Apakah Simptom Mengandung Luar Rahim? Apa Risiko & Cara Rawatan?

Mengandung Luar Rahim

Ramai yang tidak tahu tentang betapa bahayanya mengandung luar rahim ini. Jika anda tidak mendapatkan perhatian dan rawatan segera, ia boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi.

Kehamilan ektopik

Mengandung luar rahim ini juga lebih dikenali sebagai kehamilan ektopik di mana janin pada kebiasaannya akan melekat dan membesar di tiub fallopio. Ia boleh mendatangkan kematian jika tidak dikesan awal kerana jika kehamilan itu menjadi terlalu besar, ia boleh menyebabkan tiub itu pecah. Ini hanya dapat ditangani dengan pembedahan atau mengambil ubat-ubatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menulis panjang lebar tentang kehamilan ektopik.

Mengandung Luar Rahim
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Secara ringkasnya, kehamilan ektopik berasal dari perkataan Greek (ektopas) yang bermaksud ‘di luar tempat’ atau kehamilan di luar rahim. 1 hingga 2 peratus kehamilan adalah kehamilan ektopik. Daripada jumlah ini, 98 peratus merupakan kehamilan ektopik dalam tiub fallopian seperti gambarajah di atas. Kehamilan ektopik lain termasuklah rongga abdomen, ovari, cornu rahim dan serviks.

Minggu pertama

Mengandung luar rahim ini sering didapati semasa 5-10 minggu pertama kehamilan. Ia juga merupakan punca utama kematian di kalangan ibu-ibu mengandung sewaktu trimester pertama kehamilan. Ia adalah amat berbahaya kerana terdapat arteri yang besar di luar setiap tiub fallopio. Jika arteri tersebut pecah, pendarahan serius akan berlaku sehingga boleh menyebabkan kematian.

Ultrasound

Anda boleh memastikan kehamilan anda di dalam rahim dengan menjalani pemeriksaan ultrasound. Jika anda menggugurkan anak tanpa melakukan ultrasound terlebih dahulu, berkemungkinan anda mengalami kehamilan ektopik yang tidak dikesan.

Faktor dan punca mengandung luar rahim

Bagaimana mengandung luar rahim ini boleh berlaku? Ia mungkin disebabkan jangkitan tiub terdahulu seperti penyakit berkaitan radang pelvis, klamidia dan gonorea. Ia juga boleh berpunca daripada pembedahan di dalam abdomen, terutama sekali yang melibatkan tiub fallopio, ovary, uterus, bawah abdomen dan usus.

Faktor berikutnya adalah penggunaan ubat-ubatan kesuburan pada waktu hendak bersenyawa dan terakhir sekali jika anda pernah mengandung luar rahim, peluang untuk ia berlaku lagi sekali tetap ada.

JIka anda menggunakan alat dalam raham (IUD) sebagai pencegah kehamilan, ia tidak meningkatkan risiko untuk mengandung luar rahim. Tetapi jika anda mengandung semasa menggunakan IUD, ia berkemungkinan besar anda sedang mengandung luar rahim.

Simptom mengandung luar rahim

Oleh itu, anda perlu mengetahui simptom-simptom yang sering dikaitkan dengan mengandung luar rahim. Ia adalah seperti berikut:

  • Pendarahan kecil di dalam faraj
  • Loya dan muntah-muntah beserta rasa sakit
  • Sakit di bahagian bawah abdomen
  • Kekejangan abdomen yang tajam
  • Pening-pening lalat
  • Rasa sakit di bahagian bahu, tengkuk atau dubur
  • Jika tiub fallopio pecah, kesakitan dan pendarahan teruk boleh mengakibatkan anda pitam

Rawatan mengandung luar rahim

Dapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti di atas. Pembedahan harus dilakukan dengan segera bagi mengelakkan masalah yang lebih besar daripada berlaku.

Sumber dari Kementerian Kesihatan menyarankan beberapa cara untuk merawat kehamilan ektopik:

  • Rawatan konservatif 

    Wanita yang boleh menjalani rawatan konservatif termasuk wanita yang asimptomatik dan tidak pecah serta tiada pendarahan pelvis. Wanita ini perlu diberi kaunseling sewajarnya. Selain itu wanita dengan tahap serum beta-hCG yang semakin berkurangan juga sesuai menjalani rawatan secara konservatif.

  • Rawatan perubatan 

    Rawatan perubatan melibatkan suntikan methotrexate. Kriteria membolehkan rawatan perubatan ini termasuk kehamilan ektopik yang tidak pecah, diameter kantung kehamilan kurang dari 3cm, tahap serum beta-hCG kurang dari 3000 IU dan imbasan ultrabunyi tidak menunjukkan pendarahan dalam pelvis. Anggaran tahap serum beta-hCG yang berterusan diperlukan untuk menilai keberkesanan rawatan.

  • Pembedahan 

    Rawatan secara pembedahan laparoskopi (pembedahan teropong)adalah rawatan bagi kebanyakan kehamilan ektopik. Namun, ia bergantung pada keujudan peralatan pembedahan dan kepakaran doktor. Doktor boleh memiloh untuk emmbuang ektopik tersebut atau membuang keseluruhan ini dan keputusan ini adalah berdasarkan pemerhatian ke atas tahap kesihatan tiub lain.Bagi kes kehamilan tiub yang telah pecah dan keadaan wanita tidak stabil, pembedahan terpaksa dilakukan (berbanding pembedahan laparoskopi) kerana proses pembedahan dapat dilakukan dengan lebih cepat. Jika berlaku kes kehilangan darah yang banyak, pemindahan darah diperlukan.

Masihkah ada peluang mengandung lagi?

Menurut Kementerian Kesihatan lagi, peluang untuk hamil pada masa depan masih ada tetapi bergantung kepada berapa sihat tiub lain dan faktor lain seperti: umur anda, dan/atau jika anda sukar hamil sebelum ini. Jika tiub bersebelahan tidak tersekat atau rosak, peluang untuk hamil adalah masih ada tidak kira samada tiub yang terjejas oleh ektopik dikekalkan atau dibuang sepenuhnya.

Secara umum, 65 hingga 70 peratus wanita dengan sejarah kehamilan ektopik akan hamil lagi dalam tempoh 18 bulan. Walau bagaimanapun, jika kedua-dua tiub fallopian rosak atau pecah, anda perlu menjalani rawatan kemandulan (IVF) untuk hamil pada masa depan.

Pengalaman mengandung luar rahim

Ada sesiapa yang ada pengalaman mengandung luar rahim? Atau ada sesiapa yang pernah mengandung luar rahim kali kedua? Atau sesiapa yang pernah menjalani rawatan pembedahan, kesan daripada kehamilan ektopik ini?

Kongsikan dengan yang lain-lain di ruangan komen, agar dapat memberi sedikit maklumat dan motivasi kepada yang lain.

Akhir kata

Sekarang anda telah tahu tentang apa itu mengandung luar rahim, simptom-simptomnya dan cara rawatannya. Diharapkan ia dapat membantu anda untuk mengesan dengan lebih awal dan atasinya seberapa cepat yang mungkin.

Walau apa pun yang berlaku, anda perlu ambil iktibar dan mengandung luar rahim bukanlah penghalang untuk anda tidak mencuba untuk mendapatkan anak lagi. Segala yang berlaku pasti ada sebabnya dan anggaplah tiada rezeki pada kali ini.

 

19 thoughts on “Apakah Simptom Mengandung Luar Rahim? Apa Risiko & Cara Rawatan?”

  1. sy pernah mengandung luar rahim pd tahun 2008 ,kandungan sy 6 minggu ,sy mengalami pendarahan dan sy menjalani operation d hospital muar…alhamdulilah skrg sy pregnant 6 bln….

    Reply
  2. saya pernah mengalami mengandung luar rahim pada tahun 2014. 2 kali pada tahun yg sama. kandungan pertama n kedua masa tu 7 minggu. memang tgh sedih sgt masa tu. Tuhan je yg tahu. kandungan pertama masa tu saya mengalami pendarah sedikit demi sedikit so saya ingatkn saya tengah datang bulan jadi saya buat tak tahu. so dah jadi cmtu selama satu minggu, kemudian saya mengalami sangat-sangat sakit pada bahagian abdomen dan saya menjalani pembedahan lap laparoskopik. kandungan kedua saya mengalami yang sama cume sakit yg teramat dibahagian abdomen, lagi sekali saya menjalani laparoskopik. jadi sekarang saya tgh cube lg nk dapat anak ketiga. sekarang saya ade 2 anak lelaki n perempuan. kalau boleh nk anak ramai lg selagi saya mampu. ;))

    Reply
  3. sy prnh ectopic awal 2013 pda usia kndungan 8mggu, april 2013 lakukan opration laparoskopi, alhamdulllah slpas 1-2 bln operation, Allah bgi rezeki utk preggy smula.. Syukur ssgt..

    Reply
  4. 2008 sy pregnant luar rahim. Tiub kena buang sbb dah pecah. Sakit, tuhan je yg tahu. Doc kata sy susah nak pregnant. Atau kalau pregnant, jantina anak cuma 1 samada lelaki atau perempuan sahaja. Alhamdulilah, setahun lepastu sy pregnant. Sekarang anak sulung sy lelaki 6 thn, no 2 perempuan 3 tahun, in shaa Allah yg no 3 ni lelaki lahir raya ni. Kuasa Allah…

    Reply
  5. Pernah mengandung luar rahim tahun 2013 raptured left ectopic..pengalaman yg tidak dpt d lupakan sakit yang teramat tidak dpt d bygkan..alhamdulillah skrg dah pregnant..Semoga kita semua d sihat & d lindungi amin..in sha allah..

    Reply
  6. Sy baru lepas menjalani pembedahan sbb mngandung luar rahim. Ni adalah anak pertama sy. Tiub sblah kiri sy kne buang..harini msuk 25 hari. Sy nk tanya pd yg tau…kalau sy pgnant skali lg, brapa lama ms utk sy d benarkan hamil & ada rasa sakit x kalau kita hamil lagi dgn sbelah tiub shja?

    Reply
    • Mnurut dktr ari tu..skurg2 nya 3 kali period baru leh mrncg tuk prgnnt smula.tpi itu semua rzeki dri Allah.kta sama2 doa dan usaha?

      Reply
  7. Assalamualaikum..disahkn ectopic pregnncy pda 19/6/15(1st baby)..pmbedahan laparskopi d lakukan pda tgh mlm tarikh yg sama..skrg ne masi berpantang.doakan sya utk prgnent lg mommies2 semua..aamiin.insyaAllah?

    Reply
  8. Sy pernah juga. Pada 3/10/2015. Sekarang ni hanya tunggu masa untuk mengandung lagi tapi doc cakap kene tunggu tahun depan. Berdoa je lah.

    Reply
  9. Sy skrg tlh disyaki ectopic pregnancy,6mggu…ujian drh beta hcg yg 1st tlh di ambil,mlm ni utk ujian drh yg ke2..sy xde skt cume ade kuar drh brownish..doakn sy slmt ye..sy tkt sgt2.sblum ni dh 2kali gugur,msh menunggu mse utk mberikn zuriat buat suami..?

    Reply
    • Sis nnti update yek…saya pn baru pagi td kena ambik darah yg pertama utk hcg…ahad sekali lg….simtom sis lbh kurg saya jer…saya cuma nk tahu apakh tindakan susulan Dr pihak Hosp….tq sis

      Reply
    • Sy skrg ni di wad sbb ade bleeding.utk pengetahuan tiub sebelh kanan sy dah kne buang sbb ektopik.ini kandungn kedua selepas ektopik yg pertama.doakan ini bukan ektopik ye..risau sgt2 sbb sy masih belum ade zuriat

      Reply
  10. Saya baru je membuat pembedahan buang fallopian tube sebelah kiri kerana ectopic pregnancy pd ahad lepas 5/6/2016. Sy mmg sudah tahu sy mengandung, kebetulan khamis sebelum sakit, sy keluar ketulan dan check dgn klinik. Doc ckp keguguran, jd sy pon x syak apa2. Tp pendarahan agak lama berlaku dlm semggu sblm tu.. sabtu 4/6/16 sy start sakit perut sampai ke bontot. Naik kereta pun x boleh, sakit perut smpi menggigil dan berpeluh.. gerak sikit pon tak kena, nak buang air besar, kecil mahupun angin sngatlah sakit. Sehinggalah sy pergi ke hosp shah alam ahad nya, doc sah kan sy kehamilan luar rahim dan perlu dibedah malam itu jugak. Allahuakbar, sakit yg x tertanggung rasanya tapi alhamdulillah, pembedahan berjaya. Harap semua doakan saya dan suami agar dpt menimang chya mata kami sndri nanti.. amin.

    Reply
  11. Salam… saya pun baru mengalami hamil luar rahim.. 24 mac 2016 sy dtg period mcm biasa.. then 10 april 2016 ada pendarahan yg keluar tp xbyk mcm period.. tapi berlanjutan sampai seminggu lbh.. tanya pendapat kawan2 yg dah pernah hamil..diorg cdgkan buat pregnancy test sbb ada segelintir yg pregnant di awal kandungan ada pendarahan..sy pon buat la ujian kehamilan.. 3 kali sy buat semua +ve.. time tu happy xterkata.. suami pon happy.. next day ktorg decide nak g klinik buat scan tuk confirmation.. mse scan xnmpak ape2 kantung pon.. doc ckap mybe sbb awal lg.. so doc suruh buat ujian kehamilan lg skali kt klinik.. kali ni keputusan msih +ve cume garisan +ve tu semakin pudar.. time tu rase nak nangis.. doc bg ubat folic acid and suh rest dan jgn pikir sgt.. next day bangun subuh ada pendarah yg agk byk..bagitau husband and terus husband bawak g hospital selayang.. kat hospital lbh kurg 6 doc check scan perut scan ikut bawah semua.. buat ujian kehamilan and result dah -ve.. amik ujian hormon and then result pakar sakit puan cakap confirm pregnant luar rahim.. so trus kena puasa and same day jgk kena bedah..ingat lagi tarikh keramat tu 22 april 2016… sedih teramat sgt time tu.. tiub belah kiri terpksa dibuang.. now dlm proses pemulihan.. and berharap diberikan rezeki untuk hamil lg..

    Reply
  12. Assalamualaikum..sy bru lps mnjlni pmbedahan buang fallopian sblh knan pd 11/06/16 (sabtu lps).pngalaman yg xblh sy lupakn. Mmg xde tanda2 awal shggala sy trun drh msh bsahur kol5pg. Trus hasbn bwk ke hosp tuanku jaafar,seremban. Sy disahkn mngandung luar rahim pd usia kndungan 8mggu. Perasaan ktka tu mmg xdpt dgmbarkn,sedih & sgt2 kecewa. In shaa Allah skrg sy dh mula dpt trm sdkit demi sedikit..mg msih ada rzki sy pd ms akn dtg, amin amin ya rabbal alamin. Dugaan utk kmi skuarga d bulan yg pnuh mulia.

    Reply
  13. Sy br selesai menjalani pembedahan laproscopy disebabkan ectopic pd 19/8/2016. Tiub kiri dibuang, ini adalah kehamilan kedua selepas melahirkan anak sulung secara normal pd 26/1/2015. Sy tiada bleeding semasa minggu ke7 kehamilan, tetapi sy sakit perut yg amat sgt dan hasil ujian scan menunjukkan sy hamil di luar rahim. Sy mula bleeding setelah 3 hari dibedah dan kini sedang dlm tempoh berpantangh

    Reply

Leave a Comment