7 Perkara Tentang Encik Suami Yang Patut Dirahsiakan Oleh Isteri

“Ish, Sheila telefon lagi. Nak ajak aku bergosiplah tu. Tak pun, dia nak buka cerita sedih punca suami curang dengan perempuan lain. Aduh, rasa bersalah pula kalau tak layan.”

Sebagai wanita, kita memang suka bercerita dan meluahkan perasaan. Lebih-lebih lagi kalau jumpa ‘geng’ yang memang ‘satu kepala’.

Semua benda diceritakan, sampai kadangkala kita tidak menyedari bahawa perkara yang dibualkan boleh mendatangkan fitnah.

Ini 7 perkara tentang suami anda yang tak patut anda ceritakan pada sesiapa.

1. Hubungan Intim

Segala hal dalam bilik tidur perlu dirahsiakan. Tak kiralah sama ada ianya baik ataupun buruk.

Sekiranya bermasalah, seseorang wanita perlulah memaklumkan suami terlebih dahulu sebelum meminta pendapat daripada orang luar.

Dalam Islam pun, kita amat dianjurkan agar menyimpan rahsia ini seelok-eloknya.

punca suami curang
Foto Kredit: masterfile.com

2. Fobia Suami

Sebagai seorang manusia, tentulah kita mempunyai kelemahan tertentu.

Walaupun ketakutan suami merupakan sesuatu yang tidak logik akal atau kelakar seperti takut pada kucing, anda tidak perlulah menyebarkannya.

Dr. Audrey Sherman, ahli psikologi dan founder PsychSkills berkata, “Wanita selalunya tidak kekok mengakui ketakutan mereka, tetapi lelaki tidak begitu.”

Perkara seperti ini selalu dipandang ringan dan dijadikan bahan lawak sedangkan ia boleh menjatuhkan maruah suami.

punca suami curang
Foto Kredit: craynews.org

3. Tabiat Buruk

Segala tabiat buruk suami juga sebenarnya adalah kekurangan suami.

Contohnya, mungkin ada suami yang pemalas atau suka berfoya-foya di kelab malam.

Sebaik-baiknya, kita sebagai isteri perlulah memberi nasihat secara berhikmah dan paling penting, mendoakannya tanpa henti-henti.

Sekiranya berlaku kegananasan rumah tangga atau sebarang bentuk penganiayaan terhadap hak isteri, maka bolehlah anda diadukan kepada pihak ketiga sekadar untuk meminta penyelesaian.

Cara untuk curang
Foto Kredit: shutterstock.com

4. Gaji Suami

Gaji melambangkan status suami. Hal ini juga cenderung dibanding-bandingkan dengan orang lain dan mungkin akan menjadi sebab kepada pergaduhan.

Oleh itu, bersyukurlah sekiranya suami memiliki gaji yang tinggi, dan tidak perlulah mengeluh jika gaji mereka tidak mencukupi.

Lelaki boleh menjadi tertekan apabila egonya terancam, lalu boleh menjadi punca suami curang.

punca suami curang
Foto Kredit: pantonandco.com

5. Tak Pandai Bertukang

Seperti wanita yang sensitif apabila ditegur ‘gemuk’, lelaki juga amat sensitif apabila dikatakan ‘tidak pandai bertukang’.

Dr. Lombardo dalam sebuah artikelnya menekankan bahawa walaupun perkara ini agak ‘kelakar’, tapi ia sebenarnya sensitif kerana melambangkan satu bentuk ‘kelelakian’.

man fixing suami rumah

6. Apa Yang Dikatakan Oleh Suami Ketika Marah

Setiap orang tidak akan berada pada kewarasannya apabila dilanda perasaan marah.

Oleh itu, janganlah anda cuba memberitahu rakan karib anda tentang pergaduhan yang berlaku tanpa diselesaikan dengan suami.

Sebaliknya, cuba ambil masa untuk duduk dan berbincang secara berhikmah.

Suami mengamuk di kedai makan, hempas pinggan dan meja

7. Hal Buruk Pada Keluarganya

Percayalah, apabila berkahwin, kita semua akan berasa kekok dengan keluarga mertua pada awalnya.

Tetapi, lama-kelamaan, perasaan ini boleh dihakis apabila kita sentiasa beramah mesra dan bersangka baik dengan mereka.

Anggaplah mereka seperti keluarga sendiri, yang turut mempunyai kekurangan dalam hal tertentu.

pensyarah-upm-nafise-motlaq-father-daughter-1

7. Hal Buruk Pada Keluarganya

Percayalah, apabila berkahwin, kita semua akan berasa kekok dengan keluarga mertua pada awalnya.

Tetapi, lama-kelamaan, perasaan ini boleh dihakis apabila kita sentiasa beramah mesra dan bersangka baik dengan mereka.

Anggaplah mereka seperti keluarga sendiri, yang turut mempunyai kekurangan dalam hal tertentu.

Bercinta dengan duda hidung belang, tidur dengan wanita lain.

Terlajak Perahu Boleh Diundur

Jika terdapat masalah dalam hal rumah tangga, cubalah bertahan dan seelok-eloknya berbincanglah dengan suami terlebih dahulu.

Salah satu punca suami curang adalah kerana tidak tahan dengan mulut isterinya. Memang lumrah wanita yang kaya dengan emosi kadangkala mengungkapkan sesuatu yang tidak disengajakan.

Sebab itulah salah satu ciri wanita yang amat disanjung dalam Islam adalah wanita yang dapat menjaga segala aib rumah tangganya, seperti yang terungkap dalam petikan ayat Al-Quran berikut:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللهُ

Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka).” (An-Nisa: 34)

Namun, sekiranya keadaan bertambah buruk dan mula melibatkan keganasan, adukanlah kepada seseorang yang anda percayai dapat menjaga aib keluarga anda. Contohnya saudara terdekat seperti ibu atau pihak perundangan yang sepatutnya.

Leave a Comment