Mana Yang Bagus? Susu Kambing atau Susu Lembu?

“Banyak sangat jenama susu tepung bayi di pasaraya ni. Kebanyakannya terdiri daripada susu lembu. Risau juga takut tersalah pilih. Takut muntah-muntah pula sebab tak serasi dengan bayi. Dengar-dengar susu kambing lagi bagus, lagipun ia merupakan sunnah Nabi. Susu kambing atau susu lembu lebih baik?”

Susu Kambing Atau Susu Lembu?

Memang rata-rata susu formula bayi dihasilkan daripada susu lembu kerana penuh dengan kebaikan seperti menambah zat, menyuburkan badan dan banyak lagi.

Sebagaimana kebaikan susu lembu, susu kambing yang tergolong dalam susu yang paling kental dan lembap serta mempunyai kelebihannya tersendiri antaranya kaya dengan protein, enzim, anti-penuaan, anti-artritis, anti-barah dan banyak lagi.

susu lembu atau susu kambing 2
Foto Kredit: shutterstock.com

8 Kelebihan Susu Kambing Berbanding Susu Lembu

Antara kelebihan susu kambing adalah seperti berikut:

1. Mudah dihadamkan

Zarah lemaknya lebih kecil menjadikannya mudah dihadamkan dalam perut. Hanya 20 minit sahaja diperlukan untuk hadam manakala susu lembu mengambil masa dua jam.

2. Tidak Mudah Berubah Khasiat Jika Disejuk Beku

Jika disimpan sejuk atau sejuk beku dalam peti ais, khasiatnya dan kualitinya tidak berubah.

Ini kerana susu kambing mengandungi komponen yang stabil dan tahan lasak.

Bayangkanlah kalau anda membuat aiskrim daripada susu kambing, tentu nikmat dimakan sewaktu cuaca panas! Sesuai juga untuk diberikan kepada anak-anak kerana khasiatnya masih kekal.

susu lembu atau susu kambing
Foto Kredit: features.faithtap.com

3. Mengubati Penyakit

Diperakui oleh pakar kesihatan untuk merawat demam kuning, penyakit kulit dan banyak lagi.

Susu kambing turut membantu menurunkan paras kolesterol dan bekerja lebih baik bagi yang memiliki masalah usus kerana susu kambing kaya dengan asid lemak anti-mikroba.

susu lembu atau susu kambing 2
Foto Kredit: sammysmilk.com

4. Sesuai Untuk Semua

Susu kambing boleh diminum oleh semua peringkat umur dari bayi dalam kandungan hinggalah orang tua. Jadi, anda tidak perlu membeli susu khas untuk anak-anak.

Malah, wanita hamil turut digalakkan minum susu kambing untuk mengelakkan anak daripada terkena demam kuning apabila dilahirkan.

Kalau semuanya boleh menikmati susu yang sama, kan lebih jimat?

susu lembu atau susu kambing
Foto Kredit: mombaby.tw

5. Tidak Menyebabkan Alahan

Susu kambing memiliki 35% asid lemak jika dibandingkan dengan 17% dalam susu lembu. Nutrisi dalam susu kambing lebih sihat dan lebih baik diminum segar.

Bukan itu saja, ia juga sesuai bagi seseorang yang tidak toleran dengan laktosa.

Bayi yang minum susu kambing juga didapati lebih sukar mendapat alahan berbanding dengan susu lembu.

6. Menguatkan Jisim Tubuh

Selain menguatkan badan melalui penghasilan antibodi, susu kambing juga mengandungi kandungan protein dan zat besi yang lebih tinggi berbanding susu lembu. Ia dapat menguatkan tulang, gigi, otot, sendi, kulit, tisu dan saraf.

Malah, ramai yang mengesyorkan susu kambing sebagai susu yang kedua terbaik selepas susu ibu.

susu lembu atau susu kambing
Foto Kredit: justinhealth.com

7. Kandungan Gizi Yang Lebih Tinggi Berbanding Susu Lembu

  • Proteinnya 2.1 kali ganda
  • Kalsium 2.2 kali ganda
  • Zat besi 2 kali ganda
  • Potasium 2.1 kali ganda
  • Vitamin A 3.8 kali ganda
  • Garam galian 2 kali ganda
  • Selenium yang paling tinggi

8. Bersifat Alkali

Sama seperti pH susu ibu yang bersifat alkali. Berbanding dengan susu lembu, ia didapati bersifat asidik.

susu lembu atau susu kambing
Foto Kredit: vijesti.me

Susu Kambing Atau Susu Lembu, Pilihan Masing-masing

Susu lembu atau susu kambing, ia turut bergantung kepada penerimaan tubuh badan masing-masing.

Sebelum memberikannya kepada bayi, pastikan anda memberikan dalam jumlah yang sedikit terlebih dahulu. Jika anda memilih untuk memilih susu kambing yang segar, pastikan ianya telah melalui prosedur keselamatan dan kebersihan yang teliti.

Jika anda membeli susu kambing dalam bentuk pek, pastikan susu kambing yang diambil mengandungi asid folik dan bersifat ‘hypo-allergenic’ untuk mengelakkan sebarang bentuk alahan.

Jumpa dan minta nasihat daripada mereka yang pakar sekiranya bayi menunjukkan sebarang reaksi terhadap susu tersebut.

Leave a Comment