Home / 40 Minggu / 17 Resepi Makanan Dalam Pantang Selepas Bersalin, Normal & Pembedahan

17 Resepi Makanan Dalam Pantang Selepas Bersalin, Normal & Pembedahan

Apa makanan dalam pantang selepas bersalin yang baik dan berkhasiat? Apa resepinya? Apa menunya? Ini yang bermain di fikiran anda bukan?

Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi  pantang selepas bersalin ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.

pantangplus-logo

Kalau mahu cepat dan malas mahu masak, boleh terus hubungi pihak PantangPlus.com. Lebih mudah sebab mereka ada jaringan penyedia makanan pantang yang berkolaborasi bersama mereka di seluruh Malaysia.

Bukan sahaja makanan pantang yang dijamin halal, servis urut, bertungku, bertangas, mandi herba dan lulur  juga disediakan.

Boleh tempah sekarang sebab slot selalu penuh!

Makanan dalam pantang selepas bersalin bukan makanan yang biasa-biasa. Ia perlukan khasiat untuk menyembuhkan luka-luka semasa bersalin. Selalunya, ramai yang suka berpantang di rumah ibu sendiri. Ini kerana ibu akan menyediakan menu berpantang selepas bersalin untuk anak sendiri. Anak juga boleh bermanja-manja dan minta apa sahaja dari ibu sendiri. Kalau di rumah ibu mertua, mungkin agak terbatas.

Makanan Dalam Pantang Selepas Bersalin

1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:

  • Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
  • Lada hitam

Cara-cara:

  • Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
  • Gaulkannya sebati

 

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:

  • 1 keping ikan tenggiri kering
  • 2 biji lada besar
  • ½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:

  • Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
  • Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
  • Hidang bersama nasi panas

 

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Lada hitam

Cara-cara:

  • Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
  • Hidang bersama nasi panas

 

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:

  • Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
  • 1 labu bawang besar
  • 5-6 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:

  • Tumis semua bahan yang dihiris.
  • Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
  • Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:

  • 100g ikan bilis putih
  • 3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 2cm halia dimayang
  • 6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
  • 6 biji cili padi diketuk
  • Minyak

Cara-cara:

  • Goreng ikan bilis hingga ranggup
  • Kemudian masukkan bahan hirisan

 

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:

  • Sebiji bawang besar dimayang
  • Ikan bilis
  • Jeruk lobak
  • Sebiji telur
  • Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:

  • Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  • Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
  • Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

 

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:

  • Sedikit santan pekat
  • Lada hitam (lebihkan)
  • Ikan bilis putih
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Garam

Cara-cara:

  • Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
  • Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
  • Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:

  • 1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
  • 5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
  • 6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
  • 3 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm hirisan halia muda
  • ½ camca ketumbar
  • ½ camca jintan manis
  • ½ camca jintan putih
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  • Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
  • Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
  • Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

 

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:

  • 600g hati lembu direbus dan dipotong
  • 4 sudu besar lada putih
  • 2 sudu besar serbuk rempah
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • ½ sudu serbuk jintan putih
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 labu bawang besar
  • Garam/ Ajinomoto secukup rasa
  • 1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:

  • Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
  • Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
  • Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:

  • 4cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup
  • Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:

  • Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
  • Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Bawang

Cara-cara:

  • Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:

  • Daging batang pinang dihiris nipis
  • Halia dimayang halus
  • Bawang Putih diketuk
  • Bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
  • Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:

  • Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
  • Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
  • Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
  • Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:

  • Daging hihiris halus
  • Lada hitam secukup rasa
  • Halia
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sos Cili/Cili mesin
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap pekat
  • Garam/serbuk perasa

Cara-cara:

  • Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
  • Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
  • Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 1 batang serai dititik
  • 1 sudu jintan manis
  • ½ sudu jintan putih
  • 1cm kunyit hidup
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • garam
  • Air asam jawa
  • ½ cawan air

Cara-cara:

  • Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
  • Panggang ayam
  • Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Daun salam dan daun kunyit
  • BahanA:
  • Bunga Lawang
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Jintan Manis
  • Lada Hitam
  • Serai & Halia
  • Gula Melaka – dicincang halus
  • Lemon – diperah
  • Santan
  • Garam
  • Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
  • (Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:

  • Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
  • Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
  • Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
  • Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
  • Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin

Bahan-bahan:

  • Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
  • Sedikit ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Lada merah

Cara-cara:

  • Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
  • Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

 

17. Turi Masak Asam Rebus
Bagus Utk Menambah Susu Ibu.

Bahan-bahan:

  • Daun Turi
  • Ikan Bilis
  • Asam Keping
  • Bawang merah
  • Kunyit Hidup
  • Ikan Bilis
  • Lada merah

Cara-cara:

  • Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
  • Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Susah mahu cari orang yang boleh hantar makanan pantang kalau tidak order awal-awal. Jika kesuntukan masa untuk mencari penyedia makanan pantang halal yang berdekatan, kami cadangkan agar anda hubungi segera pihak PantangPlus.com kerana slot selalu penuh. Cuma isi borang di bawah:

 

About admin2

32 comments

  1. Utk panduan ayang ye nnti..menu sepanjang berpantang.. 😉

  2. Very helpful..great relief to think of menus for new mums tq!

  3. Seriously? Ikan masin, ikan bilis and hati? Ikan bilis ikan masin kalau makan banyak2 tinggi garam i.e. menyebabkan antaranya, water retention dan hati ayam fungsinya membersihkan toksin dalam badan ayam… err….. ayam/daging/ikan ok kot…

  4. sangat menarik. Boleh juga masak menu ni walaupun tak berpantang kan?

  5. ni menu untuk berpantang????ada cili bagai??erkk!!….

  6. Menu pantang ni lain orang lain style kan..bagi saya pengambilan sumber protien segar (ikan, dada ayam dan daging) dan sayur-sayuran (serat dan vitamin) lebih baik utk proses recovery selepas bersalin..cara memasak pula kukus atau panggang, kurangkan minyak dan garam..tambahkan lebih bawang putih (juga bagus untuk memulihkan badan), halia dan lada putih (utk memanaskan badan dan menyingkirkan angin)

  7. Terima kasih atas resepi berpantang. Saya juga ada syer makanan yang perlu dielakkan oleh mereka yang bersalin caeserian.

  8. Kurang berkhasiat lah menu ni..ikan kering byk..ikan kering akn menyebabkan darah nifas berbau..cili kene pantang kurang kurang dua minggu..utk ibu yg menyusu makan hati x elok utk khasiat susu ibu..kan organ dalaman..mgkin blh mkn ikan ikan segar jauh lebih baik

  9. Cadangan menu yang bagus tetapi perlu diubahsuai sedikit agar lebih berkhasiat dan bermanfaat buat ibu.

    Sebagai contoh, ikan masin boleh menimbulkan bau busuk pada darah nifas.

  10. Lengkap 40 hari
    Good idea…congrates..
    Cuma byk sgt menu ikn masin..
    I tak brape suka…hihi

  11. Memang menarik + membantu especially untuk orang yang dalam pantang + orang yang nak diet utk kurus pun boleh kot. 🙂

    Klu macam ni x la boring sangat dengan menu dalam pantang.

  12. sy hr² mkn ikan haruan n belut.suami beli n masakan. sy czer.pemakanan sgt dijaga. menu yg admin bagi ni.ade yg bahan kite xleh mkn. jd jgn letak. cm ikan bilis tok tok tu mmg pnh sy nmpk tp lum pnh mkn lg. nak try. tp jgn ade cili la kan..bahaya

  13. Info yg sgt berguna. Dengan set pantang shaklee.. dan tips diatas.. pasti bertenaga dan cepat kurus… heheheh..

  14. Terima kasih atas resepi 🙂
    ringkas dan mudah disediakan..

  15. Ade yg boleh diikut….ade yg sekadar tuk dibaca shja….sng cite pntang ikut sunnah nabi..

  16. Ptotnya menu kn fresh..ikan yg xberbisa cth ikn merah,nyok2,tenggiri…bleh wat sup..kari tnpa cili..ayam..sayuran kn ade sawi,lobak putih,pegaga,ulm raja,brokoli…kn ade berkuah xleh le kering mmnjang..stau sya ikn bilis tu gatal..tp xtau knp dlm pmknn org mlyu itu digalkkn…sng cte bblik pd sunnah

  17. Saya setuju. Kalau kita menyusukan bayi, kemungkinan cili tidak baik untok perut bayi yg baru lahir. Ikan segar mcm ikan kurau atau bawal puteh baik untok makanan ibu2 dlm pantang. Kalau lada hitam pun baik bukan cili besar. Halia pun baik. Jangan makan bawang banyak angin.

  18. Jawab nya 'menceret' la baby tu. Kasehan???

  19. Kebanyakan resipi ni tak boleh ikut. Bengkak lah rahim yg maseh 'muda' dan darah nifas berbau. Baby pun akan kena berak2 kalau bagi susu badan. Sepanjang sy jaga pantang anak, sy cuma dia bagi makan ikan segar yg baik2. Sy hanya gunakan halia dan lada hitam saja. Kalau salah mkn ikan nanti gatal pulak tempat sulit tu

  20. Dlm pabtang elakkan mknan berminyak, utk jga peranakan. 40 hari mkn ikan pindang, kukus, pangang. Klu daging sup atau pangang. x mkn ikan masin. Mesti kena mkn yg berkhasiat. Banyakkan mkn jamu. barulah sihat dn pulih.

  21. Resepi ni macsm x betul je…

  22. siti fatimah md isa

    Betul2. Sy pun dlm pantang. Sama mcm arwah Mak ajar. Terbaek!

  23. Resipi yang best. Kenapalah tak jumpa ni time berpantang tempoh hari. Apa2pun memang terbaik lah 😀

  24. Haha.. Ni ajaran salah salah ni… Mna la bole makan pedas pedas law ada luka.. Ikan masin.. Makanan Dari laut mana bole makan… Telur pown nda bole.. Law mo luka tu bernanah.. Try la. Haha.. Sapa la wat blog ni… Hahahaha..

  25. nak tanya..orang dalam pantang boleh makan kicap tak?

  26. betul tu tpanjat kita menu ikan masin erkkkk

  27. Bagaimana dengan bayi dengan Jaundis, nurse cakap xbole lada hitam

  28. maaf la ye dalam pantang bole ke makan telur??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *