Home / Rakyat / Program “I Want To Touch A Dog” Beri Peluang Orang Islam Pegang Anjing!

Program “I Want To Touch A Dog” Beri Peluang Orang Islam Pegang Anjing!

Terkini: 20 Oktober 2014

Page Facebook I Want To Touch A Dog kini tidak boleh diakses. Kemungkinan telah di ‘delete’ oleh penganjur program setelah menerima bantahan dari ramai pihak. Sumber Berita Harian melaporkan yang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyiasat penganjuran acara ‘I Want To Touch A Dog’ (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, pada 19 Oktober 2014.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini. Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).

Namun, ada desas-desus mengatakan program ini sudahpun diluluskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Kami juga sangsi, mana satu informasi yang lebih tepat. Apa-apapun, biarlah kita serahkan urusan siasatan pada pihak berwajib.

i-want-to-touch-a-dog-saya-mahu-pegang-anjing-event

Nota: Semua gambar dalam artikel ini adalah ehsan Facebook I Want To Touch A Dog. Jika ada mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan gambar yang dipaparkan di sini, mohon beritahu kami.

 

i-want-to-touch-a-dog-event-4

Acara “I Want To Touch A Dog” pada 19 Oktober 2014 di Central Park, Bandar Utama, mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Boleh lihat sendiri banyak gambar di Facebook I Want To Touch A Dog sendiri.

Ini antara peserta yang hadir dan ‘post’ gambar mereka di Facebook.

i-want-to-touch-a-dog-event-3

 

i-want-to-touch-a-dog-event-2

 

i-want-to-touch-a-dog-event-1

 

Penganjur Program Syed Azmi AlHabsi

 

 

Kata penganjur program itu, Syed Azmi Alhabsi, program “I Want to Touch a Dog” adalah satu acara untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih peka dengan makhluk berbulu dan berkaki empat itu. Ia juga untuk mendidik orang ramai tentang bagaimana untuk mengamalkan kebersihan. Selain itu, ia adalah satu cara untuk membantu mereka mengatasi rasa takut terhadap anjing dan membawa bersama-sama rakyat Malaysia bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman yang melampaui budaya, bangsa dan agama.

i-want-to-touch-a-dog-2

Apa Hukum Pegang Anjing?

Kami bukan pakar agama. Maka, biarlah orang yang lebih ada kredibiliti untuk memberikan respon. Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah beliau ada membincangkan perkara ini. Tonton video di bawah.

 

Kami sedar, program sebegini agak sensitif dan bakal mengundang pelbagai reaksi. Ada yang positif, ada yang negatif. Apa pendapat anda?

 

About admin2

34 comments

  1. Sape la penganjur 2,bwak prgy jmpa ustaz skli,,
    Ha3,lpas ni buat program jom sentuh babi
    Or jom lumurkn bdan dgn tahi sndri
    Akai ad xguna buat ap

  2. Terbaik! Semoga selepas ini kaum melayu tidak lagi jumud…melulu mengikut telunjuk nenek moyang semata. Syabas kpd penganjur!

  3. bangga sangat nk pegang anjing tu dah kenapa ?? nk mengatasi rasa takut taik ko !!

  4. bagus la penganjur buat ni. silapnya media tak buat laporan lengkap. media cuma cakap dia buat program sentuh anjing je, tak cakap sekali yang dia jemput ustaz untuk jelaskan isu ni. tak cakap sekali yang program ni juga dekatkan non-muslim kepada Islam. tak cakap sekali yang penganjur dapat greenlight dari MAIS.

    masyarakat baca pun dapat maklumat separuh je. timbul la macam2 salah faham.

    • YA! ustaz yg tatau kesahihannya dan sekarang JAKIM nak siasat pasal ustaz ni. banyak lagi caranya ya cik ct kalau nak dekatkan non-muslim kpd Islam bukan dgn cara pegang anjing.

  5. Bodoh..
    Ajar sgt bnda2 cmni.. Nt bdak2 yg xtahu ape2 tgan bsah ke anjing tu bsah ke pergi pegang anjg.. Xke haram?
    Mmg btol lah kite ni dah akhr zaman..
    Umat islam dah smkin cetek agamanye….

  6. ..aq x taw nk komen ap..siap bwak anak lg..Allah..ap nk jd..

  7. Memang cerita tak lengkap………..dalam gambar ada disediakan tunjuk cara samak sekali…guna air pasir sebaldi………..

    TAPI…..
    ada disediakan kolam paya lumpur tak? Sebab ada aktiviti gesel, pangku, peluk-peluk2 anjing nih. Macam mana kita nak pastikan air liur atau k*****g je yang lutsinar tu tak terkena pada anggota yang lain ye? Saya cadangkan ada aktiviti berendam dalam lumpur supaya dapat cucikan najis mughallazah. Air shower tak boleh ya.

    Niat baik + tak kena cara = fitnah + neologism yang boleh merosak kan anak-anak islam yang masih kecil.

    Nauzubillah

  8. umat Islam akhir cuba melawan perintah Allah Swt. Akal yg diberikan oleh Allah tidak lagi dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Kita sebagai umat Islam jangan ikut ustaz saudara saudari ku sekalian tetapi yg perlu kita ikut ialah ajaran Nabi Muhammad. Risaula saya dengan umat Islam sekarang

  9. Orang yg menganjurkan program ni nk jawab apa dpn Allah SWT kt akhirat nnti???…program ni hnya memecahbelahkn umat Islam je…mmg anjing tu makhluk Allah SWT…x semestinya kt bleyh belai suka-suki je…lg satu…bela anjing dgn sengaja jd haiwan peliharaan akn ditolak pahala sebesar gunung Uhud…bkan ayt sy,tp ni ayt Rasulullah SAW…kt negara Malaysia bermazhab Imam Syafie,jd ikutlh mazhab yg sedia ada…kalu x nk ikut,hormatlh skit org yg brpgg mazhab syafie…program ni hnya menimbulkn kekeliruan masyarakat Islam di negara ini…semoga hati penganjur nih trbuka untk brtaubat…

  10. Sedang kan kucing pon ade yg takut ini kan plk nk pegang anjing

  11. Jangan jadi bodoh..klau ilmu xckup jgn buat pandai n mnyusahkan org..kesian kt korg n mak bapak korang..

    Baca ni

    KEJAHILAN PROGRAM ‘I WANT TO TOUCH A DOG’

    I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu ‘uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul ‘uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

    Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

    Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan ‘uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

    Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

    Hukum menyentuh anjing

    1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

    “Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
    [Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

    Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

    Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

    **Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada “alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)”, ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

    Hukum membela anjing

    2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

    i. Untuk menjaga harta
    ii. untuk menjaga tanaman
    iii. untuk menjaga ternakan
    iv. sebagai anjing untuk memburu
    v. menjaga keselamatan keluarga

    “Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.” [Hadis Muttafaq ‘Alaih]

    Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.”
    [Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

    Juga daripada Ibnu Umar berkata: “Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak.”
    [riwayat Muslim no. 1571]

    “Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari”
    [Hadis Muttafaq ‘Alaih]

    Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

    Syaratnya:
    1) HARAM bela anjing di dalam rumah
    2) WAJIB beri makan minumnya
    3) HARAM mendera atau mencederakannya
    4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

    **Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.

    3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

    Rujukan:
    Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
    Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
    Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad ‘Ata)

  12. Semua foto tersenyum memegang,memeluk,meriba anjing itu akan dipertontonkan diakhirat kelak. Apakah anda mampu menjawab dihadapan Allah swt kelak, mengapa anda memegang anjing sedangkan anda tahu itu najis mughallazah? Sudah2 lah berbuat dosa. Hormatilah agama. Apa yg diharamkan itu tetap menjadi haram sehingga kiamat. Tak perlu mendekatkan diri dengan anjing. Taubatlah sebelum terlambat.

  13. Maaf penganjur…saya tidak bersetuju dengan program anda 100 % sebaiknya bagus buat program i want to touch Al-Quran.."…reason..anda fikir la sendiri.

    • Setuju sama sekali dgn idea saudara “i want to touch alquran”. Negara kita majoriti islam, kenapa tak berani buat program macam ni kt non muslim. Selagi mereka tak kenal Alquran, selagi tu lah mereka akan tidak mengenali Islam dan kebenarannya.

  14. Jgn ikut membabi buta. Fahami Islam dgn sepenuhnya. Tak blh terima mengapa satu fakta dlm Islam yg sebegitu jelas tidak mampu dicernakan dlm otak muslim hari ini. Mudah sgt tertipu dgn dakyah kaum Liberalis ni.

  15. Saya suka dengan idea “I want to touch Al-Quran” tu saudara 😀

    Lebih cepat dekatkan non-Muslim kepada Islam, amacam?

    • sahabat dunia akhirat.

      L
      Xpe.. ckp la slagi mukut bleh bkata2…nk pluk o cium anjing ska pragram nh…ble ms anggota bdn kt yg bkata2 dan mulut d kunci.ms tu tawu la azab Allah mcmne…

  16. Baik pihak berkuasa siasat betul2..silap2 penganjur tuh syiah…sbb puak syiah dibenarkan membela anjing sbgai 'pet'.
    Malaysia oh Malaysia…bila agaknya kita nk sedar dari lamunan duniawi.

  17. Apa kata orang yang pegang/belai anjing setelah isu mendapat comment meluas. Hasnul ismail & nur akmal masdan apa komen anda.

  18. Memang celaka bangsat penganjur sial ni. Yang datang pun bodoh bangang takde otak punya orang. Harap2 nanti mamat sial ni mati la kene gigit anjing.

  19. Bab halal haram ni byk khilaf…
    Dlm mazhab khilaf bab hukum fekah memang byk..tetapi akidah kita tetap sama.. Contoh bab rokok..bab riba dalam simpanan bank..ASB… Benda2 ni masuk dlm darah daging..tapi bila kita ni perokok atau kita ni ada simpan duit byk dlm ASB.. Ada ulamak kata haram, kita akan cuba cari ulamak yg kata tak haram.. Jadi bab anjing ni pun sama juga ada khilaf nya.. Bagi saya kita ni sebenarnya suka menghukum org.. Tanpa bagi peluang pihak berwajib siasat dahulu.. Kita mengeluarkan kata2 tuduhan yg berat.. Sedangkan kita tak kenal pun peribadi org2 yg didlm gambar tu… Adakah kita rasa kita dah terlalu mulia di sisi Allah..
    Tak perlulah kita mengutuk.. Biarlah jakim & mais menjalankan tanggungjwb mereka.

  20. Banyak lagi menda lain boleh buat. Kita sibuk nak membuktikan betapa liberal nya kita pada dunia luar walhal pada masa yang sama orang mengambil kesempatan memijak2 agama kita. Kalau nak pegang, pegang aja lah..tak patahlah nak buat kempen bagai. Saya tak tahu apa hasil daripada event ini. Apa2 pun saya doakan yang terbaik untuk semua dan sayangilah negara kita.

  21. Lain kali buat la plak i want to touch a pig. Anjing ngn babi kn lebey kurang sama je najis dia. Nk tgok gak ramai ke nk pegang babi. Penganjur ngn peserta suma bodo nmpk sgt jahil agama.

  22. Dgr kata penganjur tu murtad ye

  23. Sedih. Anak2 Melayu yang kretif tapi tak dapat memahami nilai2 budaya bangsa sendiri. Mudah terpedaya dengan kelainan tanpa memikirkan kesan nya pada masa depan anak bangsa. Nak gemour ke. Seronok ke dilihat bergambar dengan anjing2 tu. Takde rasa malu. Kenapa biarkan ruang untuk SETAN merosakkan jiwa. Yang dah pegang anjing tu ada ke pergi berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Kan ke itu lagi bermakna. Dah tutup aurat. Dah Pegang Al-Quran. Dah Solat. Kita sewajarnya menerapkan budaya murni kita keseluruh dunia bukan biarkan kita diwarnai oleh mereka.

  24. buat apalah nak pegang anjing suka-suka..kucingkan ada!

  25. Saya menantikan saudara sendiri yg anjurkan program ` I want to touch Al-Quran '

  26. Nur Atiqah individu itu sendiri adalah penganjur untuk dekat kan diri kepada Al quran .Rasullah telah tinggalkan kita pedoman Al-quran dan sunnah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *