Aneka 5 Resepi Donat Mudah. Ada Versi Pisang & Labu, ‘Confirm’ Gebu!

Rakyat Malaysia memang gemarkan donat.

Tengok sajalah francais donat yang makin banyak di negara ini, antaranya Big Apple, Dunkin Donut, Krispy Kreme.

Tak kiralah untuk sarapan, minum petang, atau juadah berbuka puasa, donat mesti mudah didapati di mana-mana. Kedai kek dan roti pun ada banyak pilihan donat yang sedap-sedap.

Dengan 5 resepi donat di bawah, anda tentu dapat menghasilkan sendiri donat yang anda idamkan – gebu, lembut, dan cair di mulut.

resepi donat

Aneka 5 Resepi Donat Mudah. Ada Versi Labu & Pisang, ‘Confirm’ Gebu!

 

1. Resepi Donat Labu Manis Kakbesah

Donat labu ini memang sangat istimewa. Dengan aroma labu dan warna yang kekuningan, ia memiliki kemanisan semulajadi yang menggiurkan.

Bagi sesiapa yang tak berapa minat dengan labu pun, mesti akan tetap menggemari rasanya yang lazat.

Rata-rata mereka yang telah mencubanya akan mengulang kembali resepi donat ini atas permintaan ramai.

Mudah saja membuatnya, mari tengok langkah di bawah.

resepi donat labu

Bahan-bahan

  • 1 kg tepung
  • 11/2 peket yis segera mauripan(jumlah brt=16g)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu makan garam
  • 300 gm labu yg telah direbus empuk
  • 3 biji telur besar
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan rata majerin
  • castor sugar secukupnya untuk ditabur pada donat

Cara-cara

1. Gaul rata tepung, susu & yis.

2. Menggunakan blender, kisar telur & gula hingga hancur. Campurkan labu rebus, blend lagi. jika kental sangat campurlah sesudu dua air suam. Campurkan garam & majerin, blend hingga sebati.

3. Campurkan bahan yg dimesin ke dalam tepung & uli hingga menjadi satu doh yg kenyal & licin. Dalam 10-15 minit. (tambah sedikit air jika perlu, semasa menguli tada)

resepi donat

4. Biar doh mengembang lebih kurang 1 jam.

open-uri20151010-29872-107ywez

4. Gentel bulat doh lalu dileperkan. Susun atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung.

open-uri20151010-29872-1l5pil7

5. Bila doh mengembang sekali lagi, bolehlah dibuat lubang dengan jari lalu digoreng dgn api perlahan hingga masak kedua-dua bahagian.

open-uri20151010-29872-1lxlsst

6. Bila telah keperangan, angkat & tos kan donat. Semasa masih suam, golekkan ke dalam gula castor.

open-uri20151010-29872-db60ri

7. Siap!

open-uri20151010-29872-sye4p3

*Resepi oleh kakbesah dari MyResipi.com (http://www.myresipi.com/recipes/13844-donut-donat-labu-manis-kakbesah)

 

 

2. Resepi Donat Bakar

Bagi yang lebih meminati rasa ‘plain’ dan kurang berminyak, anda disyorkan untuk mencuba resepi donat bakar ini.

Menurut pemilik resepi ini, adunan dalam resepinya ini boleh digunakan untuk menggoreng dan juga membakar.

Bagus juga tak payah balik-balikkan donat dalam kuali tu kan? Senang cerita, memang sesuai untuk yang terlebih ‘rajin’.

resepi donat bakar

Bahan-bahan

  • 500 g tepung roti
  • 100 g gula halus
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 2 sk yis segera (mauripan)
  • 75 g mentega/majerin – lembut
  • 3 biji kuning telur
  • 225 ml air hangat ( 1 cwn + 2 sb)
  • minyak masak untuk goreng terendam

Cara-Cara

1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak masak dan pukul hingga sebati dan doh tak melekat pada mangkuk pengadun.

open-uri20151010-29872-1hgz8ya

3. Tutup dan rehatkan adunan hingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 40-45 min

open-uri20151010-29872-7ofywp

4. Kempiskan doh,canai dan terap dengan penerap donut.

open-uri20151010-29872-1rywa64

5. Panaskan minyak dan goreng donut hingga kekuningan dengan api sederhana panas.

open-uri20151010-29872-ksuwoc

6. Angkat donut dan toskan di atas kertas serap minyak, sejukkan.

open-uri20151010-29872-4rnp08

7. Salutkan donut dengan gula halus/serbuk dan boleh dihidangkan.

open-uri20151010-29872-1b3pcj5

8. Untuk membuat donut bakar – selepas step (2) doh dikempiskan, ambil sedikit doh, bulatkan dan bubuh di dalam mangkuk kertas/muffin dan rehatkan sebentar hingga kembang. Sapu sedikit kuning atau putih telur dan taburkan gula halus dan bakar di dalam oven hingga keperangan.

open-uri20151010-29872-1yei2j1

*Resepi oleh kakfida dari MyResipi.com (http://www.myresipi.com/recipes/11560-donut-donat-goreng-bakar-a)

 

 

3. Resepi Donat Pisang

Kalau ada banyak lebihan pisang yang sudah masak ranum, selalunya kita akan terfikir untuk buat cucur pisang kan?

Haa… Kali ini apa kata anda cuba buat kejutan sedikit pada deria rasa dengan membuat donat pisang.

Kelainan ini tentu menarik dan unik. Pisang pula amat mudah untuk didapati.

Aromanya tentu akan ‘naik’ sewaktu menggoreng. Terbaik!

resepi donat pisang

Bahan-bahan

  • 400 g tepung roti
  • 100 g tepung gandum
  • 11 g yis segera (1 peket)
  • 100 g gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk bread improver (opt)
  • 1/2 cawan air
  • 3 biji kuning telur
  • 300 g pisang – lecek
  • 100 g mentega – lembut
  • minyak masak untuk goreng terendam
 Cara-cara

1. Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata. Masukkan pula pisang lecek dan mentega dan kacau sebati.

open-uri20151010-29872-1oi7nrt

2. Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.(Tambah tepung jika adunan lembik atau tambah air jika adunan kering)

open-uri20151010-29872-3uarb3

3. Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.

open-uri20151010-29872-1g2dixc

4. Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja.

open-uri20151010-29872-v42pzr

5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.

open-uri20151010-29872-g6atgq

6. Salutkan donat pisang dengan gula atau choc cair ikut selera.

open-uri20151010-29872-1hheyue

7. Boleh juga dibakar.

open-uri20151010-29872-123wsi

*Resepi oleh kakfida dari MyResipi.com (http://www.myresipi.com/recipes/11567-donut-donat-pisanga)

 

 

4. Resepi Donat Cinnamon

Aduhai, sekali terpandang gambar donat ini memang boleh terus jatuh cinta.

Itupun belum lagi memakannya. Sungguh gebu dan montel!

Bila sebut tentang kayu manis atau ‘cinnamon’, tentu ramai yang teringat pretzel Aunty Anne’s.

Resepi donat ini tentulah tidak sama seperti pretzel, namun rasanya dan aroma kayu manis ini amat lazat untuk anda nikmati gaya mewah di rumah.

Paling enak apabila dimakan bersama teh panas!

resepi donat cinnamon

donat cinnamon 2

Bahan-bahan

  • Bahan2:
  • 1 pek tepung donut 1/2kg
  • 1 pek yis (disediakan dalam pek)
  • 1 pek gula (disediakan dalam pek)
  • 90g butter/marjerin
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • sedikit garam & serbuk kulit kayu manis

Cara-cara

  1. Campurkan yis bersama tepung donut
  2. Campurkan air bersama sedikit garam & masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung
  3. Masukkan telur & uli menjadi doh
  4. Masukkan butter/marjerin ke dalam doh
  5. Uli sehingga doh menjadi kental selama 20-25minit
  6. Rehatkan doh selama 15 minit @ doh naik 2 kali ganda
  7. Bentukkan & rehatkan selama 20-25minit
  8. Goreng & salutkan dengan gula yang disediakan & taburkan sedikit serbuk kayu manis!
  9. Selamat mencuba!

*Resepi oleh fathinzarina dari MyResipi.com (http://www.myresipi.com/recipes/20602-donut-cinnamon-sugar-super-easy)

 

5. Resepi Glazed Doughnut

Untuk resepi donat yang terakhir, kami ingin ketengahkan cara membuat ‘glazed doughnut’ ala Krispy Kreme.

Rasa yang lemak manis, gebu, dan berkilau, itulah senjata mereka yang menjual donat ini.

Anda pun boleh buat sendiri di rumah atau hidangkan untuk tetamu pada hari keramaian.

Tentu nampak meriah dengan warna yang memukau!

resepi donat glazed

Bahan-bahan

  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 1/4 cwn air panas
  • 1 1/2 cwn susu segar (suam)
  • 1/4 cwn gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cwn shortening
  • 5 cwn tepung gandum / high-protein
  • Minyak yg cukup untuk menggoreng
  • GLAZE : 1/3 cwn butter | 2 cwn gula aising | 1 1/2 sudu kecil vanilla | 4 sudu besar air panas ( tambah jika perlu)

Cara-cara

  1. Taburkan yis kedlm air panas dan biarkan 5 minit.
  2. Campurkan semua bahan-bahan ke dalam mixing bowl dan pukul hingga sebati. (Guna tangan pun boleh, tapi lenguh la sikit) Mix sampai doh tak melekat pada bowl.
  3. Uli doh tadi selama 5 minit.(Lepas geram kat sapa2 time ni. Tak rasa penat sangat tgn tu. hehe). Simpan dalam bowl dan tutup. Biar sampai kembang 2 kali ganda.
  4. Tabur tepung atas papan canai.
  5. Canai doh tadi sampai 1/2 inci.
  6. Guna Doughnut cutter (acuan donat) untuk potong. Tutup dgn kain dan biarkan hingga kembang sekali lagi.
  7. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan. Pastikan dah panas betul, kalau tak nanti donat tu tak cantik dan serap byk minyak. Flip kan dia supaya garing rata.
  8. UNTUK GLAZE : Cair kan butter dlm periuk (tak perlu didihkan). Lepas tu, masukkan gula aising dan vanilla. Kacau 2-3 round pastu tutup api. Campur beberapa sudu air panas sampai glaze jadi “nipis”(Tak pekat, tak cair sgt). Celup kan donat-donat tadi masa tgh panas-panas lagi. Susun atas cooling rack bagi lebihan gula drip off.
  9. Bila dah sejuk, taddaaaaa! donat yg berkilauan dan sedap!

*Resepi oleh mommamia dari MyResipi.com (http://www.myresipi.com/recipes/8530-glazed-doughnut)

aneka resepi donat
Foto Kredit: lahaciendaapts.com

Pelbagai Resepi Donat Yang Mudah Untuk Anda Pelbagaikan Hidangan

Donat yang gebu dan cair di mulut memang tak dapat dibayangkan kenikmatannya.

Lebih-lebih lagi apabila dihidangkan panas-panas bersama kopi atau teh.

Kalau buat sendiri, bolehlah juga bajetkan masa yang sesuai untuk berbuka puasa nanti.

Bagi peminat donat, memang tak sah kalau tak cuba semua resipi donat dalam senarai ini. Mudah, kan?

 

Penafian: MyResepi.com dan SirapLimau.com adalah sebahagian daripada usahasama syarikat Dua Marhalah Sdn Bhd. Semua maklumat yang dipaparkan adalah tertakluk kepada hakcipta syarikat ini.

Leave a Comment