dinding pun kita guna putih. Sebab kalau semua putih, memang sesuai. Barulah gabungan warna cat rumah cantik dengan perabot.”

“Aduh, boringlah. Semua putih. Nanti kalau tumpah air sirap tak ke haru? Cubalah guna warna kombinasi sikit. Barulah menyerlah.”

Memang pening nak pilih warna tema untuk rumah. Takut ‘over’ sangat, takut ‘tenggelam’ sangat. Tak ramai sebenarnya yang dapat memadankan warna perabot dengan warna cat rumah yang cantik.

Ini antara kesilapan biasa yang boleh anda elakkan.

cara hias rumah
Walaupun ada warna tema, anda boleh pilih beberapa tona untuk memberi kepelbagaian. / Foto Kredit: uredjenje-doma.com

8 Kesilapan Semasa Memilih Kombinasi Warna Untuk Rumah Anda

Ada 8 common mistake yang dilakukan dalam pemilihan warna cat cantik dengan perabot yang sesuai. Kalau boleh, cuba jauhi.

Ini kerana, warna cat rumah cantik tidak semestinya cukup untuk digayakan dengan apa-apa jenis perabot.

1. Warna cat rumah cantik, tapi terlalu selamat

Putih melambangkan bersih dan suci. Ramai yang memilih warna ini dalam apa jua jenis kediaman kerana ia warna ‘safe’. Lebih tepat, warna putih sesuai digandingkan dengan pelbagai jenis dan reka bentuk perabot mahupun soft furniture.

Namun tahukah anda penggunaan warna putih pada dinding, perabot dan soft furniture seperti langsir, sarung bantal, permaidani dan koleksi aksesori deko adalah common mistake yang biasa dilakukan?

Ini adalah kerana dalam ruang yang kecil, serba putih memberi suasana yang boring dan dull. Seharusnya, jika dinding berwarna putih, serikan suasana dengan menggabungkan warna-warna ceria pada soft furniture.

warna cat rumah cantik
Warna putih tak salah, tabi gabungkan dengan sedikit warna kontra supaya nampak ‘hidup’. Foto Kredit: homify.nl

2. Gandingan tidak sesuai di zon warna

Zon warna dilakukan sebagai pemisah ruang misalnya rona hijau untuk ruang tamu dan merah untuk ruang makan.

Namun bagi ruang kecil, gandingan warna antara satu ruang dengan ruang yang lain haruslah sesuai. Jika salah gandingan warna, ruang kecil akan nampak padat dan sempit.

warna cat rumah cantik
Gabungan 2 warna masih boleh disesuaikan jika ia dirancang dengan baik. / Foto Kredit: pinterest.com

3. Pencahayaan kurang berseri

Pemilihan warna yang sesuai perlu diambil kira sewaktu pencahayaan di waktu malam.

Ada warna yang menambah suasana suram dalam kediaman meskipun diterangi dengan pencahayaan lampu.

Foto Kredit: de-paris-saint-tropez
Lampu yang kreatif juga dapat mencerahkan suasana serta menjadi penyeri ruang tamu. / Foto Kredit: de-paris-saint-tropez

4. Warna lantai diabaikan

Biasanya orang lebih fokus pada pemilihan warna cat dan perabot. Tapi tahukah, warna lantai turut mempengaruhi visual dan keseluruhan suasana dalam bilik?

Pastikan warna lantai hampir sama dengan warna bilik. Jika penggunaan warna yang salah, boleh mempengaruhi ketenangan ruang berkenaan.

Foto Kredit: architecturaldigest.com
Corak lantai yang berani tetapi memberi kesan yang sangat ‘awesome’ . / Foto Kredit: architecturaldigest.com

5. Terlalu banyak warna dalam satu ruang

Tidak salah jika anda ingin gandingkan pelbagai warna dalam satu ruang namun elakkan guna proportion yang sama.

Pilih satu warna utama dan gunakannya kira-kira 60 peratus dalam ruang. Kemudian tambahkan satu warna, dan gunakannya kira-kira 30 peratus. Pilih warna terakhir dan gunakannya sehingga 10 peratus.

Foto Kredit: livspace.com
Foto Kredit: livspace.com

6. Gandingan warna kontra yang tidak sepadan

Bukan semua berani bermain dengan warna kontra kerana salah gandingannya, ia memberi suasana yang janggal dan tidak selesa.

Sebab itu harus kreatif dalam membuat suai padan apabila mengguna warna-warna kontra agar tidak berlebihan.

Foto Kredit: thepublications-ol.com
Gabungan dua warna yang kurang memberi impak. / Foto Kredit: thepublications-ol.com

7. Warna terlalu gelap

Satu warna satu ruang! Elak pilih satu warna untuk satu ruang sehingga soft furniture dan hiasan dalaman juga dari rona sama.

Ia akan menyebabkan ruang nampak gelap. Jika ingin juga menggunanya, pastikan memilih warna ton dari gelap ke lembut.

Foto Kredit: pennyroach.com
Warna merah pada kusyen sedikit sebanyak membantu ‘menaikkan’ warna yang agak suram. / Foto Kredit: pennyroach.com

8. Penggunaan warna terang yang berlebihan

Tidak salah jika ingin guna warna ceria dan terang dalam kediaman tapi pastikan ia diguna secara moderate.

Terlalu banyak warna terang misalnya warna merah boleh menjadikan seseorang itu agresif.

Manakala, warna-warna tenang pula dapat memberi kelegaan dan membantu mendamaikan perasaan.

Foto Kredit: interiorvisionsllc.com
Foto Kredit: interiorvisionsllc.com

Warna boleh mempengaruhi ‘mood’,

Sebab itu perlu dikaji dahulu apabila memilih warna cat rumah cantik agar dapat disesuaikan untuk kediaman. Pemilihan warna yang salah boleh menjejaskan ‘mood’ dan suasana dalam rumah.

 

1 thought on “8 Kesilapan Semasa Memilih Kombinasi Warna Untuk Rumah Anda”

Leave a Comment