2 Resepi Biskut Bayi Paling Ekspres & Jimat, Senang Bawa Travel

Di sini kami ingin berkongsi 2 buah resipi biskut bayi melalui Puan Nurul Maslia Hidayu Shohodin – khas buat ibu-ibu yang sibuk.

Biskut bayi atau ‘finger food’ ini boleh diberi kepada bayi berusia 6 bulan ke atas, terutamanya untuk bayi anda yang sedang tumbuh gigi (teething).

Mereka tentu suka mengunyah dan menggigit biskut-biskut semasa gusinya gatal.

Biskut bayi di pasaran pula kebanyakannya mengandungi gula yang tinggi. Yang organik pula agak mahal dan kurang didapati di pasaraya biasa.

Jadi, apa kata anda buat sendiri resepi biskut bayi tanpa gula ini.

sakit-gusi-akibat-tumbuh-gigi-pada-bayi

 

2 Resepi Biskut Bayi – Mudah & Sihat, Tanpa Gula Tambahan!

Resipi biskut bayi yang pertama adalah resepi yang mudah dan paling ‘simple’! Manakala, resepi biskut bayi yang kedua pula adalah untuk anda yang mempunyai lebih banyak masa.

Apa pun, kedua-duanya memang tak susah. Tak percaya, cuba tengok resepinya. Mesti boleh buat selalu.

 

1. Biskut Roti

Menurut Puan Maslia, inilah ‘finger food’ yang sentiasa ada di rumahnya dan sentiasa dibawa ke mana-mana apabila keluar bersama bayinya.

Sentiasa ada stok kerana ianya mudah dibuat dan disimpan.

Bukan anak-anak saja yang boleh makan, ibu bapa juga pun boleh tumpang sama.

Biasanya ada nampak orang jual, tak sangka pula cara membuatnya sangat mudah!

Ini gambarnya langkah demi langkah. ‘Scroll’ ke bawah lagi untuk penerangan lanjut:

resepi biskut bayi
Foto Kredit: Puan Nurul Maslia Hidayu Shohodin

 

Bahan-Bahan:

1. Roti

2. Unsalted butter

 

Cara Penyediaan:

1. Sapu unsalted butter atas roti

2. Potong panjang-panjang. (nak gunakan cookie cutter pun boleh untuk dapatkan bentuk comel)

3. Bakar suhu 160-180c selama 15 minit

4. Siap! Simpankan dalam bekas kedap udara apabila sejuk.

Nota: Biskut ini memang keras sedikit. Jadi, pastikan anda memantau bayi anda jika ini kali pertama bayi memakan biskut. Bayi akan menghisap dan menggigit-gigit dahulu biskut ini sebelum menelannya.

 

Jika mahu, anda boleh mengurangkan tempoh membakar supaya ia tidak lebih sesuai dengan citarasa bayi anda.

Kata Puan Maslia lagi, memandangkan roti putih mengandungi sedikit kandungan sodium, maka ianya lebih elok diberikan kepada bayi berusia setahun ke atas. Namun, anda tidak perlu risau kerana kandungan sodiumnya amat sedikit berbanding biskut bayi komersial yang ada di pasaran.

“Roti pon ada kndungan sodium tp bg sy ni jauh lebih baik dr segala baby bites yg manis2 belaka tu… Amat membantu terutama mase tgh sibuk2 nk masak kt rumah & mase mkn kt luar… Baby pon dpt kunyah2 jgk… Xla tengok je org mkn kn…”

Jadi, sebagai alternatif, anda juga boleh menukar roti putih dengan roti ‘sihat’ seperti roti jagung atau roti ‘wholemeal’ yang anda buat sendiri. Terpulanglah pada citarasa anda.

cara buat resipi biskut bayi
Kalau nak gantikan dengan roti ‘wholemeal’ atau roti sihat pun boleh, tiada masalah. / Foto Kredit: myhealthyeatinghabits.com

 

2. Biskut Kurma

Resepi biskut bayi yang kedua adalah biskut kurma.

Oleh kerana tidak menggunakan gula, Puan Nurul menggunakan puree kurma untuk memberi sedikit perasa dalam biskut ini. Khasiatnya pun tinggi.

resepi biskut bayi tanpa gula
Foto Kredit: parentinghealthybabies.com

 

Anda boleh juga bereksperimen dengan perasa lain menggunakan buah-buahan lain yang digemari oleh si kecil.

Menariknya biskut ini hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Caranya amat mudah!

Ini gambarnya langkah demi langkah. ‘Scroll’ ke bawah lagi untuk penerangan lanjut:

resepi biskut bayi homemade
Foto Kredit: Puan Nurul Maslia Hidayu Shohodin

 

Bahan-Bahan:

1. sebuku unsalted butter

2. 1 1/2 cwn tepung atta

3. 1 1/2 cwn tepung jagung

4. 2 oz puree kurma

Cara Penyediaan:

1. Pukul unsalted butter sampai kembang..

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati.

3. 1/3 diasingkan untuk perasa original, 2/3 lagi dicampurkan dengan 2 oz puree kurma tadi.

4. Adunkan sehingga ia boleh diterap. Kalau masih lembik, tambahkan lagi tepung jagung atau tepung atta sampai adunan mudah diterap.

5. Bakar selama 25 minit dalam oven, suhu 180.

6. Siap boleh dihidangkan. Simpankan dalam bekas kedap udara apabila sejuk.

 

Mudah, Bukan?

Anda bukan saja boleh membuat biskut bayi sendiri, malah anda juga dapat berjimat.

Bukan itu saja, ianya juga senang untuk dibawa ke mana-mana seperti untuk bekalan ke pengasuh atau balik kampung.

Kalau kreatif, boleh buat macam-macam bentuk dan tambahkan perasa lain juga. Yang penting elakkan gula dan garam.

[box type=”shadow” align=”” class=”” width=””]Untuk banyak lagi perkongsian resepi yang mudah dan berkhasiat untuk bayi anda, sertai Group Facebook MY Baby Homemade Solid Food di bawah kelolaan Puan Nurul Maslia Hidayu Nordin.[/box]

Leave a Comment