Kalau Luka Jahitan Bersalin Terbuka, Apa Perlu Buat?

Luka Jahitan Bersalin

Saya sering membaca dan terdengar luahan dari rakan-rakan saya yang melahirkan anak secara normal. Selepas beberapa hari luka episiotomi mereka terbuka. Saya akui, saya melahirkan anak secara pembedahan.

Jadi saya tidak tahu bagaimana cara untuk menjaga luka episiotomi. Mungkin kes luka episiotomi terbuka ini jarang berlaku. Jika berlaku, mungkin akan rasa gatal yang teramat sangat. Juga boleh rasa sakit yang berdenyut-denyut. Untuk kes yang lebih ekstrim, boleh jadi bengkak dan bernanah.

Namun sebagai bakal ibu, ilmu ini amat penting jika berlaku perkara yang tidak diduga selepas melahirkan anak nanti. Tidak kira bersalin normal atau pembedahan (czer), sila ambil tahu perkara ini.

 

Apakah luka episiotomi?

Bagi yang masih kabur-kabur, episiotomi adalah teknik memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perinium, terletak di antara faraj dan dubur. Dalam bahasa biasa, luka jahitan bersalin. Ia di lakukan bagi memudahkan laluan bayi. Selepas selamat bersalin, luka tersebut akan dijahit semula dan benang jahitan itu akan luruh sendiri selepas beberapa hari.

 

Tips penjagaan luka episiotomi

Luka jahitan bersalin
Foto Kredit: foxnews.com

Di sini saya kongsikan beberapa langkah mudah penjagaan luka episiotomi atau luka jahitan bersalin yang saya ambil dari FB Dr. Hana seorang pegawai perubatan  di Kementerian Kesihatan Malaysia.

  1. Pastikan HYGIENE yang terjaga – bersihkan luka setiap kali selepas ke tandas & tukar tuala wanita dengan kerap (lalukan air bersih kepada luka, ‘dap’ dengan tisu bersih untuk keringkan dan jangan ‘rub’ luka tersebut)
  2. Jika berpeluang, ambil masa dalam sehari untuk membiarkan luka TERDEDAH supaya luka mengalami pengudaraan (ventilation) yang baik
  3. SITZ BATH – iaitu rendaman air garam – ambil segenggam garam dan larutkan dalam satu jag air panas, kemudian campurkan dengan air biasa supaya campuran tersebut menjadi suam dan tuangkan di dalam besen. Duduk di dalam besen tersebut selama 10-15 minit (seperti dalam gambar di bawah).
  4. Elakkan SEMBELIT (minum banyak air dan makanan yang kaya dengan fiber) – kerana kerap meneran semasa membuang najis boleh mengakibatkan luka meregang dan terbuka.
  5. Makan makanan yang berkhasiat bagi mendapatkan NUTRIEN penting untuk penyembuhan luka.
  6. Lakukan senaman KEGEL’S iaitu senaman kemutan untuk menguatkan semula otot-otot pelvis.
  7. Jika luka mengeluarkan cecair berbau atau bernanah segera dapatkan rawatan.

Akhir kata

Penjagaan luka selepas bersalin agak mengambil masa. Elakkan diri dari melakukan kerja berat. Ambil masa untuk rehat dengan sepenuhnya semasa proses berpantang. Pantang elok-elok, kerana luka jahitan bersalin boleh jadi lambat sembuh. Jika mahu cepat sembuh, ikut kata doktor.

Harapan kami semoga perkongsian tentang luka jahitan bersalin ini bermanfaat.

Semoga Allah membalas pengorbanan dan kesabaran ibu-ibu berlipat kali ganda.

Sumber: Facebook page Dr. Hana 

 

 

 

 

4 thoughts on “Kalau Luka Jahitan Bersalin Terbuka, Apa Perlu Buat?”

Leave a Comment