Kes Dipatuk Ular Meningkat, Lakukan 7 Langkah Keselamatan Ini

Kematian pelajar Tahun Satu di Pengkalan Chepa, Kelantan akibat dipatuk ular sememangnya menggemparkan orang ramai dan semakin menjadi viral apatah lagi dengan tambahan tiga lagi kes pelajar di Negeri Sembilan dipatuk ular. Meskipun tidak melibatkan kehilangan nyawa, namun kejadian ini semakin membimbangkan.

Kes kematian disebabkan ular bukan sahaja melibatkan manusia tetapi ada juga kes haiwan peliharaan yang dibelit dan dimakan oleh ular. Bangun pagi, tengok di kandang kucing kesayangan diganti dengan ular sawa yang elok melingkar di dalamnya!

Cuaca yang semakin panas menyebabkan haiwan pemangsa ini mula mencari tempat yang redup, lembap dan sejuk.
Biasanya persekitaran seperti dalam rumah, dalam kereta, kawasan longkang dan kebun menjadi sasaran berikutan suasananya yang sejuk. Bayangkan tiba-tiba terlihat kelibat ular menyelinap dalam bilik air, siapa yang tak panik?

Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan ular daripada masuk ke dalam kawasan kediaman?

elak dipatuk ular
Foto Kredit: playbuzz.com

Lakukan 7 Perkara Ini Untuk Elak Ular Masuk Dalam Rumah

1. Bersihkan halaman rumah/kebun

Halaman rumah dan kawasan kebun yang penuh semak-samun, penuh dengan rimbunan daun dan tidak terurus mengundang haiwan ini untuk menyelinap masuk tanpa disedari. Apatah lagi sekali pandang, warna kulit ular hampir sama dengan rimbunan daun-daun kering.

Oleh itu, pastikan semak-samun dipotong dan halaman rumah/kebun dibersihkan selalu agar tidak menjadi sarang haiwan berbisa itu.

alat potong rumput
Foto Kredit: yardcare.toro.com

2. Elak tanam pokok hiasan yang lebat dan tinggi

Pokok bunga memang cantik. Tapi, pokok yang berdaun lebat dan tinggi memang menjadi tempat persembunyian yang selesa untuk ular.

Begitu juga pasu besar yang diletakkan di luar rumah. Sebaiknya letak pokok ini di kawasan yang jauh daripada rumah dan sentiasa trim daunnya agar tidak terlalu lebat.

Foto Kredit: mbsa.gov.my
Foto Kredit: mbsa.gov.my

3. Kambus lubang yang dipenuhi air/kawasan berlecak

Apabila cuaca panas, ular mencari-cari kawasan yang berair untuk menyejukkan badannya. Kambus semua kawasan yang berlubang, berlopak dan berair.

4. Jangan jadikan kawasan rumah sumber makanan

Tikus, serangga dan haiwan peliharaan seperti burung, ayam dan kucing menjadi target untuk ular menjadikan kawasan anda sebagai sumber makanan.

Sebaiknya, letak sangkar haiwan dalam rumah dan pasang jerat untuk menangkap tikus yang berkeliaran. Elak juga meletakkan makanan kucing di luar rumah kerana ia menggalakkan kedatangan haiwan ini.

cara elak kucing berak merata

5. Tutup semua lubang di kediaman

Ular mudah menyelinap masuk melalui lubang. Jika ada kawasan berlubang meskipun kecil, pastikan ditutup dan dibaiki untuk mengelakkan daripada ular masuk terutamanya di bahagian dinding, pintu dan tingkap.

6. Bina pagar di keliling rumah

Ia dapat menghalang kemasukan ular ke dalam kawasan kediaman. Pasang juga jaring di tingkap dan pintu untuk mengelakkan daripada dimasuki.

Tempat menarik di Ipoh
Foto Kredit: kembaraminda7.com

7. Pasang perangkap

Jika anda suspek terdapatnya ular di kawasan berhampiran, anda boleh pasang perangkap dengan menjadikan tikus sebagai umpan.

dipatuk ular
Foto Kredit: louisianaconservationist.org

Bagaimana jika terjumpa ular dalam rumah/bilik?

  • Kurungnya dengan menutup pintu dan letakkan kain di bawah pintu untuk elak ular keluar
  • Jauhkan anak dan haiwan peliharaan dari kawasan tersebut
  • Hubungi bomba untuk dapatkan bantuan

Bagaimana jika terjumpa ular di luar?

  • Sembur dengan air sehingga ia lari
  •  Buat bunyi bising seperti menghidupkan kereta atau mesin rumput
dipatuk ular
Foto Kredit: snakecatchers.com

Awas! Jangan sesekali bertindak sendirian, kecuali dalam keadaan terdesak

Jangan sesekali menangkap ular tanpa pengawasan mereka yang profesional. Meskipun ia hanya sekadar anak ular atau tidak berbisa, jauhkan diri anda daripadanya.

Jika sempat, ambil gambar untuk rujukan pakar. Elak guna ‘snake repellents’ yang ada di pasaran kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anak kecil dan haiwan peliharaan jika tidak digunakan dengan betul.

Segera dapatkan rawatan jika dipatuk ular. Jangan panik dan berhenti lakukan sebarang pergerakan. Jika boleh, kenalpasti bentuk dan warna ular untuk memudahkan doktor memberi rawatan yang sesuai.

Leave a Comment