Cara Mengesan & Mencegah Rahim Jatuh. Boleh Buat Sendiri!

Anda terasa ingin buang air kecil namun sungguh sukar untuk membuangnya setiap kali?

Tidak dapat mengawal kencing setiap kali batuk mahupun bersin?

Kerap sembelit?

Tidak puas bila membuang air kecil mahupun besar?

Itu adalah antara simptom peranakan atau rahim jatuh.

Bagaimana peranakan boleh jatuh?

Ia normal bagi wanita yang pernah melahirkan anak. Namun, ada juga anak dara yang menghadapi masalah ini.

Puncanya:

  • Kehamilan yang kerap dan bersalin berulang kali pada jarak yang dekat.
  • Otot-otot rahim menjadi kian lemah selepas bersalin seiring dengan peningkatan usia.
  • Melahirkan bayi yang besar
  • Melahirkan bayi dengan bantuan forceps atau vacuum
  • Hilangnya hormon estrogen disebabkan oleh menopouse
  • Kerap mengangkat benda berat
  • Obesiti
  • Berdiri terlalu lama
  • Pernah melakukan pembedahan di sekitar kawasan rahim
Foto Kredit: physio-pedia.com
Foto Kredit: physio-pedia.com

Adakah ia bahaya?

Ya, jika dibiarkan ianya akan memberi mudarat kepada kesuburan, fizikal, dan hubungan antara suami isteri dalam jangka masa panjang:

1. Masalah kesuburan – punca utama sukar hamil. Apabila mengalaminya, ia sangat menyakitkan malah boleh menyebabkan pendarahan teruk jika rahim jatuh hingga terkeluar dari alat sulit. Kemungkinan rahim perlu dibuang untuk mengelakkan rasa sakit.

2. Gangguan kesihatan fizikal – kencing tidak lawas. Paha dan betis rasa kebas-kebas. Waktu petang, terasa seperti nak demam, kaki dan tangan sejuk.

3. Masalah hubungan intim – Sakit di bahagian pinggang dan ari-ari hingga rasa senak. Boleh menjejaskan hubungan dengan suami.

2 Cara Yang Boleh Dilakukan Sendiri Untuk Mengesan Tandanya

1. Secara Berbaring (digalakkan untuk anak dara)
Letakkan ibu jari dalam pusat. Jika terasa berdenyut-denyut , maknanya tempat peranakan berada di tempat yang betul. Jika tiada terasa apa-apa, lurut ke bawah pusat hingga terasa denyut-denyut.

Andai terasa denyut-denyut di bahagian bawah pusat, anda perlu menaikkan semula tempat peranakan. Biasanya kaedah mengurut boleh dilakukan oleh bidan yang pakar.

2. Secara Mencangkung
Masukkan jari ke dalam rahim dan cuba sentuh objek berbentuk bulat seperti guli tetapi lembut. Jika dapat merasanya, maknanya peranakan sudah menggelongsor turun dari kedudukannya. Untuk kepastian, ambil cermin dan tengok jika ada daging yang sudah terkeluar.

 

Adakah ia boleh dicegah?

  • Elak kehamilan yang rapat
  • Kurangkan berat badan
  • Jangan angkat benda berat
  • Amalkan senaman kemutan untuk menguatkan otot pelvik

Mendengarkan namanya sahaja sudah gerun apatah lagi mengalaminya! Bayangkan rasa sakit yang tidak terhingga di rahim. Sudahlah datang bulan pun sakit, ditambah lagi dengan masalah rahim jatuh.

Amalkan langkah mencegah untuk memastikan rahim sentiasa dalam keadaan normal demi kesihatan jangka masa panjang.

Jika anda merasakan sebarang tanda yang disebutkan di atas, jangan tunggu lagi! Jalanilah pemeriksaan dengan pakar untuk mendapatkan rawatan awal.

Leave a Comment