Anak Lebih Cerdik Kalau Papa Yang Selalu Bacakan Buku Untuk Mereka

“Seronok juga sekali -sekala tengok Encik Suami membacakan buku cerita untuk anak-anak. Ada juga kelainan yang diperkenalkan. Tak adalah bosan dengan ayat ‘mommy’ saja. Lagipun, pernah dengar orang cakap salah petua anak cerdik kena dekatkan mereka dengan bapa. Kenapa agaknya ya?”

Karakter seorang ayah dalam kehidupan seorang anak tidak kurang signifikannya berbanding seorang ibu.

Walaupun ibu yang memainkan peranan utama dalam menjaga dan menemani mereka sepanjang hari, namun impak seorang bapa masih dapat dilihat pada anak walaupun masa berkualiti yang diluangkan hanyalah 20-30 minit setiap hari.

Foto Kredit: angelibebe.com
Foto Kredit: angelibebe.com

Keunikan Hubungan Bapa Dengan Anak

Sebuah kajian daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati bahawa anak kecil akan mendapat impak yang luarbiasa apabila seorang ayah selalu membacakan buku cerita kepada anak-anak.

Malah, terdapat banyak lagi kajian yang mendapati bahawa anak yang dibacakan buku oleh bapanya dengan kerap akan lebih bijak mengawal kelakuan dan membantu menajamkan konsentrasi. The Literacy Trust merungkaikan bahawa anak-anak ini mendapat keputusan yang lebih baik di sekolah, terutamanya dalam ilmu matematik.

Maka, tak hairanlah orang kata, salah satu petua anak cerdik datangnya daripada hubungan yang rapat antara bapa dengan anaknya.

Tapi, nak tahu kenapa dan apa bezanya pembacaan seorang ayah daripada seorang ibu?

Foto Kredit: gesundheits-guide.at
Foto Kredit: gesundheits-guide.at

5 Sebab Seorang Ayah Perlu Membaca Untuk Anak Mereka

Ini 5 sebab yang menjadikan aktiviti membaca untuk anak sangat penting dilakukan oleh bapa.

1. Papa menggunakan bahasa yang berbeza

Dr Elisabeth Duursma yang mengendalikan kajian tersebut mendakwa bahawa bahasa yang digunakan oleh seorang lelaki amat berbeza berbanding wanita.

Penggunaan bahasa seorang ayah adalah kompleks dan abstrak. Ia berdasarkan logik dan selalunya mempunyai nilai intelektual berbanding wanita yang lebih menekankan emosi dan karakter.

Foto Kredit: textodegaragem.com
Foto Kredit: textodegaragem.com

2. Papa bertanya soalan yang imaginatif

Dalam penceritaan, seorang wanita cenderung untuk mempraktikkan petua anak cerdik dengan mengajar anak perkara-perkara seperti warna, mengira, dan abjad yang terlihat dalam buku tersebut.

Berbeza dengan seorang lelaki, mereka selalunya mengaitkan bacaan tersebut dengan pengalaman lalu.

Mama: “Tengok ada epal pada pokok ini. Berapa biji yang kamu nampak? Cuba kira.”

Papa: “Oh tengok, ini tangga. Ingat tak tangga begini yang Papa gunakan untuk tukar mentol lampu hari itu?” 

Berbeza, kan? Walaupun santai, soalan ini tidak ‘direct’ dan memerlukan ruang untuk anak berfikir.

Foto Kredit: montessoriacademy.com
Foto Kredit: montessoriacademy.com

3. Papa jarang meluangkan masa

Secara semulajadinya, kebanyakan anak lebih banyak meluangkan masanya dengan ibu berbanding bapa.

Maka, apabila seorang ayah membacakan buku, si anak cenderung menjadi lebih fokus dan memberikan perhatian yang lebih.

Ini kerana, ianya adalah salah satu ‘moment’ yang jarang berlaku dan sangat istimewa buat mereka.

Secara tidak langsung, ia akan memberi impak yang besar, terutamanya kepada anak perempuan.

Foto Kredit: huffingtonpost.com
Foto Kredit: huffingtonpost.com

4. Papa lebih suka memberi cabaran

Seorang bapa mungkin akan menyebut perkataan yang salah dan cuba menukar cerita apabila mereka ‘malas’ untuk membaca.

Jika anak-anak dah tahu akan sesebuah cerita, tentu mereka akan membetulkan pembacaan tersebut.

Ini sebenarnya adalah salah satu cabaran untuk memaksa otak anak berfikir dan menjadi lebih kreatif.

Tambahan pula, sifat seorang bapa yang suka bergurau menjadikan cabaran ini nampak sangat mudah, bukan?

petua anak cerdik dan pintar
Foto Kredit: smsshopmag.com

5. Papa menyuntik keyakinan pada anak

Sebagai ketua keluarga, seorang ayah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak melalui aktiviti membaca ini.

Bayangkan, jika seorang ketua sentiasa memberi sokongan moral, tentulah kita akan berasa penting dan berkeyakinan untuk membuat sesuatu kan?

Begitulah juga halnya dengan anak-anak apabila dibacakan buku cerita oleh bapanya.

petua anak cerdik
Foto Kredit: drkateroberts.com

Tak Hairanlah Ia Dianggap Petua Anak Cerdik!

Kita tidak sepatutnya melihat aktiviti membaca sebagai aktiviti yang serius atau membosankan. Sebaliknya, ia patut disertai dengan pelbagai aktiviti kreatif seperti membuat suara pelik atau gaya lakonan yang kelakar, sehingga mencetuskan gelak tawa anak-anak.

Ini bukan saja menyemai semangat cintakan ilmu di kalangan anak kecil, malah salah satu bentuk terapi juga kepada ibu bapa untuk menghilangkan stres.

Seorang bapa terutamanya perlu mengambil inisiatif dan mengabaikan keistimewaan yang dipunyai oleh karakter mereka.

Bayangkan, jika anak-anak dibacakan buku oleh bapa DAN juga ibu, tentu lebih banyak ilmu dan pendedahan yang mereka dapat. Hubungan pun bertambah rapat!

Leave a Comment