8 Makanan Yang DiLarang Untuk Ibu Hamil. Yang Mengandung Juga!

Makanan Yang DiLarang Untuk Ibu Hamil

Sebelum baca entri ini, kami sarankan anda membaca entri tentang panduan makanan untuk ibu mengandung. Ia akan memberi sedikit ilmu, lebih-lebih pada yang baru pertama kali hamil.

Ingat lagi masa kita mengandung anak pertama, ibu kita membebel jangan makan itu, jangan makan ini. Itu bukan bermakna ibu kita suka berleter. Ibu kita sebenarnya memberikan peringatan agar menjaga kandungan sebaik-baiknya.

Bagi bakal ibu yang sedang mengandung anak pertama, mari kita bincangkan apakah makanan yang perlu dihindari, dielakkan dan tidak digalakkan semasa mengandung.

Antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil ialah:

Jangan minum arak, minum air masak sudah
Jangan minum arak, minum air masak sudah

1. Alkohol

Alkohol mesti dijauhi. Bagi umat Islam, sememangnya tidak akan minum langsung. Namun ada segelintir yang bukan Islam yang ‘selamba’ minum arak di kelab-kelab malam tatkala hamil. Tidak cukup dengan itu, ada yang simpan ‘stok’ di dalam peti ais. Ingat, pengambilan alkohol oleh ibu hamil akan mengundang kecacatan fizikal dan mental pada bayi. Pembuangan alkohol oleh badan sangat lambat prosesnya. Kenapa mesti minum arak? Apa susah, minum air kosong lagi sedap kan?

 

Jangan sesekali merokok ketika hamil
Jangan sesekali merokok ketika hamil

2. Rokok

Apa perasaan anda apabila melihat ibu mengandung yang merokok? Rasa nak tampar? Rasa nak terajang? Rasa nak ‘sekolahkan’ dia? Tahniah jika anda ada perasaan sebegitu.

Namun ada ibu mengandung yang ‘selfish’ yang hanya pentingkan keseronoka diri sendiri. Alasan ‘stress’ ada satu alasan bodoh. Merokok semasa mengandung selalunya dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut pertumbuhannya dan berat badan yang rendah. Kes-kes kematian mengejut atau ‘sudden death’ yang berlaku pada bayi juga selalu dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain daripada itu, masalah keguguran juga lebih kerap berlaku pada ibu yang merokok.

Jauhi segala minuman berkafein
Jauhi segala minuman berkafein

3. Minuman berkafein (Caffeine)

Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko, minuman bergas, coklat dan lain-lan lagi juga dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal. Ini termasuk bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain daripada itu, kafein juga merosakkan kandungan kalsium tulang ibu mengandung.

 

Dapatkan nasihat doktor sebelum makan apa-apa ubat
Dapatkan nasihat doktor sebelum makan apa-apa ubat

4. Pil dan ubat-ubatan

Selalu kita dengar, “Kalau mengandung, boleh makan Panadol ke tak eh?”. Untuk jawapan sebegini, sila rujuk doktor untuk penerangan yang lebih konkrit. Perlu diingat, ada ubat-ubatan yang mendatangkan mudarat kepada bayi jika diambil oleh ibu hamil. Sekali lagi diingatkan, sila rujuk kepada doktor sakit puan atau ahli farmasi anda sebelum mengambil ubat-ubatan terutamanya pada trimester pertama.

 

Kurangkan gula, elakkan diabetes, sayangi bayi
Kurangkan gula, elakkan diabetes, sayangi bayi

5. Gula

Sedangkan orang yang sihat dilarang menggunakan gula berlebihan, apatah lagi ibu mengandung. Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar daripada selalunya. Tak dapat bayangkan betapa sakitnya bila mahu melahirkan bayi yang besar. Sakit tak?

Elakkan sebarang multivitamin dan Vitamin A
Elakkan sebarang multivitamin dan Vitamin A

6. Vitamin A

Sila jauhi ‘multivitamin supplement’ yang mengandungi dos yang tinggi. Juga elakkan ‘fish liver oil supplements’. Pengambilan vitamin A adalah dilarang semasa hamil kerana ia didapati boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan. Adalah lebih selamat sekiranya wanita hamil mengambil beta caroten seperti karot dan sebagainya. Beta caroten ini akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan bila sahaja badan memerlukan vitamin A.

Hati-hati dengan makanan yang tinggi kandungan raksa
Hati-hati dengan makanan yang tinggi kandungan raksa

7. Raksa (Mercury)

Semasa di sekolah menengah dahulu, mungkin kita pernah nampak raksa. Kita akan terfikir, “Eh, ada ke ibu mengandung yang makan raksa tu?”. Oh, bukan dalam bentuk sebegitu. Dalam konteks ini, ia adalah raksa yang didapati dalam kuantiti yang tinggi dalam makanan laut seperti ‘shark-fin’, tuna, mackerel dan ikan-ikan besar yang lain. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.

Pastikan makanan betul-betul masak
Pastikan makanan betul-betul masak

8. Makanan mentah atau tidak cukup masak

Jangan makan daging mentah. Jangan makan susu mentah. Jangan makan telur mentah. Ia adalah merbahaya. Pengambilan makanan mentah akan yang tidak cukup masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk. Ada sejenis penyakit yang boleh menyebabkan parasit yang didapati dalam daging mentah merebak dalam badan ibu mengandung. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intra-uterine yang serius pada bayi. Parasit in juga didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih.

Untuk makanan yang baik dan elok, baca entri kami tentang makanan ibu mengandung menurut Islam. Juga boleh baca panduan makanan untuk ibu mengandung dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semoga bermanfaat!

18 thoughts on “8 Makanan Yang DiLarang Untuk Ibu Hamil. Yang Mengandung Juga!”

  1. Salam,

    Saya telah membaca topic anda di atas. Tetapi, saya ada soalan yang ingin tau dari topic anda mengenai vitamin A. Saya sekarang lagi hamil dan telah nasihati doktor untuk makan ubat obimin. Di dalamnye mempunyai folic acid, vitamin A,vitamin b1 dan seterusnya. Dan doktor telah menasihati, vitamin tersebut adalah penting bagi wanita yang hamil. Jadi saya akan menunggu balasan email anda. Terima kasih

    Reply
  2. Saya mengandung anak ke2.saya ada mengambil multivitamin dr product shaklee.saya makan vita-lea dan omega 3.multivitamin mcm ni saya x blh makan ke

    Reply
  3. Sy bca yg psl cafein tu.kafein blh ibu hamil mnum cma jgn lbh dr segelas sehari.ni sy bca dr buku materniti n pengambilan vitamin yg mencukupi adlh bgs utk pkembangan bby dlm rahim.sy skg amalkn shaklee n acid folic dr doc.klau ad tsilap sila tegur ye.

    Reply
  4. saya berpendapat dan mencadangkan ibu2 sdg hamil amalkan makanan fresh seperti kurma nabi… ia kaya dgn nutrisi lengkap… termasuk ion… inn sya Allah lebih selamat…

    Reply
  5. terima kasih atas perkongsian…..cuba nak tanya….saya ne peminum tegar kaffein….kalau minum secawan tu boleh kan??
    lagi satu pasai vitamin tu camne nak tau terlebih dos ke tidak?? kalau ikut sukatan seperti yang dilabelkan boleh kan??

    Reply
  6. Berkenaan menu yang pedas..bagaimana pula…?kbanyakan menu selepas bersalin mngguna cili padi dan lada besar..adakah IA SELAMAT dimakan oleh ibu selepas bersalin..

    Reply
  7. selain itu,ibu juga tidak dbenarkan makan nanas kerana ia dapat mgugurkan kandungan bayi dalam kandungan ibu,,bukan itu sahaja,,ibu juga dlarang mkan laksa,ini kerana laksa ada mgandungi prlbagai jenis bahan spt udang,,dan adakalanya sesetengah peniaga memasukkn belacan kedalmnya,,mmg pada mulanya tiada kesan,tapi apabila anak dlahirkn ,kita dapat tgk beza kulitnya dgn anak lain yang baru dlahirkan,,kulitnya seperti ngelupas lupas dan kemerah merahan,,dan gatal gatal,,anak anak juga tidak dapat mkan pelbagai makanan contohnya telur yang menjadi kgemaran kanak kanak.. tq,,:)

    Reply
  8. izinkan sya mencoretkan beberapa makanan yang dilarang untuk ibu yang sarat mgandung?terima kasih..
    pengambilan nanas juga tdk dbenarkan ketika ibu sedang sarat mgandung,,ini kerana nanas mrupakn sjenis buah buahan yang masam dan juga seperti pisau yang tajam yang boleh mgugurkan kandungan si ibu..bukan itu sahaja,si ibu juga x dibenarkan makan makanan laksa,,ini kerana laksa mgandungi pelbagai bahan yang x berkhasiat spt udang dan juga banyak mgandungi santan.sesetengah peniaga adakalanya mencampurkan belacan kedlmnya,,menurut ibu saya,sekiranya laksa mgandungi belacan ia akan menghasilkan sejenis racun yang boleh memudaratkan kandungan ibu.mungkin semasa dalam kandungan tiada kesannya,,tetapi kita dapat melihat kesannya dari segi kulit bayi dengan bayi lain yg baru dlahirkan.kulit bayi seolah olah mengelupas dan berwarna kemerah merahan.bayi yang kian membesar ini juga xdpt menikmati pelbagai makanan seperti udang,terutamanya telur yang menjadi makanan kegemaran kanak kanak kerana ini akan myebabkan kulit anak anak ini akan gatal gatal dan menerukkan lagi keadaan kulit,,sekiranya anak anak ini tidak makan makanan yang dilarang,kulit anak anak akan beransur pulih,tetapi tidak pulih sepenuhnya,,ini berlaku kepada anak majikan saya,,terima kasih kerana sudi membaca…

    Reply

Leave a Comment