Ini Resepi Pau Cendawan Yang Buat Ramai Sanggup Beratur Panjang

Ingatkah lagi anda dengan pau cendawan yang ‘viral’ semasa bulan puasa yang lalu?

Bila diingatkan semula, mesti ada yang teringin dan ada juga yang belum sempa merasanya. Jangan risau, di sini kami kongsikan resepi pau cendawan yang diolah oleh Puan Nor Haslinda.

Yang menariknya, beliau kongsikan langkah demi langkah supaya ramai dapat membuatnya dengan mudah.

Baiklah, jom tengok resepi pau cendawan yang menggiurkan ini.

Resepi Pau Cendawan Viral, Memang Sedap!

Bahan Inti

  • 2 keping isi ayam bahagian dada di potong dadu.
  • 3@4 cendawan shintake rendam hingga kembang baru hiris dadu
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1@2 sudu besar bawang besar kisar
  • 4@5 ‘dash’ serbuk lada hitam berperisa
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

cara buat pau cendawan

Bahan Doh

  • 300 gram tepung pau
  • 1 sudu teh yis
  • 3/4 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1/2 sudu teh pelembut roti
  • 1/2 sudu besar shortening
  • 200 ml air suam

cara buat pau cendawan 10

Bahan Untuk Pewarna

  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 4 sudu besar air

(Bancuhkan semua dan ketepikan.)

cara buat pau cendawan 15

Resepi Pau Cendawan: Langkah Demi Langkah

1. Cara Buat Inti

  • Mula-mula cairkan mentega bersama minyak dahulu.

cara buat pau cendawan 2

  • Kemudian masukkan bawang besar kisar dan tumis hingga naik bau.

cara buat pau cendawan 3

  • Masukkan pula cendawan shintake dan kacau hingga nampak layu sedikit.

cara buat pau cendawan 4

  • Masukkan ayam dan kacau lagi.

cara buat pau cendawan 5

  • Oh ya, dalam gambar tadi saya terlupa sos tiram Maggi. Masukkan dalam 2 sudu besar dan kacau.

cara buat pau cendawan 6

  • Kemudian perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.

cara buat pau cendawan 7

  • Untuk dapatkan inti yang pekat tuangkan tepung jagung yang dibancuh dengan air.

cara buat pau cendawan 8

  • Kacau sehingga pekat dan padamkan api. Jika inginkan lebih nampak ‘creamy’ boleh tambahkan ‘mushroom soup Campbell’. Siap intinya! Sementara ia sejuk, kita buat dohnya.

cara buat pau cendawan 9

 

2. Cara Buat Doh

  • Masukkan kesemua bahan kecuali shortening dan gaul.

cara buat pau cendawan 11

  • Adunan agak melekit sedikit ya.

cara buat pau cendawan 12

  • Kemudian masukkan shortening dan uli sehingga doh menjadi elastik.

cara buat pau cendawan 13

  • Perapkan selama 10 minit hingga ia naik dua kali ganda seperti dalam gambar. Tumbuk-tumbuk manja sahaja untuk buangkan udara.

cara buat pau cendawan 14

  • Kemudian, bulat-bulatkan doh seperti dalam gambar. Siap!

cara buat pau cendawan 16

3. Masukkan Inti

  • Leperkan doh kemudian sudukan inti ikut banyak mana kalian mahu. Saya suka inti banyak baru sedap!

cara buat pau cendawan 17

4. Bentukkan

  • Tutupkan semula doh tadi kemudian ambil sedikit adunan bulatkan dan tepek atasnya. Konon-konon batang cendawan lah ya.

cara buat pau cendawan 18

5. Warnakan

  • Apabila dah siap bentuknya, kita main cat-cat pula! Guna berus dan tepek-tepekkan atasnya dengan adunan coklat tadi. Setelah dicat, biarkan selama 30 minit sehingga ia jadi mengembang, baru boleh kukus.

cara buat pau cendawan 19

6. Sedia Untuk Kukus

Naikkan tempat pengukus dahulu biar air mendidih. Susunkan dalam pengukus dan kukus 2-3 minit sahaja.

resepi pau cendawan 21

7. Siap

Inilah hasilnya. Adalah rupa cendawan shitake, kan? Rasanya pun sedap. Yang tengah tengok mesti terliur.

resepi pau cendawan 22

Selamat Mencuba!

Rupanya, tak adalah susah sangat nak buat pau ya? Apa kata kita cuba dan kongsikan kelazatannya bersama keluarga dan juga jiran tetangga.

Yang dah cuba bolehlah komen di sini untuk memberi ulasan atau tips-tips tambahan. Tentu menarik!

 

*Resepi asal oleh Puan Nor Haslinda Chua ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Beliau amat handal dalam bidang memasak dan turut menerima tempahan kuih bulan. Banyak lagi resepi yang dikongsikan di Facebook beliau di pautan sini.

Leave a Comment