7 Cara Pikat Hati Isteri, Agar Rajin Masak. Suami Mesti Baca!

Lelaki Suka Perempuan Pandai Masak?

Kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada kebijaksanaan setiap pasangan dalam mencorakkan kehidupan mereka. Sebelum berkahwin, mereka telah diberi sedikit pengetahuan mengenai alam rumah tangga. Bagi suami yang memiliki isteri yang cantik, dan mempunyai didikan agama yang secukupnya, ditambah pula dengan kepakarannya dalam memasak, itu merupakan suatu bonus dan nikmat yang perlu disyukuri oleh suami. Bagaimana pula suami yang mengahwini wanita yang juga cantik, tetapi tidak tahu memasak dan sebaliknya? Mungkin ada pasangan yang mengatakan suaminya terima dia seadanya dan akan memasak untuk isteri. Tetapi sampai bila? Kebanyakan perceraian berlaku disebabkan isteri yang tidak pandai memasak dan ini tidak boleh di pandang enteng.

Yang penting, jangan sesekali menjatuhkan hukum yang isteri tidak rajin dan tidak pandai masak. Mari kita selidik apa yang suami boleh buat agar isteri rajin masak. Di bawah ini ada sedikit tips yang boleh diamalkan oleh isteri untuk pupuk minat memasak.

Susah nak jumpa suami mithali sebegini
Susah nak jumpa suami mithali sebegini

1. Suami kena sokong isteri, bukan asyik ‘complaint’ sahaja

Suami tidak perlu memarahi isteri yang tiada kemahiran memasak. Suami perlu memberi sokongan kepada isteri yang menunjukkan minat untuk belajar memasak. Beri kata-kata pujian terhadap masakan percubaannya ditambah dengan komen positif supaya isteri dapat perbaiki lagi masakan akan datang. Jangan sesekali mengamalkan sikap panas baran dan tidak berkhemah dalam menegur isteri. Walau pun dia hanya pandai menggoreng telur kicap, pastikan anda tetap puji dan berterima kasih kepadanya.

Penghargaan yang sebegini bukan sahaja disukai oleh isteri, malah akan menambah lagi kesungguhan isteri memasak untuk suami. Sebagai tanda sokongan dari suami, apa kata anda membelikan buku masakan untuk dibaca dan dicuba oleh isteri. Katakan padanya, ini sebagai panduannya untuk menambah lagi kelazatan masakan yang sememangnya lazat. Jadi, isteri anda akan bersemangat memasak untuk anda.

Dekatkan diri anak dengan dapur
Dekatkan diri anak dengan dapur

2. Suami kena tolong isteri di dapur

Isteri yang bekerjaya, tidak mempunyai masa yang banyak untuk memasak. Jadi bagi memastikan isteri tetap memasak untuk suami, suami perlulah membantu isteri di dapur. Fikirkan menu yang hendak dimasak. Jika isteri tidak mahir mengenai resepinya, suami perlulah membantu isteri. Hidupkan suasana ceria dan bergurau senda di dapur supaya isteri tidak rasa bosan ketika memasak. Ini juga merupakan satu daya tarikan bagi isteri sentiasa memasak untuk suami.

Jika isteri bertanya kepada suami untuk meminta pendapatnya mengenai menu apa yang perlu dimasak, suami perlu memberi cadangan kepada isteri. Berilah cadangan untuk memasak menu yang mudah dahulu supaya tidak terlalu membebani isteri. Apabila suami membantu dalam penyediaan menu masakan, lebih memudahkan kerja isteri untuk memasak.

Bab nak sediakan bahan masak tu yang 'rajin' tu kan?
Bab nak sediakan bahan masak tu yang ‘rajin’ tu kan?

3. Rajin sediakan bahan-bahan untuk isteri masak

Bagi memastikan isteri pandai memasak, suami dan isteri perlulah pupuk sikap rajin untuk ke dapur. Jangan sesekali bermalasan untuk pergi ke dapur. Sikap seperti ini akan membuatkan anda malas memasak. Apabila malas, anda tidak akan dapat memperbaiki kekurangan anda dalam masakan. Biasakan diri ke dapur. Membuat sarapan, makanan tengahari, minum petang dan makan malam. Sebelum memasak, anda telah fikirkan menu yang hendak dimasak supaya tidak membuang masa.

Jika di tempat kerja, anda perlu memikirkan sekejap menu yang hendak masak ketika pulang ke rumah dengan melayari internet, membaca resipi-resipi masakan, atau berkongsi pandangan dengan rakan sekerja. Luangkan masa juga menelefon suami tentang seleranya ketika itu. Jika anda mengetahui makanan kegemarannya, cuba pelajari cara penyediaan makanan itu. Apabila anda rajin, perkara yang susah akan menjadi mudah. Setiap kekurangan ketika memasak akan dapat anda atasi.

Kalau ada Astro, boleh layan Asian Food Channel (AFC)
Kalau ada Astro, boleh layan Asian Food Channel (AFC)

4. Tonton rancangan memasak bersama-sama

Suami jangan hanya tengok bola sepanjang masa. Luangkan masa tonton rancangan masakan bersama isteri. Sangat banyak rancangan di televisyen berkaitan masakan. Pastikan anda luangkan sedikit masa untuk menonton rancangan tersebut. Jika menu yang menjadi pilihan dalam rancangan itu mudah untuk anda belajar, ambil inisiatif untuk mencubanya.

Pastikan segala bahan-bahan yang diperlukan telah anda tulis dan boleh sediakan. Ajak juga suami untuk tonton bersama-sama supaya dia juga boleh membantu anda dalam penyediaan makanan. Jika rancangan yang anda tunggu-tunggu terlepas untuk disaksikan, anda boleh mencari di internet. Internet juga ada pelbagai video tentang cara- cara memasak. Dari situ juga anda boleh pelajari dengan perlahan-perlahan. Cuma anda memerlukan keyakinan untuk mencuba masakan yang diajarnya.

Masak sardin yang 'simple' pun boleh
Masak sardin yang ‘simple’ pun boleh

 

5. Mulakan menu yang mudah

Pelik kalau suami tidak tahu masak sardin kan? Ia terlalu mudah. Bagi yang tidak pandai memasak, anda dicadangkan untuk memasak makanan yang mudah dan ringkas dahulu. Jangan mencuba masakan yang susah, kerana dikhuatiri masakan tidak menjadi, dan semangat anda akan hilang untuk memasak. Menu yang mudah disediakan seperti berunsurkan telur dan ikan.

Mulakan dengan masakan jenis gorengan dahulu. Jika anda ingin mencuba masakan berkuah, pastikan bahan-bahan asas seperti bawang mencukupi supaya kuahnya tidak cair. Masa yang lama diperlukan untuk memasak ayam dan daging kerana perlu lebih empuk. Jika anda ingin memasak daging, pastikan anda telah merebusnya terdahulu. Elakkan dari menggunakan penambah perisa, kerana rasa asli masakan anda tidak dapat dirasai. Lagipun tidak elok untuk kesihatan.

Sesekali hilangkan gian makan Maggi
Sesekali hilangkan gian makan Maggi

 

6. Elakkan makanan segera yang membahayakan

Makanan segera merujuk kepada makanan yang tidak memerlukan bahan-bahan lain, dan hanya tinggal masak sahaja kerana semua perisa sudah dicampur bersama. Senang bukan? Tetapi pernahkah anda terfikir akan kesan jangka panjang yang akan timbul sekiranya anda mengamalkan tabiat pemakanan sedemikian. Penyakit yang sering dikaitkan dengan makanan segera seperti obesiti, diabetis, darah tinggi, barah dan bermacam lagi.

Makanan segera sering dijual oleh peniaga yang hanya ingin mendapat keuntungan tanpa memikirkan kesihatan pembeli. Adakah ini yang anda mahu keluarga anda hadapi kelak? Adakah anda sanggup melihat keluarga anda merana dengan penyakit yang bakal dialami dek kerana anda mengamalkan sikap malas nak masak? Cegahlah sebelum terlambat. Jangan sesekali membeli makanan segera untuk disimpan di rumah.

Jika sejak awal lagi anda telah membiasakan suami dan keluarga makan makanan segera, pasti susah untuk berhenti mencarinya lagi. Jadi, langkah terbaik ialah masak sendiri di rumah. Jika suami inginkan seperti tempura, nugget dan sebagainya, cuba cari cara membuatnya. Cara ini lebih baik berbanding anda mengambil jalan mudah dengan memilih makanan segera. Perbelanjaan pun boleh dijimatkan dan sekiranya anda telah biasa memasak makanan segera, anda tidak akan mahir dan malas untuk membuat makanan sendiri.

Simpan buku nota untuk resepi yang mudah
Simpan buku nota untuk resepi yang mudah

7. Belikan buku resepi untuk isteri

Hadiahkan buku resepi pada isteri. Pergi sahaja ke MPH, Kinokuniya, Popular dan bermacam lagi kedai buku di luar sana. Terlalu banyak judul yang boleh membantu mempelbagaikan lagi masakan. Bagi isteri yang masih dalam proses belajar memasak, apa kata anda cuba amalkan cara ini. Kumpul seberapa banyak resepi dan cara memasak. Cari cara yang paling mudah dan ringkas.

Anda kumpulkan menjadi buku resepi anda sendiri. Apabila ingin memasak sesuatu dan tidak tahu caranya, anda boleh merujuk buku tersebut. Lebih mudah dan cepat. Setiap orang mempunyai cara masak yang berbeza. Jadi anda haruslah bijak memilih resepi yang mudah tetapi sedap dan menyelerakan. Biasakan memasak dengan lauk yang tidak pelbagai. Tetapi pelbagaikan variasi makanan seperti ada pencuci mulut atau buah-buahan.

Anda juga boleh membuat nota kecil yang boleh ditampal di pintu peti ais supaya mudah untuk anda rujuk. Suami juga boleh turut memberi tunjuk ajar berpandukan nota resepi tersebut.

Kesimpulan

Oleh hal yang demikian, jika semua perkara di atas anda boleh amalkan, anda mampu menjadi isteri terbaik untuk suami. Jangan terlalu banyak memberi alasan, kerana alasan itu akan memakan diri anda kelak waima anda boleh mengupah pembantu rumah untuk memasak, tetapi masih tidak mampu untuk menandingi kehebatan air tangan isteri. Air tangan inilah yang menjadi senjata keutuhan sesebuah rumah tangga.

Jadi, apa tindakan isteri di luar sana? Masih mahu memberikan alasan untuk tidak mahu memasak atau menunggu dan pasrah tindakan suami curang dan cari lain. Tepuk dada dan renungkan. Jangan asyik suami pikat isteri sahaja, isteri juga kena tahu cara menggoda suami!

Selamat mencuba!

 

3 thoughts on “7 Cara Pikat Hati Isteri, Agar Rajin Masak. Suami Mesti Baca!”

  1. Isteri afdal masak di rumah. Kalau suami yang masak? lagi afdal dan satu bonus dalam keluarga. Dua-dua boleh masak, anak-anak lebih senang hati. Menarik point-point yang di sampaikan.

    Reply

Leave a Comment